RPH Lompat Tinggi 1

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MODUL KEMAHIRAN : OLAHRAGA ASAS – KEMAHIRAN ASAS LOMPATAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN (DOMAIN PSIKOMOTOR) KBSR TAHUN LIMA

Transcript of RPH Lompat Tinggi 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MODUL KEMAHIRAN : OLAHRAGA ASAS KEMAHIRAN ASAS LOMPATAN

ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN (DOMAIN PSIKOMOTOR)

KBSRTAHUN LIMA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan KesihatanTunjang : KemahiranTajuk : OlahragaSubtajuk : Lompat tinggiTarikh : 26 Ogos 2014 ( Isnin )Masa : 8.15 8.45 pagi ( 30 minit )Tahun : : 5 CempakaBilangan Murid : 20 orangHasil pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran pembelajaran ini, murid murid dapat:Psikomotor : 1. Mengaplikasikan kemahiran lonjakan dalam acara lompat tinggi bagi gaya lompat tinggi Fosbury Flop pada ketinggian 1 meter dengan menggunakan teknik yang betul.

Kognitif :1. Mengenal pasti otot otot utama yang terlibat dalam sukan lompat tinggi.Afektif: 1. Memperlihatkan rasa keyakinan diri dan gembira semasa melakukan aktiviti lompat tinggi.

Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari teknik dalam fasa larianlandas dan penujuan.Penerapan nilai : Keyakinan, kepercayaan kepada tuhan, prihatin, memberi perhatian, patuh dan peka.KBKK: Menjana idea, memahami, meneroka, merasai dan membuat anggaran.Alatan : Bangku, wisel, tilam mendarat, palang getah, tiang, gelung.:

`

Bahagian / MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Pendahuluan( 5 minit )1. Memanaskan badan dengan iringan muzik.2. Melakukan regangan otot:

Tangan Leher Pinggang Kaki

1. Murid diminta membentuk bulatan.2. Murid berlari skip dengan lutut diangkat tinggi dalam kawasan bulatan dan membuat regangan daripada bahagian kepala ke kaki.

3. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan aktiviti Terowong Rahsia.

Kumpulan A sebagai terowong Kumpulan B sebagai kenderaan

4. Kumpulan terowong membuat lentik kucing dan kumpulan kenderaan pula merangkak melalui terowong.

Simbol tersebut mewakili:

pelajar

guru

Bahagian / MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

PerkembanganLangkah 1( 7 minit )1. Berlari lurus sejauh 10m dengan membuka langkah panjang dan lutut diangkat tinggi.

2. Berlari tiga langkah dan membuat lonjakan sebelah kaki setinggi yang boleh dan mendarat di dalam gelung yang disediakan.1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan diminta untuk membentuk dua barisan lurus menghadap guru.

2. Murid dari kedua dua barisan diminta berlari setiap kali tiupan wisel dengan membuka langkah untuk larian sejauh 10 meter ke stesen kedua.

3. Di stesen kedua, murid berlari sambil mengangkat tinggi lutut menuju ke stesen ketiga.

4. Murid berlari tiga langkah dan membuat lonjakan setinggi yang boleh untuk mendarat ke dalam gelung di garisan penamat.

BA

10m

10m

10m

Simbol tersebut mewakili:

Stesen permulaan

Stesen kedua

Stesen ketiga

Penamat

Gelung plastik

Skital

Bahagian / MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Langkah 2( 5 minit )1. Lonjakkan badan ke atas tilam.

2. Mendarat dengan belakang badan.1. Murid berdiri lurus dan tegak di atas bangku yang terletak di hadapan tilam.

2. Murid berdiri dengan membelakangkan tilam.

3. Murid melonjakkan badan ke atas tilam sambil mendarat dengan belakang badan.

4. Tangan dihayunkan ke atas dan lutut dibengkokkan.

Bangku yang digunakan haruslah lebih tinggi daripada tempat pendaratan.

Tilam / tempat mendarat

bangku

Bahagian / MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Kemuncak( 8 minit )1. Lompat tinggi gaya Fosbury ( 1 meter)1. Murid berlari ke arah tilam.

2. Murid membuat lonjakkan badan untuk melepasi palang setinggi 1m.

3. Murid menghayunkan tangan ke atas sambil melentikkan badan, lutut diangkat dan dibengkokkan untuk melepasi palang.

4. Mendarat dengan bahagian belakang badan.

Penutup( 5 minit )1. Sesi menyejukkan badan

2. Refleksi1. Murid membentuk separa bulatan.

2. Sesi menyejukkan badan dengan iringan muzik.

Sesi soal jawab antara guru dengan murid

3. Guru menyatakan kesilapan kesilapan teknik semasa melakukan lompat tinggi.

4. Murid mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam lompat tinggi.

REFLEKSI PEMBELAJARAN:1. Tahap penguasaan yang dicapai2. Tindakan pemulihan untuk murid yang tidak mencapai tahap penguasaan3. Tindkan pengayaan untuk murid yang mencapai tahap penguasaan