Rph Tahun 5 Kssr

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 15 April 2015 (Rabu) Tahun : 5 Jaya Bilangan Murid : 29 Orang L (16) P (13) Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi Tajuk : Konsep Kecergasan Aktiviti : Ketangkasan Standard Kandungan : Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan. Standard Pembelajaran : 3.1.1 Melakukan aktiviti memanaskan badan yang khusus berdasarkan aktiviti fizikal yang akan dilakukan. 4.1.1 Mengenal pasti aktiviti yang sesuai untuk senaman memanaskan badan yang khusus berdasarkan aktiviti fizikal yang akan dilakukan. 5.2.2 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan. Hasil Pembelajaran :

description

rph pj

Transcript of Rph Tahun 5 Kssr

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 15 April 2015 (Rabu)Tahun: 5 Jaya Bilangan Murid: 29 Orang L (16) P (13) Masa: 7.45 pagi 8.45 pagiTajuk: Konsep KecergasanAktiviti: KetangkasanStandard Kandungan: Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan.Standard Pembelajaran : 3.1.1 Melakukan aktiviti memanaskan badan yang khusus berdasarkan aktiviti fizikal yang akan dilakukan. 4.1.1 Mengenal pasti aktiviti yang sesuai untuk senaman memanaskan badan yang khusus berdasarkan aktiviti fizikal yang akan dilakukan. 5.2.2 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan.Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Psikomotor : Melakukan aktiviti fizikal dengan lakuan yang betul.2. Kognitif : Menyatakan aktiviti yang sesuai dengan konsep kecergasan.3. Afektif : Menikmati keseronokan daripada aktiviti yang dilakukan.

EMK : Sikap Keusahawanan (berani mengambil peluang)BBM : Wisel (1), skitel (5), bola (1), pembesar suara, muzik.LANGKAH / MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN

Permulaan(15 minit)

Memanaskan badan

Tom and Jerry

Regangan Kaki

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu :a) Kumpulan Tomb) Kumpulan Jerry

Kumpulan Tom dikehendaki menangkap ahli kumpulan Jerry dengan mencuit bahu kumpulan Jerry. Kumpulan Jerry hendaklah lari menyelamatkan diri daripada dikejar.

Jika kumpulan Tom dapat mencuit ahli kumpulan Jerry, kumpulan Jerry hendaklah duduk di tempat di mana dia dicuit.

Kumpulan Jerry hanya boleh dibebaskan sekiranya ahli kumpulan Jerry sendiri mencuit ahli-ahlinya.

Kumpulan Tom hendaklah sentiasa menjaga ahli kumpulan Jerry daripada dicuit oleh mana-mana ahli kumpulannya Jerry.

Tukar peranan Tom dan Jerry selepas semua ahli kumpulan Jerry tewas.

Murid menghadap guru dalam bentuk U dan mendengar penerangan guru.

Murid melakukan regangan pada bahagian kaki.

Badan dibongkokkan,kaki diluruskan dan jari tangan menyentuh hujung kaki.

Murid tahan dalam bilangan 10.

Murid melakukan regangan seterusnya dengan berdiri sebelah kaki dan kaki kanan dilipatkan kebelakang dan tahan dalam kiraan 10.

Tukar kaki.

Alatan :-skitel-wisel

Nilai :-bekerjasama, patuh pada arahan

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel

Perkembangan (20 mint)

Aktiviti 1:

Lari Permulaan Berdiri Membelakang

Aktiviti 2 :

Lari Dekam Dan Lompat KangarooBersama

Aktiviti 3 :

Tindak Balas Ikut Wisel

Murid barisan pertama akan bersedia dalam keadaan berdiri dan membelakang laluan larian.

Apabila wisel ditiup mereka akan berpusing mengadap laluan dan berlari ke arah skital yang telah disediakan dan membuat barisan bagi kumpulan masing-masing.

Seterusnya akan diteruskan oleh pelari barisan kedua dan barisan seterusnya sehingga kumpulan tersebut selesai.

Murid-murid berada dalam barisan kumpulan masing-masing, murid barisan pertama akan bersedia dalam kedudukan gaya dekam.

Setelah wisel ditiup mereka akan berlari dan apabila wisel sekali diiup mereka akan melompat kangaroo sehingga sampai ke skital yang telah ditandakan.

Seterusnya aktiviti akan diteruskan oleh pelari barisan kedua dan barisan seterusnya sehingga kumpulan tersebut selesai.

Murid akan berjalan di dalam bulatan dan apabila wisel ditiup, semua murid akan berada dalam keadaan kaku.

Mereka hanya dibenarkan kaku dalam keadaan berdiri tegak, berdiri satu kaki ataupun mengangkat kedua-dua tangan ke atas.

Alatan -wisel-skital

Nilai :-bekerjasama, berkeyakinan

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel

Kemuncak(15 minit)Permainan Kecil :

Bebola Kaki Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A akan berada di dalam bulatan yang dibuat oleh kumpulan B.

Kumpulan B akan cuba untuk mematikan ahli kumpulan A dengan membaling bola ke kaki ahli kumpulan A.

Peranan akan bertukar apabila 10 orang ahli kumpulan A berjaya dimatikan oleh kumpulan B.

Alatan -wisel-skital-bola

Nilai-bekerjasama

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel

Penutup(10 minit)Aktiviti Gerak Kendur:

Tarian Chicken Dance

Soal Jawab

Murid akan mengoyangkan anggota badan mengikut muzik.

Regangan kepala, tangan, pinggang, kaki dan paha akan dilakukan mengikut cara tarian chicken dance.

Guru bertanya kepada murid tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan?

Soalan:

Nyatakan aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan?

Jangkaan Jawapan:

Jogging, berlari, Permainan Tom and Jerry

Alatan -skital-muzik

Nilai -bekerjasama

-Petunjuk :

-guru

-murid

-skitel