RPH PENDIDIKAN JASMANI

9
RPH PENDIDIKAN JASMANI Bahagian A : Latar Belakang RPH Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 15 / 03 / 2015 Tahun : 4 Gemilang Masa : 7.40 Pagi – 8.10 Pagi Bil. Murid : 17 Orang ( L = 13, P = 4 ) Tunjang : Kecergasan Tajuk : Latihan Ujian Segak Sub-Tajuk : Persedian Untuk Ujian Segak Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat : Psikomotor : Boleh melakukan senaman yang meningkatkan kelenturan, daya tahan, dan kekuatan otot berdasarkan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Kognitif : Boleh merancang pelan senaman kecergasan fizikal untuk diri sendiri.

description

Latihan Ujian Segak. Rancangan Harian Pendidikan Jasmani. Latihan Kecergasan. Ujian Segak.

Transcript of RPH PENDIDIKAN JASMANI

RPH PENDIDIKAN JASMANIBahagian A : Latar Belakang RPHPelajaran : Pendidikan JasmaniTarikh : 15 / 03 / 2015Tahun : 4 GemilangMasa : 7.40 Pagi 8.10 PagiBil. Murid : 17 Orang ( L = 13, P = 4 )

Tunjang : KecergasanTajuk : Latihan Ujian SegakSub-Tajuk : Persedian Untuk Ujian Segak

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :

Psikomotor : Boleh melakukan senaman yang meningkatkan kelenturan, daya tahan, dan kekuatan otot berdasarkan jenis aktiviti yang akan dilakukan.

Kognitif : Boleh merancang pelan senaman kecergasan fizikal untuk diri sendiri.

Afektif : Boleh menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Penggabungjalinan : Bahasa Inggeris, Sains

PSA : Pelajar pernah melakukan Ujian Segak

BBM : Bola tenis, wisel, skital, Ipod, speaker mudahalih. Penerapan nilai : Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kemahiran Generik : Membanding beza aktiviti-aktiviti latihan kecergasan untuk daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot.

MasaTajuk AktivitiFokus PembelajaranButir MengajarOrganisasiPenglibatanStrategi / Catatan

5 minit1) Memanaskan badan : Gerak Ceria Tenis1. Murid dalam kedudukan rawak dalam kawasan yang ditetapkan.2. Melakukan aktiviti mengikut arahan atau isyarat daripada guru seperti berikut : a. satu tiupan wisel melompat kanan dan kiri bola tenis dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. b. dua tiupan wisel menyentuh (tap) bola tenis dengan hujung kaki kiri dan kanan (selang seri). c. tiga tiupan wisel berlari mengelilingi bola tenis.Bola Tenis, Wisel.

12 minit2) Aktiviti 1 : Kecergasan Menuju Segak1. Murid berdiri dalam ruang diri. berdepan dengan guru.2. Guru memainkan 3 buah lagu : a. The Running Song untuk latihan daya tahan kardiovaskular. b. The Push Up Song untuk latihan daya tahan kekuatan otot. c. The Sit Ups Song untuk latihan daya tahan kekuatan otot.3. Murid akan melakukan aktiviti berlari, tekan tubi, dan ringkuk tubi separa mengikut muzik. Ipod,Rakaman lagu-lagu, Speaker mudahalih.

4 minit3) Permainan Kecil : Dadu Pergerakan (Movement Dice)1. Murid dalam dua kumpulan.2. Murid pertama dari setiap kumpulan berlari menuju ke skital masing-masing.3. Murid akan mengambil Dadu Pergerakandan membaling dadu untuk mendapat pergerakan yang dikenakan.4. Setelah selesai melakukan pergerakan yang dikenakan, murid pertama dari setiap kumpulan akan masuk balik ke barisan kumpulan masing- masing.5. Aktiviti diulang oleh murid lain dari setiap kumpulan sehingga semua ahli kumpulan selesai melakukan pergerakan-pergerakan pada dadu.6. Kumpulan yang dapat menyelesaikan pergerakan- pergerakan terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

5 minit4) Aktiviti 3 : Menyejukkan Badan1. Murid berdiri dalam ruang diri berdepan dengan guru.2. Guru memainkan lagu The Stretching Song.3. Murid melakukan pergerakan regangan mengikut muzik.Ipod,Rakaman lagu-lagu, Speaker mudahalih

3 minit5) Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran.1. Guru memberi borang Perancangan Kecergasan Peribadi (Personal Fitness Planning) untuk murid mengisi.2. Disamping itu, guru juga memberi kertas lipatan Dadu Pergerakan kepada murid.Borang dankertas lipatan.

Disediakan oleh :