RPH KBSR Tahun 2 (Origami )

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR PENDIDIKAN SENI TAHUN 2 Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual (KBSR) Kelas: 2 Ikhlas Bilangan Murid: 30 Orang Tarikh: 8 Februari 2015 Masa: 60 minit (1 jam) Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk: Origami Tema: Burung Pengetahuan sedia ada: i. Murid telah mengetahui origami ii. Murid pernah melihat burung. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

description

origami

Transcript of RPH KBSR Tahun 2 (Origami )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR PENDIDIKAN SENI TAHUN 2

Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual (KBSR)Kelas: 2 IkhlasBilangan Murid: 30 OrangTarikh: 8 Februari 2015Masa: 60 minit (1 jam)Bidang: Membentuk dan Membuat BinaanTajuk: OrigamiTema: BurungPengetahuan sedia ada:i. Murid telah mengetahui origamiii. Murid pernah melihat burung. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:i. Mengetahui konsep origami.ii. Mengetahui cara-cara menghasilkan origami dengan teknik lipatan kertas .iii. Menghasilkan origami menggunakan teknik lipatan kertas.iv. Menyedari bahawa origami boleh dihasilkan dengan teknik lipatan kertas.

Penerapan Nilai : Bekerjasama, kekemasan dan kebersihan.Bahan Bantu Mengajar: Contoh origami burungMedia : Bahan: Kertas A4 Warna

Langkah Pengajaran/MasaIsi KandunganAktiviti P&PCatatan

Set Induksi (5 minit) Tayangan Video klip lagu Burung Kakak TuaGuru menayang video klip lagu dan memperdengarkan lagu Burung Kakak Tua kepada murid-murid

Guru mengarahkan murid menyanyi bersama-sama

Murid mendengar dan menyanyikan lagu Burung Kakak Tua beramai- ramai.

Lagu Burung Kakak Tua

Langkah 1(10 minit)Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu membuat origami burung.

Menyoal murid-murid tentang origami.

Soalan :1. Apa itu Origami?2. Pernahkah mereka melihat kertas yang berlipat-lipat dan akhirnya menjadi bentuk tertentu?

Guru menerangkan definisi origami kepada murid-murid.

Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.

Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jawapan yang mereka tahu.

Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru mengenai definisi origami

Sekali sekala murid bersoal jawab.

ABM maujud (origami yang telah siap dihasilkan)

Langkah 2( 5 minit)Guru menunjukkan contoh-contoh origami.

Guru menerangkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan.Murid murid melihat dengan penuh minat.

Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Guru mengagihkan kertas untuk membuat origami.

Langkah 3(10 minit)

Rujuk lampiran proses membuat origami burung.Guru menunjukkan video demonstrasi cara menghasilkan origami burung.

Guru menunjukkan cara melipat kertas dengan betul kepada murid-murid.

Langkah-langkah:

1. Lipat kertas kepada 2 bahagian.

2. Lipat separuh dan buka semula.(Rajah 2)

3. Terbalikkan kertas. Lipat bucu atas ke bawah. (Rajah 2)

4. Lipat hujung atas melebihi burung bawah. (Rajah 3)

5. Lipat separuh.(Rajah 4)

6. Pusingkan jadi menegak.(Rajah 5)

7. Lipat kepak kiri dan kanan.(Rajah 6)

8. Buka lipatan menjadi melintang.(Rajah 7).

Klip Video

Langkah 4(20 minit)Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti gerak kerja seperti yang telah ditunjukkan.

Guru membimbing dan memantau murid-murid di dalam kelas semasa aktiviti gerak kerja dijalankan.Murid melakukan gerak kerja yang diberikan.

Murid mula membuat lipatan untuk menghasilkan origami bentuk burung.

Langkah 5(5 minit)Guru menunjukkan cara-cara menghias origami burung.

Guru mengarahkan murid memperkemaskan hasil lipatan origami burung dan membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing.

Murid mula mewarnakan bahagian-bahagian tertentu pada burung.

Murid menghias origami mengikut kreativiti mereka yang tersendiri.

Penutup(5 Minit)

Sesi Apresiasi dan Refleksi

Penilaian dan pengukuhanMurid mempamerkan karya masing-masing.

Murid menceritakan karya sendiri dan rakan.

Guru akan merumuskan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja murid-murid.