RPH GEOGRAFI TINGKATAN 1
-
Upload
azy-atifah-ag-tanjong -
Category
Documents
-
view
1.108 -
download
29
description
Transcript of RPH GEOGRAFI TINGKATAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Geografi
Tarikh / Hari : 26 November 2013 / Selasa
Masa : 9.00-9.15 pagi (15 Minit)
Kelas : 1 Bestari
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tema : Bab 2: Arah.
Tajuk / Subtajuk : 2.1: Arah Mata Angin
Konsep : Arah mata angin
Hasil Pembelajaran Umum : Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: Menentukan arah dengan menggunakan kompas magnet.
Hasil Pembelajaran Khusus : 1. Pelajar dapat mengenal pasti lapan arah mata angin.
2. Pelajar dapat melukis arah mata angin berpandukan kompas magnet.
PBS : B1D1E1 - Menyatakan arah mata angin utama
B2D1E2 – Mengenal pasti lapan arah mata angin.
Penerapan Nilai : Bekerjasama dan bersyukur
Kaedah Pengajaran : Penerangan induktif, penerangan deduktif dan perbincangan
Bahan / Alat Bantu Mengajar (BBM / ABM) : Kompas magnet, kertas A4, papan putih, pen marker, dan Buku Teks Geografi Tingkatan 1.
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) : Membuat gambaran mental, menghubungkaitkan, menganalisis, menjanakan idea dan
1
mensintesis. Kemahiran Generik : Berkomunikasi dan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat.
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari topik kedudukan pada pelajaran yang lepas.
2
Langkah / Masa
Isi Pengajaran Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Set Induksi (3 minit)
Konsep Arah:- Arah ialah kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
-Cara mudah untuk menyatakan arah adalah dengan menggunakan arah mata angin.
Guru memberi arahan kepada pelajar untuk berdiri dan menutupkan mata mereka.
Guru menyuruh pelajar membayangkan depan mereka ialah arah Utara.
Guru memberi arahan kepada pelajar untuk pusing ke empat arah utama : - Selatan - Timur - Barat - Utara
Selepas pelajar berpusing ke arah yang diberitahu, guru bertanya:Soalan: Apakah bangunan yang terdapat di kawasan ini?
Guru menyuruh pelajar duduk di tempat duduk sendiri.
Guru bertanya kepada pelajar:Soalan: Apakah kaitan aktiviti itu dengan tajuk hari ini?
Pelajar menerima arahan dari guru dan berdiri serta menutup mata mereka.
Pelajar membayangkan depan mereka ialah arah utara dengan membuat gambaran mental dalam otak.
Pelajar mengikuti arahan guru untuk berpusing dimulai dari arah Selatan, Timur, Barat dan Utara.
Semua pelajar menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh guru.
Pelajar mengikuti arahan guru dan duduk di tempat duduk masing-masing.
Pelajar memberi respon terhadap
KAEDAH: Penerangan
induktif.
KBKK: Membuat
gambaran mental.
B1D1E1 Menyatakan
arah mata angin utama.
KBKK: Menghubungkait
-kan.
3
Guru menerangkan konsep arah.
Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk mengulang semula konsep arah.
soalan guru dan mengaitkan aktiviti itu dengan tajuk pembelajaran yang akan diajar kepada mereka iaitu arah.
Pelajar mendengar penerangan guru dengan teliti dan menumpukan perhatian.
Pelajar yang dipilih telah menyatakan secara lisan konsep arah yang diajar oleh guru.
Perkembangan:
Langkah 1(5 minit)
8 arah mata angin:1. Utara.2. Timur Laut.3. Timur. 4. Tenggara.5. Selatan.6. Barat Daya.7. Barat.8. Barat laut.
Rajah arah mata angin:
Guru meminta pelajar mencari pasangan untuk membentuk kumpulan.
Guru menerangankan arahan tugasan kepada pelajar.
Guru memantau gerak kerja pelajar.
Guru memilih secara rawak sekumpulan pelajar untuk menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Guru memberi pendapat/pembetulan bagi pembentangan tersebut dengan bantuan kompas magnet.
Pelajar mencari pasangan dan membentuk kumpulan.
Pelajar mendengar penerangan guru.
Setiap kumpulan menyiapakan tugasan.
Kumpulan yang terpilih akan membentangkan hasil tugasan.
Pelajar mendengar dan membuat pembetulan sekiranya tugasan
BBM: Kompas Magnet Kertas A4 Pen Marker
KAEDAH: Penerangan
deduktif.
NILAI: Bekerjasama.
KBKK: Menganalisis.
KEMAHIRAN GENERIK:
Mengurus, memilih dan menganalisis maklumat.
4
yang dibuat tidak tepat dan jika sebaliknya pelajar akan menerima peneguhan.
Menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.
Pengukuhan: Langkah 2(5 minit)
Aktiviti pengukuhan: Rujuk Lampiran 1
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar.
Guru memberi arahan kepada pelajar untuk menjawab soalan dalam tempoh masa dua minit.
Guru memantau aktiviti perbincangan setiap pelajar.
Guru menyoal dan memilih beberapa orang pelajar secara rawak untuk menjawab soalan.
Guru menyemak jawapan pelajar.
Pelajar menerima lembaran kerja.
Pelajar menerima arahan yang diberikan oleh guru sambil meneliti lembaran kerja yang diberikan.
Pelajar menyiapkan tugasan.
BBM: Lampiran 1.
KAEDAH: Penerangan
deduktif.
B2D1E2 Mengenal
pasti lapan arah mata angin.
KBKK: Membuat
gambaran mental.
Penutup(2 minit)
Rumusan hasil pembelajaran hari ini.
Guru memilih seorang pelajar secara rawak dan meminta membuat kesimpulan mengenai topik yang telah dipelajari pada hari ini.
Guru menyatakan nilai berdasarkan topik pembelajaran pada hari ini.
Pelajar yang dipilih akan memberikan kesimpulan mengikut kefahaman sendiri.
Pelajar mendengar penerangan guru.
KBKK Merumus
fakta
NILAI Bersyukur
5
Refleksi : _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6