RPH sdp

26
Tajuk 1.0 Organisasi dan keselamatan bengkel Kelas 4 Cengal Masa 8.00 a.m – 9.00 a.m (60 minit) Bilangan pelajar 20 0rang 5 : Lelaki 15 : Perempuan Standard Kandungan 1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel Standard Pembelajaran 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan Dan bahan berpandukan carta. 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada 1 Rancangan Pelajaran Harian Kemahiran Hidup

description

RPH sdp

Transcript of RPH sdp

Tajuk

1.0 Organisasi dan keselamatan bengkel

Kelas 4 Cengal

Masa

8.00 a.m 9.00 a.m (60 minit)

Bilangan pelajar

20 0rang 5 : Lelaki 15 : Perempuan

StandardKandungan

1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel

StandardPembelajaran

1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatanDan bahan berpandukan carta.1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika beradaDi dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan.

ObjektifPembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri di bengkel dengan tepat.2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan Selamat.3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankanTugas.

Ringkasan

Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan strukturOrganisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan danKeselamatan bengkel.

Kemahiran

1. Boleh berperanan dalam organisasi.2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan Aktiviti

Elemen merentasKurikulum

1. Keusahawanan(ek5) prinsip tanggungjawab sosial2. Kreatif dan inovatif boleh menjana idea

3. Nilai murni berdisiplin, mematuhi peraturan dan kerjasama.

Kemahiran Berfikir

Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik.

Bahan bantuMengajar

1. Kotak pertolongan cemas2. Apron

3. Carta Panel alatan.4. Persembahan multimedia

5. Kertas Mahjung

6. Polistren

Penilaian pengajaran Dan pembelajaran1. Murid menyenaraikan peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri yang perlu diamalkan di dalam bengkel dengan tepat.

2. Murid melengkapkan panel alatan dengan menyusun alatan tangan dengan kemas dan teratur.

Pengetahun sedia adaMurid pernah mengamalkan beberapa peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.

Langkah/Fasa Masa (Minit)Isi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Guru menerangkan kepentingan mematuhi keselamatan bengkel.

1. Guru menarik perhatian murid dengan menayangkan sebuah video klip kartun dan bertanyakan apakah peraturan yang perlu dipatuhi semasa memandu dan juga peraturan yang perlu dipatuhi dirumah. Contoh soalan :I. Apakah yang kamu faham daripada video klip tadi?

II. Mengapa kita perlu pakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta?III. Mengapakah kita perlu utamakan keselamatan?

IV. Apakah peraturan yang terdapat di rumah kamu?2. Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan peraturan yang mereka amalkan di rumah. Contoh jawapan:I. Video klip itu manyatakan bahawa atuk tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta.

II. Kita perlu utamakan keselamatan dengan memakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta.

III. Peraturan yang terdapat dirumah saya ialah sentiasa susun alatan mainan saya; tutup pili air selepas mandi dan sebagainya.

3. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.

ABM/Bahan : Tayangan video. (CD lampiran 4)Nilai : Berdisiplin dan mematuhi peraturanKaedah : Penerangan.

KB : menjana idea

Langkah 1(20 minit)Peraturan keselamatan

I) Peraturan Keselamatan Am

ii) Peraturan Keselamatan Diri

- Pakaian yang sesuai di dalam bengkel.

Kotak pertolongan cemas.

1. Guru menerangkan peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri menggunakan slaid multimedia dan benda maujud seperti model peti pertolongan cemas.2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan keselamatan di bengkel.

I. Nyatakan keselamatan am yang terdapat di bengkel kemahiran hidup?

II. Mengapakah kamu perlu pakai kasut getah?

III. Mengapakah murid perempuan perlu ikat rambut dengan kemas?

3. Secara individu, murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan tiga peraturan keselamatan diri.

4. Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada murid-murid untuk menguji tahap kefahaman mereka.

5. Guru memilih pelajar secara rawak untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

6. Guru memberikan pujian kepada murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan kata-kata semangat kepada murid yang kurang berjaya.ABM/Bahan: persembahan multimedia (CD lampiran 4), model peti pertolongan cemas, apron dan lembaran kerja (Lampiran 1).

Nilai : Berdisiplin dan yakin diri

Kaedah : Penerangan dan perbincangan.

KB : Menaakul, menjana idea.

Langkah 2 (15 minit)Cara menyimpan alatan dan bahan di dalam bengkel.

- Panel alatan tangan.

1. Guru akan menunjukkan satu persembahan boneka berkaitan alatan tangan.2. Guru menerangkan cara yang betul menyimpan alatan tangan di panel alatan tangan dengan persembahan boneka.

i. Sebuah anak patung mengadakan jamuan di rumahnya dan menjemput enam alatan tangan untuk menjamu selera.ii. Setiap alatan tangan akan memperkenalkan diri mereka dan cara yang betul menyimpan alatan tangan di panel alatan tangan dengan persembahan boneka.

3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk melaksanakan aktiviti melengkapkan panel alatan tangan.4. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjung yang berfungsi sebagai panel alatan dan juga 6 alatan tangan yang dicetak dan dipotong ikut saiz masing- masing.

5. Murid murid perlu menyusun dan dan melekatkan alatan tangan dengan susunan yang betul dan ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas.

6. Kumpulan yang berjaya menyusun alatan dengan kemas diberi markah tertinggi dan akan menerima hadiah. ABM/Bahan : mahjung . Nilai : Kerjasama, kerajinan, berdisiplin dan mematuhi peraturan Kaedah : Perbincangan dan permainan.

KB : Berfikir secara logik.

Langkah 3

(15 minit)

Membuat penilaian berkenaan :

I) Peraturan Keselamatan Am

Ii) Peraturan Keselamatan Diri

Iii) Cara menyimpan alatan dan bahan

1. Guru memberikan kuiz dalam bentuk multimedia yang berkaitan peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan kepada murid.2. Secara berpasangan, murid dikehendaki menjawab kuiz yang dikemukakan oleh guru dalam bentuk multimedia.3. Bagi jawapan yang salah akan keluar perkataan cuba lagi dan bagi jawapan yang betul perkataan Tahniah akan ditunjukkan bagi memupuk minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Guru membincangkan jawapan kuiz bersama murid-murid dan membantu murid-murid yang masih kurang faham.

ABM/Bahan : persembahan multimedia (Lampiran 3).

KB : Menjana idea.

Nilai : Kerjasama, dan berdaya saing.

Kaedah : Perbincangan.

Penutup (5 minit)Membuat rumusan kepentingan mematuhi peraturan di bengkel dan cara menyimpan alat dan bahan dengan betul dan sistematik.

Guru membantu murid membuat rumusan berkenaan peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

2. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid:

I) Apakah perkara yang dipelajari pada hari ini?

Ii) Apakah peraturan am dan peraturan keselamatan diri dalam bengkel kemahiran hidup?

Iii) Bagaimana cara yang betul untuk menyimpan alatan dan bahan?

Iv) Apakah perasaan murid pada hari ini?KB : Menjana idea.

Nilai : Berusaha.

EQ : Ekspresi perasaan.

Kaedah : Perbincangan

LAMPIRAN 1

LATIHAN 1

NAMA : __________________________________________________________

KELAS : __________________________________________________________

ARAHAN : Senaraikan 5 peraturan keselamatan am dan 5 peraturan keselamatan diri semasa berada di dalam bengkel.Peraturan Keselamatan Am

1) ________________________________________________________________

2) ________________________________________________________________

3) ________________________________________________________________

4) ________________________________________________________________

Peraturan Keselamatan Diri

1) ________________________________________________________________

2) ________________________________________________________________

3) ________________________________________________________________

4) ________________________________________________________________

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

Rancangan Pelajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4

video klip kartun

Persembahan multimedia

Lembaran kerja

Aktiviti kumpulan

Kuiz multimedia

Persembahan multimedia

Aktiviti kumpulan

Aktiviti multimedia

Persembahan multimedia set induksi, langkah 1, 2 dan 3

8