RPH Muzik (Tahun 4) kumpulan.docx

download RPH Muzik (Tahun 4) kumpulan.docx

of 2

description

TMK

Transcript of RPH Muzik (Tahun 4) kumpulan.docx

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)Nama GuruMazatul Sima Binti Mat Raji

Mata PelajaranPendidikan Muzik

Kelas4 Budiman

Tarikh31 Mac 2015 (Selasa)

Masa10.30 pagi- 11.00 pagi

Bilangan Murid33 0rang

TajukMemainkan Rekorder Secara Ensembel

Hasil Pembelajaran Murid memainkan rekorder dengan teknik penjarian yang betul. Murid dapat memainkan rekorder dengan not B, A dan G mengikut tempor berdasarkan skor.

Analisis Pelajar

Ciri Umum PelajarPengetahuan Sedia AdaGaya Pembelajaran

Murid-murid berada dalam lingkungan umur 10 tahun. Berlatar belakang pengetahuan muzik yang sederhana dan boleh menyanyi mengikut tempo yang sederhana baik. Mempunyai pengalaman menggunakan rekorder.Murid pernah mendengar lagu Mary Had A Litlle Lamp dan boleh menyanyikan lagu tersebut.Murid cenderung ke arah gaya pembelajaran visual dan aktiviti kumpulan

Menyatakan objektifDi akhir pengajaran hari ini,

1. murid dapat meniru dan memainkan not B, A dan G mengikut tempo berdasarkan skor. 2. murid dapat memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor mengikut tempo.3. murid dapat memainkan melodi kaunter dengan ton yang baik mengikut tempo dan dinamik berdasarkan skor secara konsisten.

Memilih kaedah, media dan sumberKaedah

Kuliah, sumbang saran, perbincangan kumpulan.Media

Alat pembesar suaraAlat dan bahan sumber yang diperlukan

Komputer dan LCD

Menggunakan media dan bahan

Alatan muzik rekorder

Melibatkan pelajar

Set Induksi: (5 minit) Guru membawa kotak yang mengandungi alat muzik rekorder dan meminta murid meneka kandungan kotak tersebut. Guru menyoal murid. Apakah kandungan kotak yang cikgu bawa ini? Apakah nama alatan muzik ini?

Langkah 1 : (12 minit) Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada nyanyian guru yang menyanyikan lagu Mary Had A Little Lamp. Murid mendengar dan menepuk detik lagu Mary Had A Little Lamp dengan bimbingan guru.

Langkah 2 : (12 minit) Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada penerangan guru tentang teknik penjarian rekorder. Murid meniru dan memainkan not B, A dan G mengikut tempo berdasarkan skor serta dimainkan mengikut frasa demi frasa.

Langkah 3: ( 25 minit) Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memainkan ketiga-tiga not mengikut tempo berdasarkan skor. Setiap kumpulan akan memainkan ketiga-tiga not secara bergilir-gilir supaya setiap kumpulan akan merasai dan mendengar perbezaan bunyi not-not tersebut. Guru membimbing murid dengan berperanan sebagai konduktor dengan menggunakan isyarat tangan supaya murid dapat mematuhi dan mengikut tempo serta dinamik yang betul secara konsisten.

Rumusan dan Penutup: (6 minit) Membuat persembahan dalam kumpulan besar. Memainkan rekorder serta menggerakkan sedikit anggota badan. Guru memuji dan memberi rangsangan kepada murid.

Penilaian

Pencapaian murid dinilai dari, bekerjasama dalam kumpulan bertoleransi semasa melakukan aktiviti memainkan rekorderPenambahbaikan yang dibuat, mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekorder lembut (p) kuat (f)

12