rph kssr

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun : 1 Budi Bidang : Menggambar  Aktiviti : Capan Tema : Aam !emua"adi Ta"uk : Jambangan Bunga Ma#a : $% minit Jeni# &"eni# Media : Aat : Beru# 'uki#an( paet( batang pi#ang( #urat khabar  Bahan : )erta# 'uki#an ( Cat Air( Tempera( Cat P*#ter atau +arna air Bahan Bantu Menga"ar : C*nt*h ha#i kar,a daripada teknik -apan EM) : )reativiti( dan in*vati. !tandard )andungan : 1/ Per#ep#i dan pemahaman #eni vi#ua #eperti +arna( "ainan( bentuk( ruang( imbangan dan ke#atuan ,ang terdapat pada aam #emua"adi( *b"ek buatan manu#ia dan kar,a -atan/ 0/ Apika#i pengetahuan dan ke.ahaman baha#a #eni vi#ua meneru#i penentuan media dan teknik daam aktiviti membuat -atan/ / Pen2ahiran idea meaui pebagai #umber( ka"ian dan tekn**gi daam pengha#ian -atan/ 3/ Apre#ia#i terhadap kar,a #endiri dan rakan berpandukan baha#a !eni 4i#ua/ !tandard Pembea"aran : 1/1Per#ep#i E#tetik : Murid dapat mengena( memahami dan men,atakan baha#a #eni vi#ua ,ang ada pada kar,a #eni/  1/1/1 5n#ur !eni 1/1/1/1Gari#an & uru# dan meengkung 1/1/1/0 Rupa & 6rganik 1/1/1/ Jainan & tampak

description

rph psv

Transcript of rph kssr

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun

: 1 BudiBidang

: Menggambar

Aktiviti

: CapanTema

: Alam Semulajadi

Tajuk

: Jambangan BungaMasa

: 60 minit

Jenis jenis Media : Alat : Berus Lukisan, palet, batang pisang, surat khabar

Bahan : Kertas Lukisan , Cat Air, Tempera, Cat Poster atau warna airBahan Bantu Mengajar : Contoh hasil karya daripada teknik capanEMK : Kreativiti, dan inovatifStandard Kandungan :

1. Persepsi dan pemahaman seni visual seperti warna, jalinan, bentuk, ruang, imbangan dan kesatuan yang terdapat pada alam semulajadi, objek buatan manusia dan karya catan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat catan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan catan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa Seni Visual.

Standard Pembelajaran :

1.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya seni.1.1.1 Unsur Seni

1.1.1.1Garisan lurus dan melengkung1.1.1.2 Rupa Organik

1.1.1.3 Jalinan tampak 1.1.2 Prinsip rekaan

1.1.2.1 Harmoni (bentuk, rupa warna).

1.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual , dalam menghasilkan karya seni.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya seni.

1.2.1.1 Alat Berus lukisan dan palet

1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, bahan semulajadi (flora), warna air,

tempera atau cat poster.

1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya.

1.2.2.1 Teknik Capan (basah atas kering)1.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.

1.3.2 Menggunakan unsur seni visual dalam penghasilan karya. 1.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual .

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

1.4.3 Menghargai dan karya sendiri dan rakan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Persepsi Estetik

Guru menunjukkan media yang belum dipotong. Contoh batang pisang dan bawang.

Murid cuba menceritakan fungsi media tersebut.

Guru memberitahu murid bahawa media tersebut boleh dijadikan bahan untuk capan.

Aplikasi Seni

Guru menunjukkan bendi dan bawang yang belum dipotong.

Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat pada permukaan bendi dan bawang dengan menghubungkaitkan bahasa seni visual seperti garisan dan jalinan.

Ekspresi kreatif

Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama kertas lukisan.

Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1 Guru menunjukkan cara memotong batang pisang dan bawang.

Guru mengedarkan kertas lukisan, batang pisang dan bawang yang telah dipotong kepada murid dan menerangkan cara menggunakannya.

Guru mengedarkan warna kepada murid.Langkah 2

Guru menunjukkan cara melipat kertas lukisan mereka menjadi dua bahagian.

Bahagian 1 penerokaan (murid membuat corak bebas).

Bahagian 2 penghasilan karya (jambangan bunga).

Guru menunjukkan cara penggunaan media.

i. Sapukan warna pada batang pisang atau bawang yang telah dipotong.

ii. Capkan batang pisang atau bawang untuk menghasilkan gambar bunga.

Apresiasi Seni.

Murid menceritakan karya sendiri secara lisan.

Murid diminta mencari media lain yang sedia ada pada mereka untuk digunakan sebagai alat untuk teknik capan. Contoh : jari.

Guru menerangkan fungsi karya tersebut boleh digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah, dan sebagainya.

Refleksi :