Rph Sc Tahun 4 (Organ Pernafasan) 2015

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 Kelas : 4 Bestari Mata Pelajaran : Sains Tema / Tajuk : Sains Hayat Masa : 11.45 – 12.45 tengah hari Bilangan Pelajar : 30 orang (16 lelaki 14 perempuan) Standard Kandungan : Proses pernafasan manusia Standard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajran dan pengajaran, murid dapat :- (i) menyatakan manusia bernfas menggunakan hidung, trakea dan peparu melalui pemerhatian model pernafasan manusia. (ii) melakar laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas. (iii) memerihalkan pergerakan dada dengan meletakkan tangan di dada semasa menarik dan menghembus nafas. Elemen Merentas Kurikulum (Emk) : Kemahiran berfikir : memerhati, meramal, membuat inferens dan menaakul. Bahan Bantu Belajar : Model pernafasan manusia, lembaran kerja. Penilaian PdP : Murid dapat menjawab soalan yang diberikan pada lembaran kerja.

description

rph organ pernafasan sains kssr

Transcript of Rph Sc Tahun 4 (Organ Pernafasan) 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4

Kelas : 4 BestariMata Pelajaran : SainsTema / Tajuk : Sains HayatMasa : 11.45 12.45 tengah hariBilangan Pelajar : 30 orang (16 lelaki 14 perempuan)Standard Kandungan : Proses pernafasan manusiaStandard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif Pembelajaran :Pada akhir pembelajran dan pengajaran, murid dapat :-(i) menyatakan manusia bernfas menggunakan hidung, trakea dan peparu melalui pemerhatian model pernafasan manusia.(ii) melakar laluan udara semasa menarik dan menghembus nafas.(iii) memerihalkan pergerakan dada dengan meletakkan tangan di dada semasa menarik dan menghembus nafas.

Elemen Merentas Kurikulum (Emk) : Kemahiran berfikir : memerhati, meramal, membuat inferens dan menaakul.

Bahan Bantu Belajar : Model pernafasan manusia, lembaran kerja.Penilaian PdP : Murid dapat menjawab soalan yang diberikan pada lembaran kerja.

Fasa :Isi kandungan :Aktiviti pengajaran dan pembelajarn :

Catatan :

Orientasi (10 minit)Pengetahuan sedia ada murid.(a) Murid diminta menarik nafas dan menghembuskan nafas secara perlahan-lahan.(b) Murid meletakkan tangan di atas dada semasa menarik dan menghembus nafas.(c) Murid Memerihalkan pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas.

KPS : Memerhati. Meramal.

Pencetusan idea (10 minit)Organ pernafasan manusia (hidung, trakea, dan peparu)

(a) Murid menyatakan bahagian yang terlibat semasa bernafas iaitu hidung. trakea, dan peparu.(b) Murid melihat demonstrasi manusia bernafas dengan menggunakan model pernafasan yang disediakan oleh guru.

(c) Murid menyatakan organ-organ pernafasan yang terlibat semasa menarik dan menghembus nafas.

KPS :Menyatakan organ pernafasan yang terlibat.

KBKK :Menyatakan proses manusia bernafas melalui susunan organ pernafasan yang betul.

BBB :Model organ pernafasan manusia.

Penstrukturan idea

(20 Minit)

Proses pernafasan berlaku(a) Murid melakar laluan udara semasa proses pernafasan berlaku.

BBB :Lembaran kerja

Fasa :Isi kandungan :Aktiviti pengajaran dan pembelajarn :

Catatan :

(b) Murid membuat banding beza kadar pernafasan melalui jenis aktiviti yang dilakukan berdasarkan pemerhatian atau pengalaman mereka. Kadar pernafasan rendah (tidur, membaca) Kadar pernafasan sederhana (berbasikal, main layang-layang) Kadar pernafasan tinggi (berenang, berlari)

KBKK :Membuat gambaran mental

Aplikasi (10 minit)Kepentingan melakukan aktiviti kecerdasan dalam kehidupan seharianMurid berbincang aktiviti kecerdasan yang sesuai untuk dilakukan bagi dari aspek jantina, umur dan tahap kesihatan yang mempengaruhi kadar pernafasan individu.

BBB : Lembaran kerja

Strategi :Perbincangan dalam kumpulan

Penutup (10 minit)

Rumusan pembelajaranMurid membentangkan hasil pembelajaran mereka pada hari ini dan membuat kesimpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

KBKK :Membuat kesimpulan