rph tok

12
MODUL 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun : 4 Cemerlang Tema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Pewangi Kereta Masa : 12.45 pagi – 1.45 tengah hari (60 minit) Jenis-jenis Media : Alat : pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai Bahan: kertas lukisan, sabun buku dan bahan lain yang sesuai Bahan Bantu Belajar : Contoh ukiran EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan ukiran timbul. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik ukiran timbul. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan ukiran. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Transcript of rph tok

MODUL 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTahun: 4 CemerlangTema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Pewangi Kereta Masa: 12.45 pagi 1.45 tengah hari (60 minit) Jenis-jenis Media : Alat : pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai Bahan: kertas lukisan, sabun buku dan bahan lain yang sesuai Bahan Bantu Belajar: Contoh ukiran EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan ukiran timbul. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik ukiran timbul. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan ukiran. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada ukiran . 4.1.1 Unsur Seni 4.1.1.1 Garisan - tebal dan nipis 4.1.1.2 Jalinan - sentuh 4.1.1.3 Bentuk - konkrit 4.1.2 Prinsip Rekaan 4.1.2.1 Kesatuan - motif 4.1.2.2 Imbangan - simetri atau tidak simetri 4.2 Aplikasi Seni :Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.1.1 Alat - pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi dan alatan lain yang sesuai 4.2.1.2 Bahan - sabun buku dan bahan lain yang sesuai 4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.2.1 Teknik - ukiran timbul 4.3 Ekspresi Kreatif :Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan ukiran secara kreatif. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan ukiran. 4.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni ukiran tradisional tempatan 4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITICATATAN

PERSEPSI ESTETIK 10 minit

Guru menunjukkan contoh ukiran.

Guru menyatakan definisi ukiran.

Guru membincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh ukiran.

APLIKASI SENI 5 minit Guru menyatakan media yang digunakan.

Guru menunjuk cara menghasilkan ukiran timbul.

Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan ukiran. EKSPRESI KREATIF 35 minit Murid membuat lakaran pada kertas terlebih dahulu

Murid membuat lakaran pada sabun dengan bimbingan guru.

Murid memanipulasikan bahan secara kreatif..

Murid menghasilkan ukiran mengikut kreativiti masing-masing. APRESIASI SENI 10 minit Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.

BBB: contoh arca timbulan

Strategi: penerangan, pemudah cara

Nilai menghargai karya

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:Pada akhir pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan bahasa seni visual seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, imbangan, ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan arca timbulan.2. Menghasilkan karya dengan kemas secara mengolah idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam melukis rupa bentuk arcaREFLEKSI:

MODUL1 : MENGGAMBARRANCANGAN PENGAJARAN HARIANTahun : 3 BestariTema : Alam Semula Jadi Tajuk : Pemandangan Sawah Padi Masa: 60 minit Media : Alat : tiada Bahan : kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel Bahan Bantu Belajar : Contoh lukisan dan gambar pemandangan EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni iaitu garisan, ruang, bentuk, warna, jalinan, penegasan, kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan lukisan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan - silang pangkah 1.1.1.2 Ruang - ruang dalam 1.1.1.3 Bentuk - ilusi 1.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau tertier 1.1.1.5 Jalinan - tampak 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Penegasan - hal benda (subject matter) 1.1.2.2 Kepelbagaian - hal benda (subject matter) 1.1.2.3 Kesatuan - komposisi objek 1.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - tiada 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.2.1 Teknik - silang pangkah (cross-hatching) 1.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan secara kreatif 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan lukisan 1.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya 1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITICATATAN

PERSEPSI ESTETIK Guru menunjukkan gambar pemandangan dan contoh- contoh lukisan. Guru menyatakan definisi lukisan. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada gambar pemandangan. APLIKASI SENI Guru menyatakan media yang akan digunakan. Guru menunjuk cara melakar gambar pemandangan dengan memberi penekanan pada ruang dan bentuk. Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan garisan untuk menimbulkan bentuk, ton warna, dan jalinan. Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan lukisan. EKSPRESI KREATIF Murid melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

APRESIASI SENI Mempamerkan karya yang dihasilkan. Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan lukisan. Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

BBB: contoh lukisan

Strategi: Penerangan

-Nilai menghargai alam semulajadi

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:Pada akhir pembelajaran murid dapat:1.Menyatakan bahasa seni visual seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, imbangan, ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.2.Menghasilkan karya dengan kemas secara mengolah idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam melukis rupa bentuk lukisanREFLEKSI: