rph sdp

10
1.0 Rancangan Pengajaran Harian Tarikh : 27 Julai 2013 Masa : 9.00 pagi – 9.30 pagi Kelas : 1 Bijak Bil. pelajar : 25 orang Mata pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Tema : Sains Hayat Tajuk : Menghargai Pelbagai Haiwan di Sekeliling Kita Standard pembelajaran : 3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak secara simulasi Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengenali beberapa jenis haiwan yang pernah dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar pernah melihat cara haiwan bergerak di sekeliling mereka. Strategi : Berpusatkan pelajar Nilai murni : Patuh arahan guru, kerjasama, memberi perhatian, bertolak-ansur, bersaing, bertimbang rasa, berani, bersyukur, menyayangi haiwan KPS : Memerhati dan mengelas ABM : Video lagu, Kad gambar haiwan, Topeng, Papan permainan ‘Mana Saya Punya’, kertas mahjong dan gambar haiwan 1

description

waj 3110

Transcript of rph sdp

1.0 Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh: 27 Julai 2013Masa: 9.00 pagi 9.30 pagiKelas: 1 BijakBil. pelajar: 25 orangMata pelajaran : Dunia Sains dan TeknologiTema: Sains HayatTajuk: Menghargai Pelbagai Haiwan di Sekeliling KitaStandard pembelajaran :3.2.2Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak secara simulasiPengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengenali beberapa jenis haiwan yang pernah dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar pernah melihat cara haiwan bergerak di sekeliling mereka.Strategi: Berpusatkan pelajarNilai murni: Patuh arahan guru, kerjasama, memberi perhatian, bertolak-ansur, bersaing, bertimbang rasa, berani, bersyukur, menyayangi haiwanKPS: Memerhati dan mengelasABM: Video lagu, Kad gambar haiwan, Topeng, Papan permainan Mana Saya Punya, kertas mahjong dan gambar haiwan1

LangkahIsi pelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi( 7 minit ) Guru menayangkan video lagu Kepelbagaian Haiwan. Guru menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan pelajar. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran iaitu Cara Pergerakan Haiwan.

ABM : Video laguNilai murni : Patuh arahan guru KerjasamaElemen : Seni Muzik

Langkah 1( 20 minit )Haiwan-haiwan yang terdapat dalam lirik lagu ialah : Katak Ikan Rama-rama Lipas Kucing Burung Ular Siput

Cara pergerakan haiwan-haiwan ialah : Katak melompat Ikan berenang Rama-rama terbang Lipas merayap Kucing berjalan Burung terbang Ular menyusur Siput mengesot

Berdasarkan lagu yang telah dinyanyikan, guru meminta pelajar untuk menyenaraikan jenis-jenis haiwan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Guru menunjukkan kad gambar haiwan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Guru memberikan penerangan tentang pergerakan haiwan-haiwan berdasarkan kad gambar haiwan yang ditunjukkan.

ABM : Kad gambar haiwanNilai murni : Memberi perhatian Mendengar arahan guru

KPS : MemerhatiElemen : Seni visual

Langkah 2( 12 minit )Karakter haiwan dan pergerakan haiwan ialah : Harimau berlari Katak melompat Ayam - terbang / berjalan Lembu berjalan Kucing berjalan Arnab - melompat Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan karakter haiwan-haiwan yang terdapat dalam lirik lagu Pak Mamat Ada Kebun. Setiap kumpulan pelajar akan memakai topeng yang disediakan bagi mewakili haiwan yang telah ditetapkan bagi setiap kumpulan.

Sebelum memulakan aktiviti tersebut, guru menyatakan kepada pelajar tentang kepentingan kerjasama antara kumpulan supaya nyanyian lagu dapat diseragamkan. Guru menayangkan video lagu Pak Mamat Ada Kebun. Pelajar diminta untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama serta melakukan pergerakan haiwan yang diwakili oleh mereka dalam lagu tersebut. Kumpulan yang dapat membuat pergerakan yang betul akan mendapat mata dan diberikan ganjaran.

ABM : Video lagu TopengNilai murni : Bertolak ansur Kerjasama Bersaing

Elemen : Seni Muzik Seni Pergerakan Seni visual

Penilaian( 15 minit )

Pergerakan bagi contoh haiwan yang diberikan ialah : Menyusur ular Terbang Tebuan, lalat dan kelawar Merangkak Buaya, kura-kura

Berlari Harimau, kuda belang

Melompat Arnab dan kanggaru

Berjalan Lembu, gajah dan kerbau Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan tiga atau empat jenis haiwan yang mempunyai pergerakan yang berbeza-beza.

Pelajar dikehendaki berbincang dalam kumpulan tentang cara pergerakan haiwan yang telah diberikan kepada kumpulan mereka. Setelah berbincang, wakil daripada setiap kumpulan di minta ke hadapan dan meletakkan haiwan masing-masing pada pergerakan yang betul pada papan permainan Mana Saya Punya. Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan diberikan mata dan di kira sebagai pemenang.

ABM : Papan permainan Mana Saya Punya Gambar haiwan

Nilai murni : Bersaing Bertimbang rasa Berani KerjasamaKPS : Mengelas Elemen : Seni visual

Penutup( 6 minit )

Guru bersama-sama pelajar membuat kesimpulan tentang tajuk yang dipelajari. Guru memberi nasihat kepada pelajar tentang kepentingan menyayangi haiwan. Guru menayangkan semula video lagu Pak Mamat Ada Kebun. Guru dan pelajar menyanyikan bersama-sama. ABM : Kertas mahjong Video laguNilai murni : Bersyukur Menyayangi haiwanElemen : Seni visual Seni muzik

2.0 RefleksiAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Hartini Bt Husain, di atas segala bimbingan yang telah diberikan oleh beliau.Banyak pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Antaranya saya dapat memahami dengan lebih baik tentang cara membuat rancangan pengajaran. Saya juga dapat mengetahui betapa pentingnya membuat perancangan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Jadi, apabila saya menjadi guru kelak, saya akan memastikan bahawa saya akan melakukan persediaan sebelum pengajaran dilaksanakan. Hal ini kerana ia dapat membantu saya dalam memastikan objektif pengajaran dapat dicapai seperti yang telah ditetapkan selain saya dapat menggunakan waktu pengajaran secara optimum. Jika perancangan tidak dibuat, ia akan memberikan kesan negatif terhadap pengajaran malah yang lebih membimbangkan ia turut memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar.Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih jelas untuk mengaplikasikan elemen seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kaedah ini akan membantu saya untuk menggunakan pelbagai kaedah serta strategi dalam proses p&p, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta mudah untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat membantu saya sebagai guru tetapi pengaplikasian elemen seni dalam pendidikan turut memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar. Contohnya, melalui pengaplikasian elemen seni dan muzik membolehkan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif, kreatif dan menggembirakan. Keadaan ini memberikan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.Kesimpulannya, segala pengetahuan yang diperolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini, amat berguna untuk digunakan apabila saya menjadi guru kelak. Diharap pengetahuan ini bukan sahaja dapat membantu saya untuk menjadi guru yang produktif malah ia turut memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar yang seterusnya dapat memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Rujukan Chiew Chai Sze . (2011) . Teknik Kolaj . http://chiewchaisze.blogspot.com/2011/12/teknik-kolaj.html . Diakses pada 24 Julai 2013.Kausar . (2012) . Cara Membuat Topeng . http://kausarkreatif-sk.blogspot.com/2012/04/teknik-membuat-topeng.html . Diakses pada 2 Ogos 2013.Nor Azlina. (2011) . Rancangan Pengajaran Harian . http://norazlinaamin.blogspot.com/p/refleksi-rph.html . Diakses pada 22 Julai 2013.Suriani Mohd Salleh. (2012) . Cara Membuat Topeng Kertas . http://cikgusue66.blogspot.com/2012/11/contoh-rph-dsv.html . Di akses pada 5 Ogos 2013.Zul Liana. ( 2011 ). Definisi RPH . http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/definisi-rancangan-pengajaran-harian.html . Diakses pad 15 Ogos 2013.