Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

8
1 BIDANG MENGGAMBAR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual Kelas: 3 Ikhlas Bilangan Murid: 30 Orang Tarikh: 20 Oktober 2012 Masa: 60 minit Bidang: Menggambar Tajuk: Lukisan Tema: Rumah Saya Pengetahuan sedia ada: (i) Mengenali berbagai jenis garisan. (ii) Mengetahui garisan yang pelbagai dapat menghasilkan gambar menarik.

Transcript of Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

Page 1: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

1 BIDANG MENGGAMBAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual

Kelas: 3 Ikhlas

Bilangan Murid: 30 Orang

Tarikh: 20 Oktober 2012

Masa: 60 minit

Bidang: Menggambar

Tajuk: Lukisan

Tema: Rumah Saya

Pengetahuan sedia ada: (i) Mengenali berbagai jenis garisan.

(ii) Mengetahui garisan yang pelbagai dapat menghasilkan gambar menarik.

(iii) Mengetahui kesan media kering (dry media) dalam menghasilkan garisan.

Page 2: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

2 BIDANG MENGGAMBAR

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

(i) Mengenal pasti jenis-jenis garisan yang terdapat pada benda alam.

(ii) Menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan menggunakan media kering.

(iii) Menghasilkan gambar rumah melalui berbagai jenis garisan.

(iv) Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.

Penerapan Nilai : Bekerjasama, kekemasan dan kebersihan.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh lukisan rumah menggunakan pelbagai jenis garisan.

Media : Alat: bahan alam benda.

: Bahan: pensel, krayon, warna pensel, kad manila.

Page 3: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

3 BIDANG MENGGAMBAR

Langkah/ Fasa

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Pengenalan Konsep:

3 contoh hasil lukisan

bergambar.

]

Guru mempamerkan 3 contoh lukisan

bergambar berasaskan teknik garisan.

Guru mengadakan sesi soal jawab.

1. Cuba nyatakan jenis-jenis garisan

yang digunakan oleh pelukis untuk

menghasilkan gambarnya?

Page 4: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

4 BIDANG MENGGAMBAR

Langkah 1

(10 minit)

Perkaitan bahan, media dan

teknik.

1. Guru menunjukkan contoh bahan

alam benda (lidi, ranting, bulu ayam,

daun lalang dll) yang mempunyai

garisan.

2. Murid memerhatikan dan

menjalankan aktiviti bebas

mengekplorasi bahan-bahan

tersebut. Murid mengenali jenis

garisan yang terdapat pada benda

alam tersebut.

Page 5: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

5 BIDANG MENGGAMBAR

Langkah 2

(10 minit)

Mengenali jenis-jenis

garisan.

Guru memberikan arahan supaya murid-

murid berada dalam berkumpulan.

Guru mengarahkan murid melukis/

menghasilkan berbagai jenis garisan bebas

pada kad manila dengan berpandukan

bahan-bahan alam benda yang ditunjukkan

oleh guru.

Langkah 3

(30 Minit)

Melakar dan melukis

“Rumah Saya”

Guru memberi arahan kepada murid untuk

memulakan tugasan melakar dan melukis

gambar rumah dengan mengolah gubahan

berbagai jenis garisan dengan

berpandukan alam benda tersebut dengan

menggunakan media seperti warna pensel

dan krayon yang dibawa untuk

menghasilkan lukisan yang bertema

“Rumah Saya”

Page 6: Rph kbsr bidang 1 menggambar thn 3

6 BIDANG MENGGAMBAR

Penilaian dan

penutupan

(5 minit)

Sesi Apresiasi dan Refleksi

Penilaian dan pengukuhan.

Penggunaan laras bahasa

seni.

Guru mengarahkan murid mempamerkan

hasil kerja mereka.

Murid diminta bercerita tentang hasil kerja

mereka

Guru bersoal jawab dengan murid.

-Apa pendapat anda tentang warna/media

yang digunakan?

-Kenapa anda memilih jenis garisan

tersebut untuk menghasilkan gambar

rumah?

Guru akan merumuskan dan menerangkan

tentang kelebihan dan kekurangan yang

terdapat pada hasil kerja murid-murid.