Rph

download Rph

of 7

description

Proses HidupHaiwanSains tahun 5

Transcript of Rph

Mata Pelajaran1Sains

Kelas5 Nilam

Bilangan Murid38

TemaProses Hidup Haiwan

Tempoh1 jam

Standard Kandungan3.1 Ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri.

Standard Pembelajaran3.1.1 Menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian menerusi pelbagai media,ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.3.1.2 Menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian menerusi pelbagai media,ciri dan tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan

Hasil PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :Kognitif1. Menjelaskan dengan grafik tentang ciri, tingkah laku khas dan cara melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.2. Hubung kait antara ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh menggunakan jadual.3. Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri dan tingkah laku untuk melindungi diri

Psikomotor1. Melengkapkan carta/grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri dari musuh dan cuaca melampau.

Afektif1. Bekerja sama dan bertolak ansur mengeluarkan pendapat

Pengetahuan Sedia AdaMengenali haiwan

Kemahiran Proses SainsMemerhati,mengelas,menciri,meramal,komunikasi

KBKKMenjana idea, menghubung kait

BBMSiput Babi,Power point,gambar haiwan,carta

Nilai-nilaiBekerja sama dan berdisiplin

FASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Aktiviti Guru

Pengenalan / Cungkil Idea(5 minit)Teka siapa saya?

-siput babiGuru meminta murid meneka apa yang ada dalam kotak.

Guru bertanyakan kepada murid:

Benda ini adalah sejenis haiwan.Ia biasanya keluar pada waktu malam. Ia mengesot.Makanannya adalah tumbuhan.Apakah haiwan ini?KPS: Pemerhatian

Penstrukturan Semula Idea(40 minit )

Ciri fizikal siput babi-cangkerang-tiada kaki-sesunggut

Siput babi akan menyorokkan kepala dalam cengkerang apabila disentuh untuk melindungi diri apabila diancam musuh

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

Guru menyediakan haiwan yang mudah diperolehi seperti siput babi,ulat gonggok kepada setiap kumpulan

Guru meminta murid menyentuh siput babi dan ulat gonggok kemudian membuat pemerhatian terhadap tingkah laku haiwan tersebut.

Soalan guru;

1. Berdasarkan pemerhatian kamu,senaraikan ciri-ciri fizikal haiwan ini?Rekodkan dalam jadual.

2. Apa yang berlaku apabila kepala haiwan ini disentuh?

3. Kenapa ia menunjukkan perbuatan/tingkah laku seperti itu?

KPS :PemerhatianMembuat InferensMengelasKomunikasi

BBM/ABM : Siput Babi Peta buihJadualGambar Haiwan

AKTIVITI A01Contoh-contoh haiwan lain.1. duri-landak , ikan buntal2. cangkerang keras-kura-kura, penyu3. sisik keras-tenggiling , buaya4. tanduk-kerbau & rusa5. bisa-kala jengking , lipan6. menggulungkan diri-ulat gonggok, tenggiling7. menyamar-sesumpah, mentadak8. putus ekor-cicak, kurita9. menyorok dlm cangkerang-siput,kura-kura10. hidup dlm kumpulan-gajah,ikan bilis

Guru mengedarkan gambar-gambar haiwan lain beserta dengan penerangan tentang haiwan tersebut, kepada setiap kumpulan.Guru meminta murid kenal pasti ciri yang ada pada haiwan tersebut.

Guru meminta murid membuat hubung kait antara ciri dengan tingkah laku haiwan tersebut apabila diancam musuh.

1. Kenalpasti ciri dan tingkah laku yang ada pada haiwan-haiwan berikut.

2. Bina pengurusan grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.

Guru mengedarkan beberapa gambar haiwan lain.Guru meminta setiap kumpulan membuat pengelasan haiwan mengikut ciri dan tingkah laku yang sama apabila diancam musuh.

3. Berdasarkan pengetahuan yang telah kamu pelajari,kelaskan haiwan- haiwan berikut mengikut ciri dan tingkah laku yang sama.

Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dan rumusan.

Aplikasi( 10 minit )Guru menunjukkan gambar kupu-kupu

Guru menunjukkan gambar power point.Minta setiap kumpulan membuat pemerhatian.

Guru bertanyakan soalan secara terbuka:

1. Banding beza antara ciri-ciri fizikal haiwan berikut? 2. Pada pendapat kamu bagaimana haiwan-haiwan ini melindungi diri daripada musuh?

KPS :PemerhatianMembuat Inferens

BBM/ABM : Siput Babi ,Ulat GonggokPower Point LCD,Komputer

Refleksi( 5 minit )Rumusan

Guru menyoal murid apa yang telah mereka pelajari.1. Bagaimana cicak menyelamatkan dirinya daripada musuh?2. Berikan contoh-contoh haiwan yang menyorok dalam cankerang apabila rasa terancam?

Senaraikan ciri-ciri haiwan ini menggunakan peta buih.

Senaraikan ciri-ciri dan tingkah laku haiwan berikut apabila diancam musuh.

HaiwanCiri-ciriTingkah Laku

Kelaskan haiwan-haiwan berikut mengikut ciri dan tingkah laku yang sama jika diancam musuh dengan menggunakan peta pokok berikut.