Rph Pecahan Tahun 3

5
RPH tahun 3 pecahan Tarikh : 20 Februari Masa : 9.00 – 10.00 pagi (60 minit) Kelas : 3 UKM Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Pecahan Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 6.1 Menamakan pecahan wajar. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : (iii) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. Pengetahuan Sedia ada : Pelajar tahu mengenai kedudukan pengangka dan penyebut di dalam pecahan wajar dan mengenalpasti pecahan wajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : kertas A4 berwarna Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni : Jujur, berjumat-cermat, bertanggungjawab, amanah

description

Rph Pecahan Tahun 3

Transcript of Rph Pecahan Tahun 3

RPH tahun 3 pecahanTarikh : 20 FebruariMasa: 9.00 10.00 pagi (60 minit)Kelas : 3 UKMBidang: Nombor dan OperasiTajuk : PecahanStandard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 6.1Menamakan pecahan wajar.Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk : (iii) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.Pengetahuan Sedia ada : Pelajar tahu mengenai kedudukan pengangka dan penyebut di dalam pecahan wajar dan mengenalpasti pecahan wajar.Bahan Bantu Mengajar (BBM) : kertas A4 berwarna Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni: Jujur, berjumat-cermat, bertanggungjawab, amanah

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. Persediaan(10 minit)

Pemerhatian dan Analisis

a. Sediakan dua biji kek dan diberikan kepada dua orang murid.b. Kek yang pertama dipotong kepada dua bahagian yang sama besar dan satu bahagian diberikan kepada murid tersebut.

c. Kek yang kedua dipotong kepada empat bahagian yang sama besar dan dua bahagian diberi kepada murid tersebut.

d. Murid diminta untuk menyatakan pecahan setara bagi satu perdua.

e. Jelaskan kepada murid bahawa dua perempat adalah sama dengan satu perdua. i. Berapa biji kek yang ada di atas meja?

ii. Berapa bahagian kek yang sudah dipotong?

iii. Berapa bahagian kek yang murid kedua dapat?

iv. Adakah bahagian kek yang dipegang oleh murid pertama dan kedua adalah sama saiznya?

v. Nyatakan bahagian kek tersebut dalam bentuk pecahan.

2. Imaginasi(20 minit)

Penjanaan Idea

Sintesis Ideaa. Murid dibahagikan kepada dua orang satu kumpulan.

b. Setiap kumpulan diberi dua kertas A4.

c. Setiap kumpulan diminta melipat dan menggunting satu helai kertas kepada empat bahagian yang sama dan hasil guntingan itu dibahagikan kepada kedua-dua ahli kumpulan dengan sama banyak.

d. Kertas kedua pula dilipat dan digunting kepada lapan bahagian yang sama besar dan dibahagikan kepada ahli kumpulan dengan sama banyak.

e. Bandingkan saiz bahagian yang diperoleh oleh seorang murid.

f. Jelaskan kepada murid bahawa adalah setara dengan .

g. Ulang aktiviti dengan menggunakan contoh yang lain.i. Berapa keeping potongan kertas setiap murid dapat?

ii. Nyatakan secara lisan pecahan bagi hasil kerja yang ditampal.

iii. Diminta seorang murid menulis jawapan di papan tulis.

3. Perkembangan(20 minit)a. Tunjukkan kad gambar seperti di bawah.b. Murid diberi jawapan secara lisan dan menyatakan pecahan setara bagi suatu pecahan wajar.

c. Minta murid mewarnakan dua helai kertas A4 yang diberi mengikut pecahan yang dinyatakan.

d. Warnakan .

e. Warnakan bahagian berikut supaya menjadi pecahan setara bagi .

f. Jelaskan kepada murid bahawa adalah setara dengan .i. Berapakan pecahan setara bagi ?

ii. Berapakah pecahan setara bagi ?

iii. Warnakan satu bahagian daripada tiga bahagian yang sama.

iv. Berapakah bahagian yang diwarnakan supaya menjadi pecahan setara?

4. Tindakan(10 minit)

Pelaksanaan

Amalan Berterusana. Edarkan lembaran kerja kepada murid-murid.b. Bincangkan hasil kerja murid.i. Selesaikan tugasan yang diedarkan.

5. PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid melakukan aktiviti secara berkumpulan.

6. Nilai dan sikapBekerjasama, tolong-menolong, tekun, yakin diri.