Rph Mt Pecahan Tahun 3

6
Bidang : Nombor Dan Pecahan Tajuk : Pecahan Kelas : 3 Setia Standard Kandungan : 6.1 Menamakan pecahan wajar. Standard Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid akan dapat menjawab 3 daripada 4 soalan berkaitan: i) Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas. Eleman merentasi : Kreativiti dan inovatif Kurikulum Nilai dan sikap : Adil, bekerjasama, tolong-menolong Bahan bantu belajar : kad bergambar, kad pecahan, kertas A4, pensel warna, kad manila, ‘marker pen’, lembaran kerja Pentaksiran : Berdasarkan keupayaan murid menyelesaikan lembaran kerja bagi mengetahui murid mengenal dan menentukan pecahan wajar Masa : 2 waktu (50 minit)

description

Rph Mt Pecahan Tahun 3

Transcript of Rph Mt Pecahan Tahun 3

Bidang : Nombor Dan PecahanTajuk : PecahanKelas: 3 SetiaStandard Kandungan: 6.1 Menamakan pecahan wajar.Standard Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid akan dapat menjawab 3 daripada 4 soalan berkaitan:i) Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.Eleman merentasi: Kreativiti dan inovatifKurikulumNilai dan sikap: Adil, bekerjasama, tolong-menolongBahan bantu belajar: kad bergambar, kad pecahan, kertas A4, pensel warna, kad manila, marker pen, lembaran kerjaPentaksiran: Berdasarkan keupayaan murid menyelesaikan lembaran kerja bagi mengetahui murid mengenal dan menentukan pecahan wajarMasa : 2 waktu (50 minit)

FASAAKTIVITIKOMUNIKASICATATAN

Persediaan

Mengenal pasti masalah

Menjelaskan masalah 1. Murid dipaparkan satu rajah pada papan putih.

2. Murid diminta membuat pemerhatian terhadap rajah tersebut3. Guru mengeluarkan satu bahagian daripada 8 bahagian piza. 4. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan pecahan berdasarkan aktiviti 3

5. Murid diterangkan menggunakan set lego sebagai permulaan pecahan.

i. Ceritakan apa yang kamu lihat pada rajah.

ii. Berapakah bahagian yang terdapat pada rajah ini?

iii. Berapa bahagian yang cikgu telah keluarkan?

iv. Sebutkan pecahan berdasarkan rajah tersebut

BBM:kad bergambar dan kad pecahan

Strategi: Pemerhatian dan Penyoalan.

Imaginasi

Langkah 1

Penjanaan idea

Sintesis idea

1. Murid diedarkan dua helai kertas A4.2. Murid diminta melipatkan sehelai kertas tersebut kepada empat bahagian sama besar.3. Dengan menggunakan pensel warna, murid mewarnakan satu bahagian tersebut.4. Murid menyebut pecahan wajar dan menulis pecahan di belakang kertas yang dilipat

i. Lipatkan kertas kepada empat bahagian sama besar

ii. Warnakan satu bahagian

iii. Sebutkan pecahan wajar yang telah kamu warnakan

iv. Tuliskan pecahan wajar tersebut

BBM:kertas A4 dan pensel warna

Strategi: Penerokaan,

Perkembangan

Langkah 2

Penambahbaikan

Menilai 1. Murid dipaparkan beberapa gambar rajah secara satu persatu.2. Di hadapan kelas, guru telah menyediakan beberapa keping kad pecahan wajar kepada murid3. Murid akan memadankan rajah dengan kad pecahan yang betul.

i. Lihat rajah-rajah yang dipaparkan

ii. Apakah nama pecahan ini?

iii. Sebutkan pecahan wajar ini?

iv. Padankan kad pecahan yang bersesuaian dengan rajah.BBM: kad bergambar dan kad pecahan

Strategi: Mengenalpasti, Penyelesaian Masalah

Langkah 3

Aktiviti berkumpulan1. Murid dipecahkan kepada 3 orang satu kumpulan.2. Murid diedarkan bahan-bahan seperti kad manila dan marker pen.3. Murid diberikan arahan untuk melukiskan satu rajah untuk mewakili pecahan .Contoh:

4. Murid secara berkumpulan berbincang menyiapkan tugasan yang diberikan dan guru memantau serta membimbing murid.i. Sila membentuk kumpulan bertiga

ii. Lukiskan pecahan / rajah yang mewakili atau satu bahagian daripada tiga bahagian.BBM: Kad manila, marker pen

Strategi: Penyelesaian masalah

Nilai Murni:Tolong-menolong, kerjasama

Tindakan

Pelaksanaan amalan berterusan

1. Murid diedarkan lembaran kerja berkaitan pecahan wajar.2. Murid berbincang dengan guru hasil kerja mereka.BBM: Lembaran Kerja

Strategi: Penyelesaian masalah

Penutup

Penerapan nilai dan soalan KBAT1. Guru menerapkan nilai adil kepada murid2. Murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.i. Topik apa yang telah kamu pelajari pada hari ini?Nilai murni: Adil

Refleksi________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________