Asgment sc

download Asgment sc

If you can't read please download the document

  • date post

    22-Dec-2014
  • Category

    Documents

  • view

    1.689
  • download

    5

Embed Size (px)

description

 

Transcript of Asgment sc

  • 1. HALAMAN PENGAKUANSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan semuanyaTandatangan: ____________________________Nama penuh: Lili Yanty bt Md AsaparTarikh: 21 September 20131

2. PENGHARGAAN Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat saya siapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. Zalina yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Sesungguhnya, jasa puan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen yang dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya.Hanya Allah yang Esa sahaja dapat membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan.Buat keluarga tercinta, yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan yang padu, terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan.Tanpa sokongan dan dokongan daripada kalian, sudah tentu sukar buat saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.2 3. SENARAI KANDUNGANMUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN1PENGHARGAAN2SENARAI KANDUNGAN31.0 Pengenalan42.0 Langkah Pembinaan JSU53.0 Membina Item74.0 Mentadbir Ujian145.0 Menganalisis Soalan166.0 Reflektif247.0 Rumusan dan Cadangan288.0 Rujukan299.0 Lampiran303 4. 1.0 Pengenalan Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.4 5. 2.0 Langkah Pembinaan JSU Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. a.Mengkaji Sukatan PelajaranLangkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk tersebut.b.Menganalisis Objektif PengajaranLangkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perludiuji.Lazimnyaaraspengetahuandankemahirandiasaskankepadapembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.5 6. c.Menentukan Jenis SoalanLangkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.d.Menentukan Bilangan SoalanLangkah yang ketigadalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik.. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan6 7. yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.Rumusan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.3.0Membina Item UjianTerdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah berikut ;Rajah : Langkah Penyediaan Item Ujian7 8. Langkah Am Pembinaan Item Ujian Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu;1.Menyediakan JSULangkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.2.Menulis Item UjianSetelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;oArahan menjawab bagi setiap soalan hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar.oMenggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.8 9. oMembina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.oSekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar.oBagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.3.Menyemak Item UjianSelepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:oArahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid.oSoalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.oSoalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.oSoalan yang diberi, terutamanya soalan objek