RPH Sains Tahun 5

download RPH Sains Tahun 5

of 2

description

rph

Transcript of RPH Sains Tahun 5

RPH Sains Tahun 5

Tarikh: 28 Mei 2011Masa: 8.45 hingga 9.45Kelas: 5 AnggunBil murid: 30 orang

Tajuk : Tenaga elektrik.Objektif pembelajaran :2.2, Memahami litar bersiri dan litar selari.

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:-1.Membina litar bersiri dan litar selari2.Membanding kecerahan mentol dalam litar selari dan bersiri.

ABM : mentol,beteri, wayar,suis,pemegang bateri dan lampu suluh.

Fasa / masaAktivitiIsi kandungan

Fasa 1

Set induksi(5 minit)

Guru meminta seorang murid untuk membuka dan menutup suiz lampu suluh. Guru bersoal jawab dengan murid untuk merangsang idea murid berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.

Soalan:-1.Apa yang kamu perhatikan apabila suiz lampu suluh dibuka ?2.Kenapa mentol menyala?Nyalaan lampu suluh.

Fasa 2

Pencetusan idea.(10 minit)

Guru menunjukkan 2 gambarajah litar, selari dan besiri lalu mengemukakan soalan :-

1.Apa perbezaan yang kamu Nampak pada 2 gambarajah ini ?2.Mentol manakah nyalaannya lebih terang ?

Gambarajah litar.Gambar A( Selari )Gambar B ( Bersiri )

Fasa 3

Penstrukturan semula idea(15 minit) Guru menerangkan litar selari dan litar bersiri. Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Guru mengedarkan bahan kepada setiap kumpulan. Guru membimbing murid membina litar bersiri dan litar selari.

Mengeksperimen litar bersiri dan litar selari.

Fasa 4

Aplikasi idea(20) minit.

Murid mengakses aktiviti1 dan 2 di laman blog.Menjawab soalan kuiz.

Fasa 5

Refleksi(10 minit)

Guru berbincang jawapan dan membuat kesimpulan.

Laman blog