Rph norazilah arbain d20102040619

8
KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 TAJUK TUGASAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) KUMPULAN : EL-K01 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO ID NO TELEFON NORAZILAH BINTI ARBAIN D20102040619 017-3074781 NAMA PENSYARAH: DR ROSMA BINTI OSMAN

Transcript of Rph norazilah arbain d20102040619

Page 1: Rph norazilah arbain d20102040619

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

TAJUK TUGASAN:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

KUMPULAN :

EL-K01

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO ID NO TELEFON

NORAZILAH BINTI ARBAIN

D20102040619 017-3074781

NAMA PENSYARAH:

DR ROSMA BINTI OSMAN

Page 2: Rph norazilah arbain d20102040619

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Matapelajaran: Bahasa Melayu

Kelas : 2 Wira

Masa :10.15 -10.45 pagi.

Tema : Keluarga Ceria

Tajuk : Aktiviti Keluarga Saya

Fokus utama : 1.2 Aras 1 (ii) Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang

dikemukakan.

Fokus sampingan: 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang

betul dan tulisan yang cantik.

Objektif : Diakhir sesi pengajaran murid dapat:

1.) Menyatakan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga pada waktu lapang.

2.) Menulis ayat tunggal dengan ejaan yang betul dan tulisan yang kemas.

Bahan bantu mengajar : Gambar besar aktiviti keluarga, kad frasa, kad-kad gambar (set

induksi), lembaran kerja.

Pengisian kurikulum: Ilmu- Pendidikan Moral

Nilai- Kerjasama, tolong -menolong dan rajin.

KBKK : Menaakul, membanding beza, menganalisis.

Sistem bahasa : Kata kerja

Kosa kata : mencuci kereta, menolong bapa, membubuh baja, menyapu

sampah dan menyiram pokok.

Pengetahuan sedia ada: Murid sudah biasa membantu ibu bapa dan telah mempelajari

kata kerja (frasa) yang dipelajari.

Page 3: Rph norazilah arbain d20102040619

Langkah/ masa

Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set

induksi (5 minit)

1) Guru menunjukkan dua

buah sampul yang mengandungi kad bergambar A(gambar penyapu) dan B (gambar bekas penyiram pokok bunga).

2) Guru meminta seorang murid datang ke hadapan dan memilih salah satu kad.

3) Guru menunjukkan gambar yang dipilih oleh murid tersebut dan minta murid itu melakonkan kegunaan gambar tersebut.

4) Guru meminta murid lain meneka apakah yang sedang murid tersebut lakonkan.

5) Guru menyoal murid: Apakah yang sedang rakan kamu lakukan? Adakah kamu membantu ibu bapa kamu pada waktu lapang? Bilakah kamu melakukan aktiviti tersebut?

6) Aktiviti di atas di ulang untuk kad gambar seterusnya.

7) Guru mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan pelajaran hari ini.

1.) Murid melihat dan

mendengar penerangan guru.

2.) Murid memilih sampul kad bergambar.

3.) Murid melakonkan aksi berdasarkan kad gambar yang dipilih.

4.) Murid lain meneka lakonan rakan mereka dan menjawab soalan guru. Menyapu sampah dan menyiram pokok bunga. Ya, kami ada membantu ibu bapa semasa waktu lapang. Kami melakukan aktiviti pada waktu pagi atau petang.

5.) Murid mendengar

penerangan guru dan mengaitkan pengalaman sedia ada dengan isi pelajaran berikutnya.

Pengisian kurikulum: Ilmu ; Pendidikan Moral Nilai: kerjasama Bahan bantu mengajar: -kad bergambar Penyapu Bekas

penyiram pokok bunga

Gambar dalam sampul A

Gambar dalam

sampul B

Page 4: Rph norazilah arbain d20102040619

Masa/langkah

Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Langkah 1 (7 minit)

1.) Guru melekatkan gambar besar berkaitan aktiviti keluarga di papan tulis.

2.) Guru menyoal murid tentang gambar. Gambar siapakah yang dapat kamu lihat? Apakah yang sedang mereka lakukan?

3.) Guru membimbing murid membaca frasa dengan bahasa isyarat yang betul.

4.) Guru meminta murid mengisaratkan frasa dan membetulkan bahasa isyarat murid yang kurang tepat.

5.) Guru minta murid

melekatkan semula frasa pada gambar yang betul.

1.) Murid melihat gambar yang ditampal oleh guru dengan teliti.

2.) Murid menjawab soalan guru. Gambar keluarga. (Bapa, ibu,kakak, abang dan adik). Mencuci kereta. Menyapu sampah, menyiram pokok bunga, membubuh baja, menolong ayah.

3.) Murid membaca frasa dengan bimbingan guru.

4.) Murid mengisyaratkan semula frasa secara individu.

5.) Murid melekatkan semula frasa dengan gambar yang betul.

Bahan Bantu Belajar:

Gambar aktiviti keluarga

KBKK- Menganalisis Kecergasan pelbagai

Langkah 2 (8 minit)

1.) Guru menerangkan

tentang aktiviti membina ayat tunggal berdasarkan frasa yang telah dipelajari.

2.) Guru melekatkan jadual bina ayat sebagai panduan murid membina ayat. Guru minta murid isikan jadual tersebut .

3.) Guru betulkan kesalahan

ejaan atau tanda baca murid.

1.) Murid mendengar

penerangan guru.

2.) Murid bina ayat tunggal berdasarkan frasa dan gambar dengan melengkapkan jadual pembinaan ayat yang guru sediakan.

3.) Murid betulkan ejaan atau tanda baca.

Siapa

?

Buat apa?

Ayah mencuci

kereta.

Ibu membubuh

baja pada

pokok

bunga.

Abang menyapu

sampah.

Kakak menyiram

pokok

bunga.

Adik menolong

ayah

mencuci

kereta.

mencuci kereta

menyapu sampah

membubuh baja

menyiram pokok

menolong ayah

Page 5: Rph norazilah arbain d20102040619

Masa/langkah

Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

4.) Guru minta murid baca ayat tunggal yang telah dibina secara individu dan kelas.

4.) Murid baca yata secara individu atau kelas.

Langkah 3 (5 minit)

1.) Guru minta murid kembali

ke tempat duduk masing masing.

2.) Guru berikan penerangan dan arahan yang jelas bagi aktiviti seterusnya ( tulis semula ayat yang telah dibina serta di baca dalam lembaran kerja yang diberi.)

3.) Guru betulkan serta merta kesalahan ejaan dan tanda baca semasa murid menulis ayat dalam lembaran kerja yang disediakan.

4.) Guru menyemak kerja

murid dan minta mereka membaca semula ayat dengan bahasa isyarat yang tepat.

1.) Murid kembali ke tempat

duduk masing-masing.

2.) Murid mendengar penerangan dan arahan guru dan murid menulis semula ayat yang telah dibina.

3.) Murid membetulkan kesalahan ejaan atau tanda baca semasa menulis ayat.

4.) Murid membaca ayat dengan bahasa isyarat yang tepat.

Pengisian kurikulum:

Ilmu: Pendidikan Moral

Nilai: tolong –menolong

Sistem bahasa: Kata kerja

Bahan bantu belajar:

Lembaran Kerja

Penutup (5 minit)

1.) Guru minta murid baca

semula frasa yang telah dipelajari dan padankan dengan gambar yang betul.

2.) Guru kaitkan isi pelajaran dengan nilai murni “rajin” dan “tolong-menolong”.

3.) Guru menasihati murid

supaya menjadi anak yang rajin dan sentiasa bersedia meolong ibu bapa.

1.) Murid baca semula frasa

dan padankan kad frasa dengan gambar yang betul.

2.) Murid mengaitkan nilai murni denga isi pelajaran yang telah dipelajari.

3.) Murid mendengar nasihat guru.

Penerapan nilai murni:

Rajin Tolong

menolong Kerjasama

Page 6: Rph norazilah arbain d20102040619

PENTAKSIRAN/ PENILAIAN PEMBELAJARAN

1) Gambar siapakah yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

Bersoal jawab

Gambar sebuah keluarga. (ibu,bapa,kakak,abang dan adik)

2) Apakah yang sedang mereka lakukan?.

Bersoal jawab

Aktiviti :-

- Mencuci kereta - Menyapu sampah - Membubuh baja - Menyiram pokok bunga. - Menolong bapa

3) Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini?.

Bersoal jawab

- Pada waktu lapang - Pada waktu petang

4) Aktiviti bertulis (membina dan menulis semula ayat)

Siapa? FN

Buat apa? FK

1. 2. 3. 4. 5.

Lembaran kerja

1. Bapa mencuci kereta di halaman

rumah. 2. Ibu membubuh baja pada pokok

bunga. 3. Abang menyapu sampah. 4. Kakak menyiram pokok bunga. 5. Adik menolong bapa mencuci

kereta.

Page 7: Rph norazilah arbain d20102040619

LAMPIRAN.

SET INDUKSI

Gambar dalam sampul A Gambar dalam sampul B

LANGKAH PERKEMBANGAN PELAJARAN

mencuci kereta

menyapu sampah

membubuh baja

menyiram pokok

menolong ayah

Page 8: Rph norazilah arbain d20102040619

LEMBARAN KERJA.

Bina lima ayat tunggal berdasarkan gambar.

1. _______________________________________________________________________

2. _______________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________________

4. _________________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________________