RPH MORAL

4
[SK ST FRANCIS XAVIER (M)] 27 FEBRUARI 2015 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR TAHUN 2 Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Tahun : 2 Merah Tarikh / Masa : 27 Februari 2015 (10.20 pagi - 11.20 pagi) Bilangan Murid : 23 Tema : Tanggungjawab Terhadap Keluarga Tajuk : Saya Bertanggungjawab Standard Kandungan : 3.1 Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga Standard Pembelajaran : 3.1.1 Menceritakan tanggungjawab dalam keluarga 3.1.3 Menyatakan perasaan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga 3.1.4 Mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini 20 daripada 24 murid dapat; i. menceritakan tanggungjawab dalam keluarga ii. menyatakan perasaan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga iii. melakonkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga Pendekatan: i. Analisis nilai ii. Penjelasan nilai iii. Pemupukan nilai EMK: i. Kreativiti: menjana idea, mengenal pasti Bahan Bantu Belajar: 1. Kad gambar 2. Kad perkataan 3. Lembaran kerja 4. Kad situasi Aktiviti Pembelajaran: Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan: Kaedah / Teknik / BBM / EMK SITI HAJA DAUD 1

description

RPH

Transcript of RPH MORAL

[SK ST FRANCIS XAVIER (M)]27 FEBRUARI 2015

RANCANGAN PELAJARAN HARIANKSSR TAHUN 2Mata Pelajaran:Pendidikan Moral

Tahun:2 Merah

Tarikh / Masa:27 Februari 2015 (10.20 pagi - 11.20 pagi)

Bilangan Murid:23

Tema:Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Tajuk:Saya Bertanggungjawab

Standard Kandungan:3.1 Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga

Standard Pembelajaran:3.1.1 Menceritakan tanggungjawab dalam keluarga

3.1.3 Menyatakan perasaan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

3.1.4 Mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini 20 daripada 24 murid dapat;i.menceritakan tanggungjawab dalam keluargaii.menyatakan perasaan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam keluargaiii.melakonkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga

Pendekatan:i.Analisis nilaiii.Penjelasan nilaiiii.Pemupukan nilai

EMK:i.Kreativiti: menjana idea, mengenal pasti

Bahan Bantu Belajar:1. Kad gambar2. Kad perkataan3. Lembaran kerja4. Kad situasiAktiviti Pembelajaran:Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti PembelajaranCatatan:Kaedah / Teknik / BBM / EMK

Set Induksi(5 minit)Kad perkataan:- lipat kain- kemas majalah- siram pokok bunga- sapu sampah

Guru memaparkan beberapa kad perkataan di papan tulis. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru memperkenalkan tajuk Saya Bertanggungjawab.

BBB: Kad perkataan

Kaedah: Kelas

Teknik: Sumbangsaran

Langkah 1(15 minit)Permainan:Lagak Si Bisu

Kad Gambar:- lipat kain- kemas majalah- siram pokok bunga- sapu sampah Murid diagihkan kepada empat kumpulan. Guru memperkenalkan permainan Lagak Si Bisu kepada murid-murid. Guru menerangkan peraturan semasa bermain. Beberapa pasangan murid dipilih secara rawak untuk melakonkan watak yang diberikan tersebut dengan berpandukan kertas yang telah dipilih. Setiap kumpulan yang dapat menjawab akan mendapat 5 markah dan kumpulan yang mengumpul mata yang tinggi akan dikira sebagai pemenang.

BBB: Kad gambar

Kaedah: Kumpulan/Pembelajaran koperatif

Teknik: Permainan Main peranan

Pendekatan: Analisis nilai Penjelasan nilai

Langkah 2(10 minit)Kad situasi- kawan mengajak bermain di padang - kamu sedang bermain permainan komputer- kamu seronok melukis tetapi kucing kamu kelaparan- kamu sedang menonton televisyen

Murid diagihkan kepada empat kumpulan. Guru memperkenalkan permainan Kuiz Tanggungjawab kepada murid-murid. Guru menerangkan peraturan semasa bermain. Murid dipilih secara rawak untuk membaca kad situasi yang diberikan. Setiap kumpulan yang dapat menjawab akan mendapat 5 markah dan kumpulan yang mengumpul mata yang tinggi akan dikira sebagai pemenang.

BBB: Kad situasi

Kaedah: Kumpulan/Pembelajaran koperatif

Teknik: Permainan Main peranan

Pendekatan: Analisis nilai Penjelasan nilai

Langkah 3(20 minit) Pokok Tanggungjawab

Guru memaparkan satu pokok tanggungjawab kepada murid-murid. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan poko tersebut. Murid diminta untuk menghasilkan satu pokok tanggungjawab terhadap keluarga. Setiap murid telah diagihkan lembaran kertas bagi membuat pokok tanggungjawab tersebut. Murid digalakkan untuk menghias hasil tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Guru membimbing murid melakukan aktiviti.

BBB: Lembaran kertas Alat tulis

Kaedah: Kelas

Teknik:Temubual

Kemahiran Berfikir:Murid dapat mengekspresikan bakat dan idea mereka melalui aktiviti pokok tanggungjawab.

Langkah 4(5 minit)Latihan Pengukuhan Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja tersebut.

BBB: Lembaran kerja

Kaedah: Kelas

Penutup(5 minit)Saya Bertanggungjawab Murid diminta membuat refleksi dan rumusan pembelajaran. Guru mengarahkan murid membuat kerja rumah.

Kaedah: Individu

Kemahiran Generik: Kemahiran merumus

Pendekatan: Pemupukan nilai

PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH(Diserahkan kepada guru/pensyarah pembimbing sebelum melaksanakan sesi P&P)

Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia

Tandatangan:Nama:Tarikh:Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan:Nama:Tarikh:

SITI HAJA DAUD4