Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

12
NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4 Bidang: Nombor dan Operasi Tajuk: Wang Hingga RM100 000 Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 10.10 Mengetahui instrumen pembayaran. Standard Pembelajaran: Murid berkeupayaan untuk: 10.10 (i) Mengenal pelbagai instrumen pembayaran. Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal pelbagai instrument pembayaran Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Guru menayangkan video di laman web berikut: (cadangan pautan laman web) http://www.youtube.com/watch? v=Sh9ZXAzkzWw b. Murid diminta menyatakan maklumat yang terdapat pada video. c. Guru menerangkan bahawa kad kredit merupakan salah satu instrumen pembayaran dan menjelaskan apa itu instrumen pembayaran. Persediaan murid: Murid telah diminta untuk mencari maklumat berkaitan instrumen pembayaran sehari sebelum pdp ini diajar i. Ceritakan situasi yang berlaku dalam klip video itu. ii. kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. iii. nyatakan contoh instrumen pembayaran yang anda ketahui. 1

Transcript of Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

Page 1: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

Bidang: Nombor dan Operasi

Tajuk: Wang Hingga RM100 000

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:10.10 Mengetahui instrumen pembayaran.

Standard Pembelajaran: Murid berkeupayaan untuk:10.10 (i) Mengenal pelbagai instrumen pembayaran.

Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat:i. Mengenal pelbagai instrument pembayaran

Fasa Cadangan AktivitiCadangan

Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan Analisis

a. Guru menayangkan video di laman web berikut:(cadangan pautan laman web)

http://www.youtube.com/watch?v=Sh9ZXAzkzWw

b. Murid diminta menyatakan maklumat yang terdapat pada video.

c. Guru menerangkan bahawa kad kredit merupakan salah satu instrumen pembayaran dan menjelaskan apa itu instrumen pembayaran.Persediaan murid:Murid telah diminta untuk mencari maklumat berkaitan instrumen pembayaran sehari sebelum pdp ini diajar

i. Ceritakan situasi yang berlaku dalam klip video itu.

ii. Tegaskan kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit.

iii. Cuba nyatakan contoh instrumen pembayaran yang anda ketahui.

2. Imaginasi

Penjanaan Idea

Sintesis Idea

i. Secara berpasangan, murid diminta

membincangkan maklumat yang dikumpul tentang Instrumen Pembayaran yang telah diketahui.

ii. Guru membimbing murid mengenal pasti beberapa instrumen pembayaran dan menjelaskan kelebihan dan kelemahan penggunaan instrumen tersebut.

Contoh:Mata wang

Respon murid:CekKad kredit Kad debit Wang elektronik Mata wangKad Pra Bayar

1

Page 2: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

Mata wang digunakan sebagai instrumen pembayaran tunai.

Contoh: Ali membeli tiga buah buku tulis dan dua batang pensel dengan harga RM3.60. Dia membayar dengan menggunakan sekeping wang kertas RM5.00

Kelebihan: Mengelakkan berhutang.Kelemahan: Berisiko (hilang, kecurian)

Kad Pra Bayar

Kad pra bayar digunakan untuk membuat bayaran mengikut amaun yang telah dibayar terlebih dahulu.

Contoh: Kamal memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Dia menggunakan kad pra bayar untuk membayar tol.

Kelebihan: Memudahkan urusan (Kad Touch n Go) Mendisiplinkan pengguna (Kad prepaid)Kelemahan: Penggunaannya terhad berdasarkan amaun kad tersebut.

Kad kredit dan Kad debit

2

Page 3: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

3. Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

Permainan “Peminjam Yang Bijak”

a. Murid melengkapkan tugasan yang diberi secara berkumpulan (4 orang). (Rujuk Lampiran A)

b. Setiap kumpulan akan bergerak ke kiosk yang seterusnya mengikut arah jam setelah wisel dibunyikan.

c. Arahan permainan:i. Murid melengkapkan borang

berdasarkan maklumat di setiap kiosk. (Lampiran B)

ii. Setiap kumpulan menulis hasil dapatan pada jadual (kertas mahjong) yang disediakan di papan tulis.

iii. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

d. Bincangkan hasil dapatan keseluruhan.

i. Bergerak dalam kumpulan mengikut arahan setelah wisel dibunyikan.

ii. Anda perlu berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan.

4. TindakanPelaksanaan

Amalan Berterusan

a. Edaran lembaran kerja kepada murid.

b. Hasilkan satu Instrumen Pembayaran (contoh:Kad) yang sesuai mengikut kreativiti murid.

c. Murid diminta menghasilkan “Buku Skrap” tentang instrumen pembayaran

i. Selesaikan tugasan yang diberi.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid merancang perbelanjaan dan mengenal pasti instrumen pembayaran yang sesuai.

Nilai dan Sikap Terapkan nilai bekerjasama, berjimat-cermat dan berani memberikan jawapan secara lisan dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.

Refleksi Murid berupaya menyatakan instrument pembayaran yang ditunjukkan oleh guru.30/35 murid telah mengenal instrument pembayaran.

Lampiran AContoh-contoh kiosk

3

Page 4: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

*Kiosk beroperasi mengikut kesesuaian.

Lampiran B

Kiosk Kenderaan

Jenis:

Kiosk Makanan & Minuman

Jenis:

4

Page 5: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

Model:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Jenama:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Kiosk Alat Tulis

Jenis:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Kiosk Barangan Elektrik

Jenis:

Jenama:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Kiosk Pembayaran Bil

Jenis:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Kiosk Alatan Sukan

Jenis:

Jenama:

Harga:

Instrumen pembayaran:

Nota: Borang ini perlu disediakan secara berasingan mengikut kiosk.

Lembaran Kerja

Arahan: Tuliskan perkhidmatan yang sesuai mengikut instrumen pembayaran yang dinyatakan.

5

Page 6: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

Kad Kredit Kad Pra BayarContoh: Stesen Minyak Contoh: Touch n Go

1. _________________ 1. _____________________2. _________________ 2. _____________________3. _________________ 3. _____________________

Kad Debit Mata WangContoh: Pusat Membeli-belah Contoh: Kedai Runcit

1. _________________ 1. _____________________2. _________________ 2. _____________________3. _________________ 3. _____________________

Lembaran KerjaArahan: Baca situasi dan tulis instrumen pembayaran yang sesuai.

6

Page 7: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

1. Emak Siti membeli keperluan dapur di Pasaraya Maju. Beliau membayar barang-barang tersebut menggunakan wang kertas RM50.

Jawapan:

2. Jasnita mempunyai akaun simpanan sebanyak RM3 000. Beliau membuat pembayaran bagi telefon bimbit yang berharga RM1 200. Bayaran yang dikenakan akan ditolak serta-merta daripada akaun banknya.

Jawapan:

3. En. Anwar membeli beberapa helai pakaian di pusat membeli belah dan membuat pembayaran dengan menggunakan kad. Beliau telah menerima bil daripada pihak bank yang mengeluarkan kad tersebut, sebelum tamat tempoh tarikh pembayaran, bil tersebut perlu dijelaskan bagi mengelakkan caj tambahan.

Jawapan:

4. En. Ali membeli peralatan sukan yang bernilai RM250 untuk anaknya . Beliau mendapati wangnya tidak mencukupi untuk membuat pembayaran tersebut. Pihak kedai memberi kebenaran kepada beliau untuk menjelaskan bayaran dengan menggunakan sebarang kad.

Jawapan:

Lembaran KerjaArahan: Jawab soalan berikut.

7

Page 8: Contoh RPH - Mengenal Pelbagai Instrumen Pembayaran -6

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 4

En. Azmi telah membeli sebuah basikal Fixie yang berharga RM2 500 untuk anaknya.

1. Nyatakan 2 instrumen pembayaran yang sesuai.a. ___________________________________________________________________

b. ___________________________________________________________________

2. Berdasarkan soalan 1, lengkapkan jadual berikut.

Instrumen pembayaran Sebab pemilihan instrumen

3. Nyatakan kelebihan dan kelemahan kedua-dua instrumen yang dipilih.

Instrumen pembayaran

Kelebihan

Kelemahan

4. Sekiranya anda seorang penjual basikal, instrumen pembayaran manakah yang menjadi pilihan anda? Mengapa?

8