RPH Renang Contoh

11
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Aspek : Kemahiran Tajuk : Renang Sub Tajuk : Terjunan Gaya Surface Dive Tarikh : 26hb Mac 2012 Masa : 08:00 – 09:00 Pagi Tahun : 5 Amanah Bilangan Pelajar : 30 Orang ( 17 Lelaki, 13 Perempuan ) Pengalaman : a) Murid telah menguasai kemahiran asas renang; dan Sedia Ada b) Murid telah mempelajari terjunan gaya ‘Bottle Jump’. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ; a) Psikomotor : 1) Melakukan terjunan gaya ‘Surface Dive - Junam Tombak’ sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan. 2) Melakukan terjunan ‘Junam Tombak’ secara individu dengan cara yang betul dan selamat. b) Kognitif : 1) Menamakan dua aktiviti atau gaya melibatkan terjunan. 2) Memberi contoh otot utama yang terlibat dalam aktiviti atau gaya terjun ‘Surface Dive – Junam Tombak’. c) Afektif :

description

RPH renang

Transcript of RPH Renang Contoh

Page 1: RPH Renang Contoh

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Aspek : Kemahiran

Tajuk : Renang

Sub Tajuk : Terjunan Gaya Surface Dive

Tarikh : 26hb Mac 2012

Masa : 08:00 – 09:00 Pagi

Tahun : 5 Amanah

Bilangan Pelajar : 30 Orang ( 17 Lelaki, 13 Perempuan )

Pengalaman : a) Murid telah menguasai kemahiran asas renang; dan

Sedia Ada b) Murid telah mempelajari terjunan gaya ‘Bottle Jump’.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ;

a) Psikomotor :

1) Melakukan terjunan gaya ‘Surface Dive - Junam Tombak’

sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan.

2) Melakukan terjunan ‘Junam Tombak’ secara individu

dengan cara yang betul dan selamat.

b) Kognitif :

1) Menamakan dua aktiviti atau gaya melibatkan terjunan.

2) Memberi contoh otot utama yang terlibat dalam aktiviti

atau gaya terjun ‘Surface Dive – Junam Tombak’.

c) Afektif :

1) Bersemangat, seronok dan komited dalam melakukan

setiap aktiviti yang dijalankan.

2) Mematuhi setiap peraturan keselamatan dan kebersihan

semasa berada di kolam renang.

Penerapan Nilai : Kebersihan, keselamatan, berkeyakinan, bersemangat, dan

berdisiplin (memberi perhatian dan mengambil perhatian).

KBKK : Membuat analisis.

Penggabungjalinan: Aspek Kecergasan – Kelenturan / Koordinasi

Kesepaduan : Penggunaan istilah Sains : Hamstring, Kuadrisep, Biseps,

Triseps, Gastroknemius, Deltoid, Rektus Abdominis.

Alatan : Baju renang, Gogal, Swim cap, Wisel, Stop watch, Sudu,

Duit syiling, Bakul.

Kajian Masa Depan:Mencari maklumat melalui internet.

Page 2: RPH Renang Contoh

Fasa ( Masa )

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / Catatan

Permulaan

(10 minit )

1. Kehadiran

2. Kesihatan

3. Pakaian

4. Pengenalan

5. Pemanasan

a) Lompat setempat

b) Lompat bintang

6. Regangan

a) Kepala dan leher

1. Guru memeriksa kehadiran2. Guru bertanyakan kesihatan3. Guru memeriksa pakaian

4. Pengenalan kepada aktiviti :a. Guru menerangkan semula pelajaran lepas iaitu kemahiran terjun gaya ‘Bottle Jump’ untuk memantapkan lagi pemahaman murid terhadap tajuk.b. Guru menerangkan perkaitan antara terjun gaya ‘Bottle Jump’ dengan pelajaran hari tersebut.c. Guru menerangkan aspek keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan : - Melakukan aktiviti mengikut kemampuan individu. - Mematuhi peraturan dan disiplin semasa berada di kolam.

5. Aktiviti pemanasan : a. melakukan lompatan setempat mengikut kumpulan masing-masing.b. melakukan lompatan bintang apabila wisel ditiup.

6. Aktiviti regangan ;

a. Dalam keadaan berdiri, kepala tunduk kemudian mendongak ke atas secara berselang-seli, kemudian kepala dan leher akan dipusing ke kanan dan ke kiri secara berselang-seli dalam kiraan 5 dan ulang aktiviti sebanyak 2 kali.

Petunjuk :

: Guru : Murid

-Murid berselerak di dalam kawasan yang ditetapkan.

- Guru membuat demonstrasi dan murid melakukan aktiviti.

BBM :

Wisel

Nilai :

Kebersi- han

dan

Kesela- matan

Page 3: RPH Renang Contoh

Fasa ( Masa )

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / Catatan

b) Tangan

c) Badan dan pinggang

d) Kaki dan paha

b. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu. Luruskan kedua belah tangan di belakang punggung dan siku dihalakan ke dalam tolak tangan perlahan- lahan ke atas dan kira dalam kiraan 5. Ulang aktiviti sebanyak 2 kali.c. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu. Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan. Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah bahu kiri. Ulang dengan tangan kiri. Buat 2 set untuk setiap aktiviti.d. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas paras bahu. Bongkokkan badan dan siku dibengkok sedikit. Cuba sentuh lantai dengan kedua belah tangan dan tahan dalam kiraan 5. Ulang aktiviti 2 kali.

Perkem-bangan

(20 Minit )

Gerak kerja kelas dan individu ;

Pengenalan kepada teknik dan fasa perlaksanaan surface dive – junam tombak.

Guru menunjukkan dan menerangkan tentang kemahiran surface dive secara umum dan kemahiran khusus ‘junam tombak’ yang hendak diajar pada hari tersebut.

TEKNIK JUNAM TOMBAK :-

(A) Apung

1. Apung dalam posisi meniarap2. Regangkan kedua-dua lengan melepasi kepala

K1 K2

K3

K4 K5

Nilai :

Beri tumpuan dan mende-ngar arahan

KBKK :

Mem-buat analisis

Page 4: RPH Renang Contoh

Fasa ( Masa )

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / Catatan

Terdapat 5 fasa junam tombak :

A) apung

B) sapu

C) tombak

D) tekan dan angkat

E) turun

Gerak kerjaKumpulan.

Murid membuat 5 kumpulan yang kecil.

1 kumpulan =6 orang

B) Sapu

1. Kuakkan kedua-dua lengan ke belakang dan bawa ke sisi badan

2. Pusingkan tapak tangan ke bawah.

C) Tombak

1. Gerakkan kepala ke bawah2. Bongkokkan badan pada sudut tegak di pinggang

D) Tekan dan Angkat

1. Tekan dengan lengan2. Unjurkan kaki tegak ke atas

E) Turun

Guru akan memberi contoh (demo) kepada pelajar berkaitan dengan fasa-fasa perlaksanaan tersebut dengan bantuan dari murid.

Setiap kumpulan diberi peluang untuk mencuba teknik dan fasa-fasa perlaksanaan junam tombak bergilir-gilir sambil kumpulan lain akan memperhatikan gerak laku kumpulan yang sedang melakukan junam tombak.Murid yang melakukan kesilapan akan dibimbing oleh guru atau rakan-rakan. Setiap kumpulan diberi peluang untuk membuat 5 percubaan.

Kumpulan 1 :

K2 K3 K4 K5

Tunjang kecerga- san :

Kelen- turandankordinasi

Nilai :

Berke- yakinan

Page 5: RPH Renang Contoh

Fasa ( Masa )

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / Catatan

Kemuncak /PermainanKecil

( 25 Minit )

Permainan air‘terjun selam’

Murid-murid melakukan permainan

secara berkumpulan.

Ahli kumpulan yang sama.

Guru menerangkan cara melakukan permainan terjun selam.

Syarat permainan :-

Setiap kumpulan akan berkumpul di tempat permulaan yang ditetapkan.

Guru akan meniup wisel sebagai tanda memulakan permainan.

Peserta pertama setiap kumpulan akan berenang pada jarak yang ditetapkan (zon menyelam) dan menyelam ke dalam air untuk mendapatkan satu objek (sudu / duit syiling) dan dibawa kembali kepada kumpulan untuk dimasukkan ke dalam bakul masing- masing.

Setelah dimasukkan, peserta ke dua pula akan meneruskan pertandingan untuk mengambil satu objek yang seterusnya.

Peserta ke tiga dan seterus- nya akan melakukan cara yang sama dan kembali kepada peserta pertama.

Objek duit syiling menyumbang 2 mata sementara objek sudu menyumbang 1 mata.

Wisel akan ditiup menanda- kan masa permainan sudah tamat.

Pemenang ditentukan melalui jumlah kutipan mata yang paling tinggi.

K1 K2 K3 K4 K5

Petunjuk:

sudu

d. syiling

bakul

BBM:

Sudu,

Duit syiling

Bakul

Wisel

Stop watch

Nilai :

Bersema- ngatzon

menyelam

Page 6: RPH Renang Contoh

Fasa ( Masa )

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / Catatan

Penutup

( 5 Minit )

Gerak kendur

Rumusan dan kesimpulan

Guru menyuruh semua murid menyentuh tepi kolam.

Murid dikehendaki melakukan bobbing sebanyak 10 kali dalam air, sebelum naik ke grand stand.

Guru membuat rumusan isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Guru memberitahu otot-otot utama yang terlibat seperti :-

- Gastroknemius- Deltoid- Bisep- Trisep- Hamstring- Kuadriseps- Rektus Abdominis

Guru berpesan kepada murid untuk mencari maklumat tambahan di internet berkenaan kedudukan otot-otot berkenaan dalam sistem badan manusia.

Kese-paduan:

Istilah sains

Kajian masa depan

Refleksi pelajar :-

Kekuatan :

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan

kesungguhan dalam membuat kemahiran surface dive gaya ‘terjun tombak’.

Semangat berpasukan telah ditunjukkan oleh murid melalui aktiviti kemuncak iaitu

permainan dalam kumpulan.

Kelemahan :

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa murid memerlukan lebih latihan bagi

mencapai tahap maksima. Sesi pembelajaran berfokus akan diberikan kepada

kumpulan berkenaan pada sesi akan datang.

Page 7: RPH Renang Contoh