RPH sains tahun 5

2

Click here to load reader

description

Rph kSSr sains tahun 5

Transcript of RPH sains tahun 5

Week 2 23 March 27 March 2015

Mata pelajaran : Dunia Sains dan TeknologiKelas : 2 DinamikTarikh / Masa : 25.3.2015 / 8.40 9.40Standard kandungan : 1.1 Memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidupStandard Pembelajaran: 1.1.4, 1.1.5, 1.1.6Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. menyatakan kepentingan memakan pelbagai jenis makanan kepada manusia.2. menyediakan satu menu lengkap sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam dan menghuraikan tujuan memilih menu makanan berikut.

Aktiviti P&P

1. Guru menunjukkan satu set hidangan makanan kepada murid2. Guru bersoal jawab dengan murid.Apakah yang kamu lihat di atas meja?Kebarangkalian jawapan murid: Nasi lemak3. Guru seterusnya meminta murid untuk menyatakan secara terperinci mengenai jenis-jenis makanan yang terdapat dalam nasi lemak tersebut.4. Guru kemudian menunjukkan 12 keping gambar yang menunjukkan hidangan yang biasa dimakan dan meminta murid menamakan secara terperinci jenis-jenis makanan yang ditunjukkan. 5. Guru menerangkan akan kepentingan untuk memakan makanan yang pelbagai.6. Guru seterusnya menunjukkan satu set menu makanan tengah hari yang lengkap dan huraian mengenai kepentingan setiap makanan yang terdapat dalam hidangan makan tengah hari tersebut. Nasi putih Karbohidrat sebagai tenaga Ikan Protein untuk tumbesaran Sayur Vitamin untuk kesihatan Air buah - Vitamin7. Guru kemudian meminta murid untuk menyediakan satu menu makanan seperti di sebuah restoran dan menyatakan kepentingan hidangan tersebut.8. Murid diberi masa selama 15 minit untuk menyiapkan tugasan.9. Murid dipanggil secara rawak untuk membentangkan hasil tugasan mereka.10. Guru seterusnya menunjukkan 2 keping gambar yang menunjukkan seorang budak yang sedang memakan burger dan seorang lagi sedang memakan nasi bersama hidangan lengkap yang sihat.11. Murid diminta untuk memilih gambar yang mengambil makanan yang baik untuk kesihatan dan seterusnya guru mengedarkan gambar tersebut untuk diwarnakan.

EMK : Keusahawaan, kreativiti( 1.1.1,1.1.2, 1.1.3, 1.2.1 dan 1.2.2) BBM : Hidangan Nasi lemak, gambar makanan, gambar untuk aktiviti mewarna