Rph Kssr Bm (Pentaksiran)

11
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 TEMA Kebersihan TAJUK Kebersihan Diri MASA 60 minit (2 waktu) FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.4 .1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 2.3 Membaca dengan kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Standard Pembelajaran 2.3 .2 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul. ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri. ii. KBT: Kecerdasan Pelbagai – Verbal linguistik BCB- Mencatat nota SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata nama am MEDIA Kad pantun

description

mate

Transcript of Rph Kssr Bm (Pentaksiran)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

TEMAKebersihan

TAJUKKebersihan Diri

MASA60 minit (2 waktu)

FOKUS UTAMAStandard Kandungan4.4Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran4.4.1Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.

FOKUS SAMPINGANStandard Kandungan2.3Membaca dengan kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran2.3.2Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul.ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PENGISIAN KURIKULUMi. Ilmu: Menjaga kebersihan diri.ii. KBT: Kecerdasan Pelbagai Verbal linguistik BCB- Mencatat nota

SISTEM BAHASATatabahasa: kata nama am

MEDIAKad pantun

Strategi Pengajaran Dan PembelajaranAKTIVITIPENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Langkah 1

1. Guru memperdengarkan pantun tentang kebersihan diri melalui pita rakaman atau yang dilafazkan oleh guru dan meminta murid mendengarnya dengan teliti.

2. Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.

KBT:KP- Verbal linguistikLampiran 1

(Band 1)

Langkah 2

1. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang telah dilafazkan.

2. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.

3. Murid diminta menulis baris pantun tersebut pada kotak pantun yang bernombor.

4. Murid diminta membaca dalam pantun yang mengandungi baris pantun tersebut semula.

KBT:BCB- Mencatat notaLembaran Kerja 1

(Band 2,3)

Langkah 3

1. Guru mengedarkan lembaran yang mengandungi beberapa baris pantun dua kerat kepada kumpulan kecil.

2. Guru meminta murid dalam kumpulan menyusun baris pantun menjadi pantun dua kerat yang lengkap.

3. Guru meminta murid melafazkan pantun yang telah disusun barisnya dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya yang sesuai.

Lembaran Kerja 2

(Band 3, 4)

Pentaksiran

1. Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan pantun yang sesuai.

2. Murid membaca pantun yang telah dipadankan dengan gambar.

(Band 4)

Pengayaan

1. Murid diberi lembaran kerja untuk mengisi tempat kosong pada pantun yang disediakan.

2. Murid membaca pantun yang dipadankan dengan gambar.

Lembaran Kerja 3

(Band 5)

Pemulihan

1. Murid diberikan lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan perkataan yang sesuai.

2. Murid membaca perkataan yang telah dipadankan dengan gambar.Lembaran Kerja 4

(Band 1 - 3) mengikut kesesuaian.

Refleksi :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aktiviti 1Lampiran 1Baca pantun di bawah.

1Pergi pekan bersama kawan,Basuh tangan elakkan kuman.

432Sungai indah air jernih,Mandi pagi badan bersih.Tinggi-tinggi si matahari,Gosok gigi senyum berseri.Baca buku bersama Aiman,Potong kuku harus amalkan.

Aktiviti 2 Lembaran Kerja 1Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang terdapat di dalam pantun.

Gosok gigi senyum berseriBasuh tangan elakkan kuman

Potong kuku harus amalkanMandi pagi badan bersih

Aktiviti 2Lembaran Kerja 2

Sungai indah air jernih,Mandi pagi badan bersih.Pergi pekan bersama kawan,Basuh tangan elakkan kuman.Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberikan.

Baca buku bersama Aiman,Potong kuku harus amalkan.Tinggi-tinggi si matahari,Gosok gigi senyum berseri.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Aktiviti PengayaanLembaran kerja 3

Basuh tanganMandi pagiIsi tempat kosong pada pantun yang disediakan.

Gosok gigiPotong kukuPergi pekan bersama kawan,_______________ elakkan kuman.Sungai indah air jernih,________________ badan bersih.Tinggi-tinggi si matahari,______________ senyum berseri.Baca buku bersama Aiman,_______________ harus amalkan.

Aktiviti PemulihanLembaran Kerja 4Padankan gambar dengan perkataan yang sesuai.

Mandi pagi

Potong kuku

Gosok gigi

Basuh tangan