Rph pk tahun 5

5
PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan. Standard Kandungan : 1.4 Standard Pembelajaran : 1.4.1 Kemahiran : Kesihatan Diri dan Reproduktif. Tarikh : 10 April 2015. Masa : 11.30 pagi – 12.00 tengahari. Tahun : 5 Bestari. Bilangan Murid : 30 orang. Pengalaman sedia ada : Murid pernah melihat dan menggunakan produk atau bahan yang mengandungi bahan psikoaktif. Hasil Pembelajaran : Pada akhir PdP murid dapat ; Psikomotor : Murid dapat mengenali dengan betul jenis-jenis bahan psikoaktif Kognitif : i) Menerangkan jenis atau bahan inhalan. ii) Menerangkan perlakuan dan perbuatan yang dikategorikan penyalahgunaan bahan inhalan. Afektif : Merasa selamat dan yakin semasa mengendalikan produk serta bahan yang dikategori sebagai inhalan. Penerapan nilai : Tanggungjawab terhadap diri sendiri dan komuniti di sekeliling serta aspek kasih sayang. KBKK : Menjana idea (bagaimana mengendali produk yang mengandungi bahan psikoaktif dengan selamat. Penggabungjalinan : Membezakan bahan inhalan atau bukan inhalan – (sains) PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 1

Transcript of Rph pk tahun 5

Page 1: Rph pk tahun 5

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan.

Standard Kandungan : 1.4

Standard Pembelajaran : 1.4.1

Kemahiran : Kesihatan Diri dan Reproduktif.

Tarikh : 10 April 2015.

Masa : 11.30 pagi – 12.00 tengahari.

Tahun : 5 Bestari.

Bilangan Murid : 30 orang.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah melihat dan menggunakan produk atau bahan yang

mengandungi bahan psikoaktif.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir PdP murid dapat ;

Psikomotor : Murid dapat mengenali dengan betul jenis-jenis bahan psikoaktif

Kognitif : i) Menerangkan jenis atau bahan inhalan.

ii) Menerangkan perlakuan dan perbuatan yang dikategorikan

penyalahgunaan bahan inhalan.

Afektif : Merasa selamat dan yakin semasa mengendalikan produk serta bahan

yang dikategori sebagai inhalan.

Penerapan nilai : Tanggungjawab terhadap diri sendiri dan komuniti di sekeliling serta aspek

kasih sayang.

KBKK : Menjana idea (bagaimana mengendali produk yang mengandungi bahan

psikoaktif dengan selamat.

Penggabungjalinan : Membezakan bahan inhalan atau bukan inhalan – (sains)

BBM : Buku teks, bahan daripada you tube, google wikipidea, produk-produk yang

mengandungi bahan psikoaktif dan projektor.

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 1

Page 2: Rph pk tahun 5

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Bahagian/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran & Pembelajaran

Catatan/ Alat/ Strategi

Set induksi

(± 5 minit)

Berkomunikasi dengan murid-murid dan pengenalan kepada tajuk pelajaran

Murid akan ditanya secara spontan dengan soalan berkenaan kelas sebelumnya kemudian menanyakan tentang bahan inhalan untuk mendapatkan respond tentang tajuk pelajaran

Kemahiran komunikasi dan visual ruang

PerkembanganLangkah 1

(± 15 minit)

Memaparkan definisi sebenar apakah yang dimaksudkan inhalan melalui projektor menggunakan aplikasi Wikipedia.

Murid kemudiannya diminta untuk membaca maklumat yang diberikan melalui aplikasi Wikipedia.

Guru kemudiannya menerangkan dengan secara terperinci serta mengaitkan dengan gambar yang dipaparkan melalui aplikasi google image beraitan bahan dan produk yang dikategorikan sebagai inhalan.

Video pengakuan seorang bekas penagih inhalan ditayangkan kepada murid melalui aplikasi you tube agar murid dapat memahami lebih jelas tentang perlakuan yang dikatakan sebagai penyalahgunaan inhalan

Murid mengetahui aplikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat (Wikipedia).

Membimbing bacaan murid serta membetulkan sebutan pada istilah sains .

Murid di soal mengenai persamaan bahan-bahan yang terdapat dirumah dengan gambar yang dipaparkan. Guru menerangkan bahan inhalan yang tidak dikenali oleh murid.

Menanyakan pengalaman murid dan komuniti disekeliling yang melakukan penyalahgunaan inhalan. Guru menerangkan tabiat pelaku di dalam video serta kesan yang berlaku sekiranya murid bertindak menyalahgunakan bahan inhlan ini.

Kemahiran menjawab.

Strategi dan menerangkan.

Aplikasi teknik psikologi berbalik bagi menasihati murid untuk menghindarkan diri daripada terjerumus terhadap aktiviti penagihan inhalan.

Nilai:Keyakinan diri dan motivasi kendiri.

SPPI: Tutorial

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 2

Page 3: Rph pk tahun 5

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Langkah 2

(± 5 minit)

Memberi peluang kepada murid secara amali untuk mempraktikan teknik dan kaedah mengendalikan bahan inhalan secara betul dan selamat.

Murid diminta agar berada dalam kedudukan yang betul dan selamat dalam mengendalikan bahan inhalan melalui bimbingan guru.

Murid ditanyakan mengenai kesan terhadap diri sendiri selepas melalui proses mengendalikan bahan inhalan.

Guru akan menjelas dan menerangkan risiko sekiranya kaedah dan teknik pengendalian bahan inhalan tidak dilaksankan secara betul.

BBM:i) Bahan inhalan;- minyak petrol.- cat.- pen marker.- pen cat marker.- pemadam cecair.- penyegar udara.

ii) Pebaris kayu-menetapkan jarak murid dan bahan inhalan.

SPPI: Latih tubi

Penutup

(± 5 minit)

Guru akan membuat rumusan dan peneguhan.

Membuka peluang kepada murid untuk mengemukan soalan sekiranya terdapat sebarang perkara yang kurang faham.

Murid akan diberikan peneguhan daripada guru;

Cara mengenali bahan inhalan.

Teknik dan kaedah pengendalian bahan inhalan dengan betul.

Kesan jangka panjang dan pendek sekiranya membabitkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan bahan inhalan.

Murid bertanyakan soalan balik bahagian yang kurang faham.

Kemahiran mendengar dan menyoal.

SPPI: Latih tubi

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 3

Page 4: Rph pk tahun 5

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Refleksi

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 4