RPH SEJARAH

17
TH30603 KAEDAH PENGAJARAN II (SEJARAH) TAJUK : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH NAMA : RUSIAH BINTI ABDUL RAHMAN NO. MATRIX : CT12110128 PROGRAM : PPGUMS KOHORT 2 & 3 (SEJARAH & GEOGRAFI) FAKULTI : PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN PENSYARAH : DR. DG. NORIZAH AG. KIFLEE @DZULKIFLEE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

description

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH SEKOLAH MENANGAH

Transcript of RPH SEJARAH

TH30603KAEDAH PENGAJARAN II (SEJARAH) TAJUK : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAHNAMA : RUSIAH BINTI ABDUL RAHMAN

NO. MATRIX : CT12110128

PROGRAM : PPGUMS KOHORT 2 & 3 (SEJARAH & GEOGRAFI)

FAKULTI : PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

PENSYARAH : DR. DG. NORIZAH AG. KIFLEE @DZULKIFLEE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Sejarah

Tarikh: 12/05/2015

Hari: Selasa

Masa: 2.00 -3.00 petang ( 60 minit )

Tingkatan : 1 Dedikasi

Bilangan murid: 20 orang (tahap sederhana)

Tajuk: Bab 6 Kemerosotan Melaka

Sub tajuk: 6.1 Faktor-faktor kemerosotan Melaka

Hasil Pembelajaran Umum: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-Memahami sebab-sebab kemerosotan Melaka

Hasil Pembelajaran Khusus : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:I. Memerihalkan 4 faktor kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka II. Menyatakan 3 sebab kedatangan Portugis ke Melaka III. Membincangkan kepentingan perpaduan masyarakat Melaka IV. Membandingkan peralatan perang yang digunakan oleh Melaka dan Portugis

Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah didedahkan tentang kegemilangan kerajaan Melaka pada PdP yang lepas.I-Think: Peta buih

KPS / KBKK : Meneroka bukti, membuat interpretasi, dan menghubungkait.

BBM : Buku teks sejarah tingkatan 1, komputer riba, ,LCD, Kertas Lembaran kerja,kad manila dan pen marker

Strategi pengajaran sejarah : Penerangan, soal jawab, aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

Nilai-nilai murni : Patuh kepada arahan, Kerjasama ,berani mencuba

Nilai-nilai patriotisme : Bersedia berkorban untuk bangsa dan negara - Mengamalkan perpaduan bagi mengelakkan perpecahan..

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

GuruPelajar

Set Induksi(5 minit)

Langkah 1

(20 minit)

Langkah 2

( 15 minit )

Langkah 3(15 minit)

Penutup(5 minit)

Tayang gambar yang berkaitan dengan Melaka.

-Sebab-sebab kemerosotan Melaka:1. Kelemahan pemimpin2. Masalah perpaduan 3. Kelemahan askar Melaka4. Kedatangan Portugis-Aktiviti perbincangan kumpulan

-Pembentangan hasil kumpulan

-Menjawab lembaran kerja sebagai pengukuhan

Rumusan guru

1. Guru menayangkan gambar kota A Famosa dan Melaka diserang Potugis.

2.Sesi soal jawab dengan pelajar berkenaan dengan tajuk yang akan dipelajari dan kaitannya dengan gambar yang dipaparkan.

3. Memberitahu hasil pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar pada hari ini.

1.Guru menerangkan dan menayang slaid faktor-faktor kemerosotan dan kejatuhan Melaka sambil bersoaljawab2.Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan mengandungi 5 orang ) dan memberi kad manila serta marker pen untuk digunakan semasa sesi pembentangan.Ketua Kumpulan akan membentang.-Kumpulan 1 mencari fakta kelemahan pemimpin.-Kumpulan 2 mencari fakta masalah perpaduan-Kumpulan 3 mencari fakta tentang kelemahan askar Melaka-Kumpulan 4 mencari fakta sebab-sebab kedatangan Potugiske Melaka.

1.Guru meminta ketua kumpulan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.

2. Guru mengarahkan pelajar yang lain mencatat isi-isi pelajaran yang dibentangkan oleh setiap kumpulan.

1.Guru meminta pelajar untuk merujuk buku teks ms.96 -97 sebagai panduan untuk aktiviti soal jawab yang seterusnya.

2.Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi soalan berdasarkan gambar-gambar yang terdapat dalam buku teks ms. 96-97.

3. Guru memberi masa untuk pelajar menjawab lembaran kerja tersebut.

3. Guru memilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

4.Guru mengemukakan soalan KBAT

1.Guru merumus tajuk pelajaran dan mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah.

1.Pelajar melihat gambar.

2. Menjawab pertanyaan guru tentang gambar-gambar yang dipaparkan oleh guru.

3. Mendengar dengan teliti

1.Pelajar mendengar dan menjawab soalan guru.

2. Pelajar bergerak mengikut kumpulan perbincangan masing-masing.

3. Pelajar berbincang dan mencatat hasil perbincangan dalam kad manila yang diberikan.

1.Ketua kumpulan tampil ke hadapan dan membentangkan hasil kerja kumpulan.

2.Pelajar yang lain mendengar dan mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.

1.Pelajar merujuk buku teks ms 96-97.

2.Pelajar menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan.

3.Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

4.Murid menjawab soalan KBAT

1.Pelajar mendengar ulasan dan rumusan guru.

KPS/KBKK membuat Interpretasi

BBM :Gambar Portugis menyerang Melaka dan kota A Famosa.

NILAI:Patuh pada arahan.

BBM:-Tayangan slaid,LCD, Komputer ribaBuku teks,papan putih,marker pen kad manilaKPS/KBKK:Meneroka buktiMenghubung kaitNilai:-BekerjasamaUnsur patriotism:-Bersedia berkorban untuk bangsa dan negara-Mengamalkan perpaduan untuk mengelakkan perpecahan.HPK I, HPK IIHPK III, HPK IV

I-think:- peta buihBBM:-Kad manilaHPK IHPK IIHPK IIIHPK IVNilai:-patuh kepada arahan

KBAT/KBKK:- Menjana idea dan meransang pemikiran pelajarNilai:-Berani mencubaUnsur patriotism:- Bersedia berkorban untuk bangsa dan negara-Mengamalkan perpaduan untuk mengelakkan perpecahan.BBM:-Lembaran kerjaBuku teks sejarah ting. 1.HPK IHPK IIHPK III, HPK IV

Lembaran kerja

Refleksi:

FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA

KELEMAHAN KEPIMPINAN

MASALAH PERPADUAN

KELEMAHAN ASKAR MELAKA

KEDATANGAN PORTUGIS

Lembaran kerja:Jawab soalan yang diberikan berdasarkan gambar dalam buku teks ms 96-97.

Bilakah serangan pertama, kedua dan ketiga Portugis terhadap Melaka?

Siapakah yang memainkan peranan penting dalam serangan Portugis terhadap Melaka?

Apakah peralatan senjata yang digunakan oleh Portugis?

Siapakah yang bersubahat membantu Portugis mengalahkan Melaka?

Apakah cara yang digunakan untuk menaikkan semangat tentera Melaka bagi menentang Portugis?

Lembaran kerja untuk kerja rumah:

FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA