RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...

24
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH RR lwn. RA [Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Selangor. Kes Mal Saman No: 10004-014-0529- 2017 (Azharizal Bin Arsad, HMRS)] [24 Rejab 1439H bersamaan 11 April 2018] Undang-undang Keluarga Islam - Tuntutan Fasakh Seksyen 53 (1) (b) - Enakmen Undang - Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Pentadbiran Bidang kuasa Mahkamah- Seksyen 61 dan 62 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Tatacara Mal - Ketidakhadiran Pihak Defendan - Seksyen 121 (1) (b) - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Keterangan - Siapa yang menanggung beban membukti sesuatu fakta - Seksyen 72 hingga 76 - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 03 April 2010 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Selangor. Pada 07 Julai 2017, Plaintif telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Transcript of RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH...

Page 1: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

1

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

RR

lwn.

RA

[Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Selangor. Kes Mal Saman No: 10004-014-0529-

2017 (Azharizal Bin Arsad, HMRS)]

[24 Rejab 1439H bersamaan 11 April 2018]

Undang-undang Keluarga Islam - Tuntutan Fasakh Seksyen 53 (1) (b) - Enakmen Undang -

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Pentadbiran – Bidang kuasa Mahkamah- Seksyen 61 dan 62 - Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Tatacara Mal - Ketidakhadiran Pihak Defendan - Seksyen 121 (1) (b) -

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Keterangan - Siapa yang menanggung beban membukti sesuatu fakta -

Seksyen 72 hingga 76 - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 03 April 2010 di Pejabat Agama Islam Daerah

Kuala Langat, Selangor. Pada 07 Julai 2017, Plaintif telah memfailkan tuntutan perceraian

secara fasakh di bawah Seksyen 53 (1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Page 2: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

2

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Negeri Selangor 2003. Berdasarkan Penyata Tuntutan yang difailkan, Plaintif telah

menuntut perceraian secara fasakh kepada Mahkamah berdasarkan alasan-alasan berikut:

[i] Suami telah cuai dan tidak mengadakan peruntukkan nafkah untuk Plaintif bagi

tempoh melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak bulan Jun 2017 sehingga kini.

[2] Perbicaraan kes ini telah dilaksanakan secara sebelah pihak sebagaimana kehendak

Seksyen 121 (1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

setelah Mahkamah berpuas hati dengan bukti penyampaian Saman dan Penyata Tuntutan

Pindaan kepada Defendan secara kediri, walaupun Defendan enggan menandatangani

akuan penerimaan tesebut setelah Mahkamah beranggapan serahan Saman dan Penyata

Tuntutan sempurna kepada Defendan dan telah diangkat sumpah dihadapan Penolong

Pendaftar oleh Plaintif pada 06 November 2017.

[3] Mahkamah telah menetapkan perbicaraan dengan keterangan utama Plaintif dan

Keterangan saksi Plaintif pada tarikh yang sama iaitu pada 24 Januari 2017. Mahkamah

menetapkan pada 28 Mac 2017 untuk Peguam Plaintif memfailkan Hujjah dan Keputusan

ditetapkan pada 11 April 2018.

Diputuskan

Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuashati dengan

dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz sumpah al-Istizhar oleh Plaintif, maka

Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi

nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi tiga (3) bulan sejak Jun 2017 sehingga kes

ini difailkan di Mahkamah Syariah ini.

Page 3: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

3

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

2) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara RR dengan

RA mulai 11 April 2018.

3) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.

4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala

Langat dan Sijil Nikah Negeri Selangor No. Siri: 043549 Bilangan Daftar: 338/2010

hendaklah dikembalikan dan dibatalkan.

Peguam Syarie

1. Peguam Plaintif : diwakili oleh En. Atras Bin Mohamad Zin dari Jabatan

Bantuan Guaman Syarie Selangor.

2. Peguam Defendan : tidak diwakili.

Surah Al-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Baqarah: ayat 187, 233 dan 282.

2. Surah Al-Maidah: ayat 106.

3. Surah Al-Nisa’: ayat 3, 34 dan 129.

4. Surah Al-Talaq: ayat 7.

5. Surah Ar-Rum: ayat 21.

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Sheikh Al Bakri Muhammad Syatha. T.th. I’anat al-Talibin. Juzuk 4. Beirut: Dar Ihya’

al-Kutub al-Arabiyah.

2. Izzuddin Abdul Aziz ibn Abdus Salam. T.th. Qawaid al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar Ihya’ al-

Kutub al-Arabiyah.

3. Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji. 2011. Al- Fiqh Al-

Manhaji Mazhab Al-Syafie. Jilid 4. Terjemahan dan terbitan oleh Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia.

4. Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah (HAMKA). 1981. Tafsir al-Azhar. Juzuk 4.

Page 4: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

5. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya Ibn Syaraf Al Nawawi Al Damsyqi. T.th. Raudh al-

Thalib. Juzuk 3. Damsyqi: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyah.

6. Al-Khatib al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj. Juzuk 3. Beirut: Dar al-Fikr.

7. Imam Muhammad Abu Zahrah. al-Ahwal al-Syakhsiah. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 53 (1) (b)

2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 72 hingga 76

3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 121 (1) (b) dan

(2)

4. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 62 (2) (b)

Kes-kes yang dirujuk

1. Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif Bin Arshad, [1994] 9 bhg 1 JH 16.

2. Hairun Binti Mohd Sharif lwn. Omar Mohd Noor

3. Hasmah lwn. Borhan al-Din, [1988] 1 JH 118.

4. Joan Mary Sulaiman lwn. Sulaiman bin Hj. Musa, [1995] JH jld. X.Bhg.I.

5. Roslani Binti Abd. Ghani lwn. Zulkifli, JH 6/2.

Penghakiman Tuan Azharizal Arsad, HMRS

[4] Mahkamah berpuas hati bahawa penyampaian Saman kepada Defendan telah

sempurna penyampaiannya melalui iklan di akhbar tempatan seperti mana kehendak

Seksyen 48 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Dengan ini, Mahkamah membenarkan kes ini diteruskan dan diputuskan sebagaimana

kehendak Seksyen 121(1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 yang memperuntukkan;

(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran-

Page 5: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

(a) .....

(b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk

kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan

memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau

(c) .....

Bidang kuasa Mahkamah

[5] Plaintif telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Seksyen 2 EUUKIS 2003 memperuntukkan

“bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan

yang tertentu. Berdasarkan Penyata Tuntutan Plaintif, Mahkamah berpuashati Plaintif

pada masa ini tinggal di alamat Lot XXX, XXX, 42600 Kuala Langat, Selangor.

[6] Kuasa Mahkamah untuk membicarakan kes ini mengikut Seksyen 4 Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan

bahawa:

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,

Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam

Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam

Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.

[7] Manakala Seksyen 45 Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa:

Mahkamah boleh membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah

mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan

talaq jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada

masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.

Page 6: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[8] Di dalam kes Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif Bin Arshad, [1994]

9 bhg. 1 JH 16, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa

perkataan mastautin seperti yang terdapat dalam Seksyen 2 enakmen tersebut hanya

mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan atau pada lazimnya

tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di

dalam kawasan ia berada. Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa:

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal,

mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang

Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam

mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi

seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang

(tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian).

[9] Dalam kes ini, Mahkamah berpuashati dengan pemastautinan salah satu pihak iaitu

Plaintif adalah dalam daerah Kuala Langat, Negeri Selangor. Hal ini dibuktikan

melalui akuan pengesahan pemastautinan Plaintif yang mana perkara ini tidak

dipertikaikan oleh pihak-pihak. Oleh itu, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa

untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

Kesaksian

[10] Mahkamah dalam kes ini telah menetapkan keterangan diberikan secara Afidavit

Keterangan Bertulis. Plaintif telah mengesahkan Afidavit Keterangannya dan diterima

sebagai keterangan dalam Mahkamah ini pada 24 Januari 2018, manakala saksi-saksi

Plaintif pula iaitu saksi pertama (SP-1) iaitu RS (bapa kandung Plaintif) dan saksi

kedua (SP-2) iaitu NP (ibu kandung Plaintif) kedua-duanya telah mengesahkan

Page 7: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

7

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Afidavit Keterangan Bertulis masing-masing dan diterima sebagai keterangan dalam

Mahkamah ini pada 24 Januari 2018.

[11] Dalam surah al-Baqarah: ayat 282:

رضونواست منت رجلوامرأتن ف رجالكمفإنليكونرجلي من شهيدين شهدوا

Bermaksud:

… bersaksilah oleh kamu dengan dua orang saksi daripada lelaki

kamu, maka jika sekiranya kamu tidak mendapati dua orang lelaki,

bersaksilah dengan seorang lelaki bersama dua orang perempuan

yang engkau redhai… .

[12] Di dalam surah al-Maidah: ayat 106:

كانذا… لنشتيبهثناولو تم ب ارت إن بلل ي قسمان ف الصلة ب عد من تبسون هما

إذالمنالثيق ر إن ولنكتمشهادةالل ب

Bermaksud:

(kalau kamu meragui kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan

mereka sesudah selesai solat, kemudian mereka disuruh bersumpah

dengan nama Allah (dengan berkata: “ (demi Allah) kami tidak akan

menjual sumpah kami dengan harga yang sedikit (untuk mendapat

sesuatu yang berbentuk duniawi) walaupun orang itu daripada kaum

Page 8: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

8

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami

ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah.

(kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu

termasuk dalam golongan orang yang berdosa.

[13] Di bawah Seksyen 86 (4) EKMS 2003 memperuntukkan bahawa:

Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan

apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan

seorang perempuan.

[14] Di bawah Seksyen 121 (2) ETMMS 2003 memperuntukkan bahawa:

Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman

mengenai tuntutan Plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan

balas Defendan di bawah perenggan (1) (c), mengarahkan Plaintif atau

Defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah

istizhar.

[15] Di bawah Seksyen 129 EKMS 2003 memperuntukkan bahawa:

Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan saksi

di bawah Bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak kepada

prosiding itu membuat permohonan kepada Hakim supaya saksi itu

mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan

keterangannya, Hakim hendaklah memerintahkan saksi itu mengangkat

Page 9: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

9

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi itu bahawa jika

dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh diterima.”

[16] Di dalam kes Hasmah lwn. Borhan al-Din, [1988] 1 JH 118, Plaintif telah menuntut

cerai taklik.Yang kena dakwa tidak hadir perbicaraan. Plaintif telah membawa dua

saksi. Mahkamah meminta kedua-dua saksi untuk bersumpah dan ditambah lagi

dengan sumpah Istizhar Plaintif. Mahkamah mensabit telah jatuh talak khuluk.

[17] Di dalam kes ini, bilangan saksi ialah seorang lelaki dan seorang perempuan disokong

sumpah daripada Plaintif.

Keharusan Tuntutan Fasakh

[18] Mahkamah merujuk kepada pendapat-pendapat ulama muktabar berkaitan keharusan

permohonan isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya

di dalam kitab I’anat al-Talibin, Juzuk 4, Mukasurat 100 membincangkan perkara ini

seperti berikut:

ل عاقلة بلغة أي مكلفة( )لزوجة جيوز املرأة لضرر دفع وشرع : النكاح فسخ يف فرعل وكسب مال )أعسر( زوج أي من( نكاح )فسخ مكلفة غري )أبقللويل حلل به ئقا

،خبلفحنو شتاء وحبة ومخار كقميص جتب )كسوة( أقل )أو( مد وهو جتب نفقة(بألدم بإلعسار فسخ فل بدوهنما النفس بقاء لعدم واألواين وخمدة وفرش ونعل سراويلوما األمس كنفقة املاضية النفقة عن بلعجز ول اخلادم بنفقة ول القوت يسغ ل وإن

ل )مبهر(قبله أعسر )أو( يعتادوه ل وإن )مبسكن( اعسر )او( آخر دين منزلة تنزيلهاكون شيئاحال لتقبضمنه حال )قبلوطءواجب (اإلعساربه

Page 10: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud:

Cabang pada membicarakan fasakh nikah: fasakh disyariatkan untuk

menolak darar di pihak perempuan. Harus bagi sesearang isteri yang

mukallaf tetapi tidak harus bagi wali kepada seseorang isteri yang

tidak mukallaf memfasakhkan nikah daripada suami yang papa (iksar)

sama ada papa dari segi harta atau tidak mempunyai pekerjaan yang

boleh menghasilkan harta yang halal dengan nafkah wajib yang paling

sedikit iaitu secupak atau pakaian yang paling sedikit seperti baju

kurung, tudung kepala dan baju sejuk; berbeza dengan pakaian lain

seperti seluar, kasut, hamparan seperti tikar, bantal, tilam dan

seumpamanya dan peralatan-peralatan kerana ketidakboleh berterusan

hidup tanpa kedua-duanya (nafkah dan pakaian yang paling sedikit).

Oleh itu tidak boleh fasakh dengan sebab kepapaan dari memberi

nafkah lauk-pauk sekalipun makanan ataupun pakaian yang sedikit itu

tidak memberikan tenaga dan kekuatan dan tidak boleh juga atas sebab

ketidakmampuan menanggung nafkah orang gaji dan ketidakmampuan

membayar nafkah kebelakangan seperti nafkah kelmarin kerana

kedudukan nafkah kebelakangan adalah sama dengan hutang-hutang

yang lain (yang tidak boleh menjadi alasan untuk fasakh bilamana

suami tidak mampu membayar hutang-hutang tersebut ) atau papa

untuk menyediakan tempat tinggal sekalipun tempat tinggal yang

menjadi kebiasaan pada adat ataupun papa dari membayar mahar

yang wajib dibayar dengan segera.

[19] Seterusnya merujuk kepada pendapat yang diutarakan oleh Profesor Madya Tuan Haji

Mohd Salleh Bin Haji Ahmad di dalam bukunya yang bertajuk Qawaid al-Fiqhiyyah

di halaman 592, beliau telah memberikan contoh-contoh hukum yang termasuk di

Page 11: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

bawah kaedah ini antaranya “suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila

isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri akan diambil

kira kerana pada asalnya kedua-dua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan tidak

ditunaikan”. Ini selaras dengan apa yang disebut dalam kitab Ianat al-Talibin, juzuk 4,

halaman 71 yang menyebut:

واإلنفاق(( النشوز عدم يف التمكي ))وهي على اتفقا لو فيما هي وتصدق أيعدمه، هي وادعت عليها اإلنفاق هو ادعى أو عدمه وهي بعده نشوزها هو وادعى

اإلنفاق النشوزوعدم عدم وذلكألناألصل

Bermaksud:

Diterima dakwaan isteri di dalam situasi kedua-dua suami isteri

tinggal bersama dan suami mendakwa isterinya itu nusyuz dan isteri

pula mendakwa sebaliknya atau suami mendakwa ia memberi nafkah

tetapi dinafikan oleh isteri kerana pada asalnya isteri tidak nusyuz dan

pada asalnya nafkah tidak diberi.

[20] Menurut tafsiran dalam Seksyen 2 EUUKIS 2003, memperuntukkan bahawa fasakh

bermaksud:

Pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh

Hukum Syarak mengikut Seksyen 53.

[21] Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 53 (1)(b) Enakmen undang-Undang

Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan:

Page 12: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

53. (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang

berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk

mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk

fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu:

... b. bahawa suami telah cuai dan telah tidak mengadakan

peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan; ...

Beban Pembuktian

[22] Di dalam kes mal, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Plaintif. Ini selari

dengan kaedah:

انكر من واليميعلى البينةعلىاملدعى

Bermaksud:

Bayyinah (Keterangan)bagi orang yang mendakwa dan Sumpah bagi

orang yang menafikan”.(rujuk: Sayid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, Juzuk 3,

hlm. 400).

[23] Ianya selari dengan peruntukan Seksyen 72, 73. 74 dan 75 Enakmen Keterangan

Mahkmah Syariah (Negeri Selangor) No 5 Tahun 2003. Plaintif bertanggungjawab

untuk membuktikan segala dakwaan dan alasan-alasan permohonan beliau. Seksyen-

seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:

72. Beban mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal

terletak pada pada orang yang mengatakan atau menegaskan

sesuatu fakta (al Mudda’ii) dan orang yang mengangkat

Page 13: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

13

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta

al Mudd’a’alaih).

73. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah

memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau

tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung

kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya,

mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan

sesuatu fakta, maka dikatakan bahawa beban

membuktikan terletak pada orang itu.

74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding

adalah terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada

apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana

pihak.

75. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak

pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai

tentang kewujudan fakta itu.

[24] Sepanjang prosiding kes ini, Defendan telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah

pada setiap tarikh sebutan yang ditetapkan. Justeru itu, beban pembuktian adalah di

pihak Plaintif sepenuhnya.

Page 14: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

14

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Fakta Yang Menjadi Isu

[25] Setelah mahkamah meneliti Pernyataan Tuntutan Plaintif dan keterangannya bersama

keterangan saksi-saksinya, Mahkamah berpuashati bahawa terdapat beberapa isu yang

perlu diteliti dan diputuskan oleh Mahkamah, iaitu:

[i] Samada suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan nafkah untuk

Plaintif bagi tempoh melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak Jun 2017 sehingga kini.

Isu Pertama: Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan

peruntukan nafkah melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut.

[26] Plaintif mendakwa bahawa Defendan merupakan seorang suami yang tidak

bertanggungjawab yang telah cuai dan gagal memberi nafkah yang mencukupi dan

sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga (3) bulan iaitu sejak Jun 2017 sehingga

sekarang.

[27] Plaintif menegaskan bahawa Defendan hanya beberapa kali sahaja ada memberi

nafkah kepada Plaintif tetapi ianya tidak tetap dan tidak mencukupi. Menurut Plaintif,

jumlah keseluruhan pemberian nafkah Defendan kali terakhir pada bulan Januari 2017

sebanyak RM 500.00 sahaja hanya kerana Defendan mahu Plaintif pulang ke rumah

kelamin. Walau bagaimanapun, pada bulan seterusnya tiada lagi sebarang nafkah dan

tiada lagi barang makanan yang diberi daripada Defendan.

[28] Plaintif di dalam keterangannya menyatakan bahawa, sepanjang tempoh perkahwinan

mereka, Defendan sebagai suami telah gagal untuk menyediakan nafkah yang

sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga (3) bulan berturut-turut dan hujah ini

disokong dengan keterangan oleh dua (2) orang saksi yang merupakan bapa dan ibu

kandung Plaintif. Menurut keterangan saksi-saksi tersebut, Defendan sudah tidak

Page 15: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

15

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

pulang ke rumah Plaintif sejak bulan Jun 2017 dan ini menjadi bukti bahawa Defendan

telah gagal untuk memberikan nafkah kepada Plaintif. Plaintif juga telah membuktikan

bahawa Defendan mengakui dengan sendirinya bahawa Plaintif dan Defendan telah

tidak lagi tinggal bersama sejak bulan Jun 2017 lagi.

[29] Menurut hukum syarak, apabila suami tidak memberi nafkah kepada isterinya

sedangkan ia mempunyai harta atau pekerjaan, haruslah bagi isteri menuntut fasakh

kerana memberi nafkah adalah wajib. Sabda Rasulullah SAW (Ahmad bin Ali bin

Hajar al-‘Asqalani, Bulugh al-Maram Min Adillati al-Ahkam, Jilid 2, hlm. 117):

بملعروفوكسوهتنرزقهنعليكموهلن

Bermaksud:

Dan bagi isteri-isteri itu wajib atas kamu (suami-suami) memberi

nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang baik.

[30] Menurut Al-Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, Juzuk 3. Beirut:

Dar al-Fikr, hlm. 442-445, Mazhab Syafii, Maliki dan Hanbali membenarkan fasakh

jika suami gagal memberi nafkah. Mengikut Mazhab Syafii, sekiranya suami tidak

memberi nafkah kerana kemiskinan dan isteri masih bersabar serta tetap tinggal

bersama suami, maka semua jumlah nafkah yang tidak dijelaskan dikira hutang dan

perlu dilangsaikan oleh suami.

[31] Menurut Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Ahwal al-Syakhsiah,

Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm. 352, Mazhab Syafii berpendapat tempoh masa

suami diberi peluang memberi nafkah setelah isteri mengadu tidak diberi nafkah ialah

Page 16: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

16

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

tiga hari. Pada hari keempat sekiranya suami masih gagal memberi nafkah, apabila

isteri membuat aduan, maka hakim boleh memerintahkan fasakh.

[32] Nabi S.A.W. bersabda:

يقوت إثاأنيضيعمن بملرء كفى

Bermaksud:

Memadailah seseorang itu menanggung dosa, apabila dia

melalaikan orang yang dalam tanggungannya.

[33] Di dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafii karangan Dr. Mustafa Al-

Khin, Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji, Jilid 3 tahun 2009 di hlm 221

menjelaskan pengertian nafkah:

Menurut bahasa: mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu.

Menurut istilah: semua keperluan asas manusia seperti makanan,

minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Ia dinamakan nafkah

kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan untuk keperluan asas

tersebut.

[34] Dalil wajib nafkah suami kepada isteri berdasarkan surah al-Nisa’ ayat 34:

أمواهلم من أن فقوا ب عضومبا على ب عضهم فضلالل النساءمبا على وامون ق الرجال

Page 17: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

17

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang

bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah

telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana

orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)

sebahagian harta mereka… .

[35] Begitu juga firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233:

بلمعروف وكسوت هن المولودلهرزق هن وعلى

Bermaksud:

… Dan kewajipan ayah (suami) memberikan makanan dan pakaian

dengan cara yang maaruf… .

[36] Ayat-ayat Al-Quran diatas jelas menunjukkan bahawa suami adalah orang yang

bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri.

[37] Berdasarkan hadith, daripada Jabir RA katanya:

هللا بكلمة فروجهن واستحللتم هللا بمان اخذمتوهن فإنكم النساء يف هللا فاتقوافإنفعلنذلكفاضربوه تكرهونه. احدا فروشكم يوطئن ل ان عليهن نضربولكم

تضلوا لن ما فيكم تركت وقد بملعروف وكسوهتن رذقهن عليكم وهلن مربح غريهللا كتاب إناعتصمتمبه . بعده

Page 18: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

18

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud:

Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum

wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan

dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah.Hak

kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak

membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat

tidurmu.Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara

yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan

nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka.Sesungguhnya,

aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-

lamanya selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.”

(riwayat muslim)

[38] Kadar nafkah isteri berdasarkan kedudukan suami, berdasarkan hadith:

وسلم، عليه هللا صلى هللا رسول أتيت قال: عنه هللا رضى القشريي معاوية عنتكتسون، ما واكسوهن أتكلون، ما أطعموهن قال: نسائنا. يف تقول ما فقلت:

تقبحوهن. ول تضربوهن، ول

Bermaksud:

Daripada Mu’awiyah al-Qushayri katanya, “aku menemui

Rasulullah S.A.W. dan bertanya, apakah pandanganmu tentang

isteri-isteri kami? Rasulullah menjawab, berilah mereka makan

sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian sama

seperti yang kamu pakai, jangan pukul mereka dan jangan hina

mereka .”

Page 19: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

19

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[39] Berdasarkan hukum fiqh yang tersebut dalam kitab Sunan al-Matalib bin Syarki

Raudi al-Matalib المطالب شرح روض المطالب ( أسنى ) karangan Zakariya al-Ansari:

Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu

memberi nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas

perkahwinannya. Dan bahawa jika ia (isteri) memilih untuk bersabar

ia boleh bersabar dan membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk

dirinya dengan perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya

hingga suami itu terlepas dari kesusahan yang dihadapi. Dan

sekiranya ia (isteri) memilih fasakh, maka ia berhak berbuat

demikian.

[40] Hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, Sabda Rasulullah

s.a.w.yang bermaksud:

Telah bersabda Rasullullah s.a.w berkenaan seorang laki-laki yang

tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan

antara keduanya.

[41] Nafkah yang dimaksudkan di sini adalah terdiri daripada nafkah pakaian, minuman

dan makanan. Jelas sekali bahawa adalah menjadi kewajipan seorang suami memberi

nafkah terhadap isterinya. Walau bagaimanapun, bagi nafkah tempat tinggal pula,

ianya hendaklah mengikut kadar kemampuan suami tersebut. Berdasarkan Surah al-

Talaq ayat 7:

الل يكلف ل الل آته ما لي نفق ف رزقه عليه قدر ومن سعته من سعة ذو ن فسالي نفقآتها ما إل

Page 20: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

20

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud:

Hendaklah yang mampu memberikan nafkahnya menurut

kemampuannya. Barang siapa yang sampai (sedikit) rezekinya,

hendaklah dia memberikan nafkah menurut yang diberikan oleh Allah

kepadanya, Allah tidak memberati diri seseorang itu melainkan

sekadar apa yang Allah berikan kepadanya… .

[42] Di dalam kitab Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie karangan Dr. Mustafa Al-

Khin, Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji, Jilid 4 tahun 2011 di hlm 386

menjelaskan tambahan kepada nafkah tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami

kepada isterinya adalah berbeza-beza mengikut kadar kemampuan suami tersebut

seperti rumah yang sesuai dengan kemampuan suami yang boleh didiami oleh

isterinya, sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.

[43] Di bawah Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003 memperuntukkan bahawa seseorang

perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut

Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan

perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut,

iaitu:

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan

bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

[44] Di dalam kes Joan Mary Sulaiman lwn. Sulaiman bin Hj. Musa, JH 1995 jld. X.Bhg.I

hlm. 86 yang mana menjelaskan nafkah adalah hak dari orang yang mempunyai dan hak

itu harus dipenuhi oleh orang yang berkewajipan membayarnya. Seperti bapa kepada

anaknya atau kepada keluarganya, suami kepada isterinya.

Page 21: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

21

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[45] Di dalam kes Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor yang mana dalam

kes ini, YAA Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa berdasarkan qaul

Imam Syafii, yang memutuskan bahawa perkahwinan hanya boleh difasakhkan setelah

dibicarakan dan diputuskan oleh kadi atau hakim mahkamah, dan hak untuk fasakh

tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti berikut:

Tiada kuasa memberi belanja makan dan minum.

Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.

Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.

Tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.

[46] Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si

suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah kadi atau hakim

itu memberi tempoh tiga (3) hari. Kemudian selepas tiga (3) hari serta malamnya tiada

juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang biasa)

maka barulah kadi atau hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut.

[47] Di dalam kes Roslani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli, JH 6/2 mukasurat 338 yang

mana Hakim Bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar Bin Ahmad telah

menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan pengertian nafkah tersebut. Menurutnya :

Nafkah adalah segala yang dibelanjakan kata nafkah hanya

dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga

perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari

suaminya itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk 3) pakaian 4)

kebersihan 5) pakaian 6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam

jika biasa berkhadam. Kesimpulannya adalah wajib suami memberi

nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di

Page 22: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

22

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dalam syarah Kitab Raudh al-Thalib Juzuk 3, Bahagian an-Nafkah

muka surat 426.”

[48] Dengan itu, Mahkamah berpuashati dengan hujah-hujah dan otoriti yang dikemukakan

oleh Peguam Plaintif berkaitan Defendan cuai atau telah gagal untuk menyediakan

nafkah kepada Plaintif melebihi tiga (3) bulan berturut-turut sesuai di bawah

peruntukkan Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003 iaitu sejak bulan Jun 2017.

Rumusan

[49] Mahkamah ingin menyatakan kepada pihak Plaintif bahawa setiap dakwaan

hendaklah senantiasa konsisten bagi membuktikannya. Pemilihan kes yang sesuai

dengan matan dan keadaan Plaintif juga menyumbang kepada kelancaran dalam

sesuatu perbicaraan.

[50] Peruntukan Seksyen 53 (1) dengan jelas menyatakan bahawa pembubaran

perkahwinan melalui fasakh boleh dibuat atas satu atau lebih daripada alasan yang

dinyatakan yang terdiri daripada 18 alasan.

[51] Plaintif melalui Peguam Syarienya memilih untuk mengemukakan satu alasan bagi

mendapatkan pembubaran perkahwinan di antara Plaintif dengan Defendan iaitu di

bawah Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003.

[52] Mahkamah mengucapkan syabas kepada Plaintif di atas kesabaran dan ketabahan

dalam menghadapi proses yang dilalui bagi mendapatkan perintah perceraian secara

fasakh. Mahkamah juga mengucapkan terima kasih kepada peguam Plaintif di atas

kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membantu Plaintif dan juga

Mahkamah bagi memberikan keputusan pada hari ini.

Page 23: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

23

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[53] Pada pendapat Mahkamah, Mahkamah hanya menghukum berdasarkan apa yang

dizahirkan sahaja sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

بلسرائرا يتوىل بلظواهروهللا أنأحكم مرت

Bermaksud:

Aku di suruh menghukum dari segi zahirnya, Allah sahaja mengetahui

batinnya.

[54] Oleh kerana Defendan tidak hadir sepanjang perbicaraan kes ini, maka mahkamah

mengarahkan Plaintif bersumpah Yamin al-Istizhar bagi mengelakkan tohmah

sebelum kes ini diputuskan. Perkara ini selari dengan kehendak Seksyen 121 (2)

ETMMSS 2003.

Kamu sedia untuk bersumpah?

Page 24: RR lwn. RA 2019/RR... · 2019-09-25 · 3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH 2) Mahkamah dengan ini membubarkan

24

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH

DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Keputusan

Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuashati dengan

dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz sumpah al-Istizhar oleh Plaintif, maka

Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi

nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi tiga (3) bulan sejak Jun 2017 sehingga kes

ini difailkan di Mahkamah Syariah ini.

2) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara RR dengan

RA mulai 11 April 2018.

3) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.

4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala

Langat dan Sijil Nikah Negeri Selangor No. Siri: 043549 Bilangan Daftar: 338/2010

hendaklah dikembalikan dan dibatalkan.