RPH Stail J Penggerak Kendiri (2)

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI MATA PELAJARAN : Pendidikan Jasmani KELAS : 5 Nilam BIL. PELAJAR : 20 Orang TARIKH : 21 Februari 2011 MASA : 8.00 – 9.00 Pagi TUNJANG : Kecergasan TAJUK : Kecergasan Fizikal KEMAHIRAN : Ketangkasan Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat; Psikomotor : Lari ulang-alik 10 meter dalam masa bawah 20 saat melalui 3 percubaan.

description

PPG

Transcript of RPH Stail J Penggerak Kendiri (2)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANI

MATA PELAJARAN: Pendidikan JasmaniKELAS: 5 NilamBIL. PELAJAR:20 OrangTARIKH:21 Februari 2011MASA:8.00 9.00 PagiTUNJANG:KecergasanTAJUK:Kecergasan FizikalKEMAHIRAN:Ketangkasan

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat;Psikomotor: Lari ulang-alik 10 meter dalam masa bawah 20 saat melalui 3 percubaan.Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya 3 aspek keselamatan dalam melakukan aktiviti ketangkasan ini.Afektif: Memperlihatkan sikap bekerjasama terhadap rakan dan guru.: Mengemas dan menyimpan semula semua alatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.Pengalaman sedia ada: Pelajar telah biasa dengan pergerakan yang dilakukan sebelum ini.Penerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, mematuhi arahan.KBKK : Memerhatikan perlakuan tentang ketangkasan.Penggabungjalinan : Digabungjalin dengan tajuk koordinasi dalam tunjang kecergasan.Kesepaduan : Pendidikan Moral penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.: Pendidikan Muzik bergerak mengikut rentak muzik : Matematik & Bahasa Inggeris mengira dalam bahasa InggerisAlatan: Skital

BahagianMasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasiCatatanAlatan

PermulaanSet Induksi7 minitMemanaskan badan

Meningkatkan kadar denyutan nadi (KDN).

Rebut Gelung

Regangan Berdiri tegak dan kaki di buka seluas bahu. Lakukan regangan bahagian leher, jari-jemari, pergelangan tangan, bahu Bongkok ke hadapan, kiri dan kanan Lentikan badan ke belakang. Lakukan kelonggaran pada bahagian pergelangan kaki, paha dan betis.

Meningkatkan KDN Pelajar berpegang tangan sambil membuat bulatan. Seorang pelajar (x) akan berjalan mengelilingi bulatan. Pelajar tersebut akan mencuit salah seorang rakannya. Rakan yang dicuit (y) akan mengejar rakan yang mencuit sehingga berjaya. Rakan yang dikejar boleh mencuit rakan yang lain untuk menggantikan tempatnya. Jika pelajar yang mengejar berjaya mencuit rakannya, rakan itu terpaksa mengejarnya semula.

Guru

(x)

(x) (y)

-Pembesar suara

PerkembanganLangkah 115 minitLari Zig-Zag

Cara : Murid (x) dibahagikan kepada 2 kumpulan. Guru menyusun kon secara zig-zag. Bila guru memberikan arahan MULA, murid yang pertama dalam kumpulan akan berlari zig-zag mengikut kon. Sampai di hujung, murid tersebut akan berpusing semula ke arah kumpulan. Murid tersebut akan mencuit rakannya dan rakan tersebut akan melakukan perkara yang sama dengan murid tadi. B A X X X X X X X X X X

kayu hoki bola kon

Langkah 2 15 minitLari ulang-alik

Cara :

Pelajar (x) dibahagikan kepada 2 kumpulan. Guru akan mengukur jarak 5 meter dan ditandakan dengan kon. Mengikut kumpulan masing-masing, setiap murid akan berlari ulang-alik 5 meter sebanyak 2 kali. Murid yang pertama akan lari dari kon yang pertama ke kon seterusnya dan patah balik semula untuk giliran murid yang lain.

B A X X X X X X X X X X X X

(2x)

kon

Kemuncak ( 15 minit )

Permainan Kecil

Galah Panjang Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid diminta bertanding dengan menggunakan segala kemahiran ketangkasan. Permainan hanya dibenarkan bermain dalam kawasan yang telah ditandakan. Satu pasukan akan menjadi sebagai penghadang ( ) manakala satu lagi pasukan bertindak sebagai pasukan penyerang ( ) . Bagi pasukan yang menghadang, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghalang penyerang dari memasuki kawasan mereka. Mereka hanya perlu menjaga kawasan di atas garisan sahaja dan menyentuh sahaja rakan dari pasukan penyerang untuk mematikan giliran mereka. Bagi pasukan penghadang, mereka mempunyai satu ketua dan ketua ini boleh bergerak ke mana sahaja tapi bergerak hanya di atas garisan sahaja. Penghadang haruslah menghadang dari satu arah sahaja. Bagi pasukan penyerang, mereka akan berusaha untuk melepasi pertahanan pasukan penghadang. Mereka haruslah cuba melepasi pasukan penghadang dan bergerak dari kawasan A ke arah B. Jika berjaya, pasukan penyerang akan bergerak semula dari B ke A. Mata akan dikira mengikut jumlah murid yang dapat melepasi hadangan. Selepas tamat, pasukan yang menjadi penghadang akan menjadi penyerang dan begitu juga dengan pasukan penyerang.

(B)

(A)Nilai-bekerjasama

Alatan -kon

Penutup ( 8 minit )Berlari setempat

Perbincangan Pelajar berlari setempat. Pelajar melakukan regangan pemulihan dari kepala ke kaki Bersoal jawab tentang teknik kemahiran ketangkasan. Pelajar menyimpan semula alatan di dalam stor.

Nilai-kesungguhan- kerjasama

Penilaian dari segi kognitif

Ulasan:__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Refleksi