RPH Kemahiran Membaca KSSR
-
Upload
james-nicholas-johnny -
Category
Documents
-
view
918 -
download
2
Transcript of RPH Kemahiran Membaca KSSR
RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
HARI MASA KELAS TEMA TAJUK FOKUS UTAMA
Selasa 8.10 9.10 pagi 1 Arif Kekeluargaan Kasih Ibu Asas membaca dengan sebutan yan betul. Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
SK : 2.1 SP : 2.1.2
FOKUS SAMPINGAN
SK : 3.2 SP : 3.2.2
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul ii. Membatangkan suku kata terbuka dengan betul. iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu: Pendidikan Moral
ii. KBT: KB mencirikan KP Verbal Linguistik BCB Bacaan Intensif
SISTEM BAHASA BBM NILAI
Tatabahasa: kata nama Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop Kasih Sayang, Hormat Menghormati
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN KURIKULUM
AKTIVITI
CATATAN
Set Induksi;
KBT
Lembaran Kerja Lirik Lagu Ibu
1. Guru memperdengarkan lagu IBU Lirik Lagu IBU
Kecerdasan pelbagai - Muzik
BBB : Laptop, LCD Versi/Melodi : P. Ramlee
Ibu.ibu.. Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu.ibu Engkaulah ratu hatiku. -
Langkah 1 1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid 2. Guru membaca lirik lagu mengikut sebutan dan intonasi yang betul. 3. Guru mengeja dan membatangkan suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dan diikuti oleh murid.
KBT KP Verbal Linguistik
Lirik lagu
Langkah 2
KBT KP- Verbal Linguistik
Lirik lagu
1.
Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul secara variasi. Contoh: ibu, bila, ratu
2. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam buku teks sambil dipantau oleh guru. Contoh: ca, ci, cu, ce, co
Langkah 3 1. Murid diminta membatangkan suku kata berdasarkan kata nama yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul. Contoh: gula cili baju pagi muka dadu 2. Murid membatang suku kata berdasarkan kata nama yang terdapat dalam buku teks. Contoh: Gu la Ba ju
KBT KB- Mencirikan
Buku teks m/s 13
Langkah 4 1. Murid diminta menulis suku kata terbuka yang terdapat dalam buku aktiviti dengan betul dan kemas. 2. Murid diminta mengeja semula suku kata yang telah ditulis dengan betul sebagai latih tubi.
KBT BCB bacaan intensif
Buku aktiviti (jilid 1) M/s : 13
Pentaksiran
Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang masih lemah dalam mengeja dan membatangkan suku kata terbuka berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.
Pemulihan 1. Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi suku kata terbuka sebagai latih tubi kepada murid.
Pengayaan
Buku teks
1. Murid membaca kata nama yang mengandungi suku kata terbuka secara mekanis.
Refleksi Sebahagian murid tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata terbuka. Objektif pada hari ini tidak tercapai.