rujuk

3
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan . Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja. Menurut Fitzgerald &Stanahan(2000) pula, kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Menurut Cummings (1989) menyatakan pengajaran bertema sebenarnya pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif, berbanding dengan pendekatan yang lain. Pendekatan bertema bukanlah satu pendekatan baru bahkan ia sudah lama tetapi masih ramai yang belum memahami konsep dan pengisiannnya Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) mendefinisikan pedekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Menurut Hallahan & Kauffman(1986), murid khas ataupun kanak- kanak yang istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurang upaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, pendekatan pengajaran yang luar biasa serta kemudahan- kemudahan yang tertentu Kostelnit(1989) mendefinisikan pengajaran bertema sebagai theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo (1989) bersetuju dengan pendapat Kostelnit iaitu, tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyentuh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.

description

ar

Transcript of rujuk

Page 1: rujuk

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan

“membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan”.

Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja.

Menurut Fitzgerald &Stanahan(2000) pula, kemahiran mengeja perkataan berkait

rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan

bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan

kemahiran mengeja adalah hampir sama.

Menurut Cummings (1989) menyatakan pengajaran bertema sebenarnya pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif, berbanding dengan pendekatan yang lain. Pendekatan bertema bukanlah satu pendekatan baru bahkan ia sudah lama tetapi masih ramai yang belum memahami konsep dan pengisiannnya

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) mendefinisikan pedekatan bertema adalah

pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih

bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.

Menurut Hallahan & Kauffman(1986), murid khas ataupun kanak-kanak yang

istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurang upaya dan mengalami masalah

pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi

memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada

pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang

luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, pendekatan pengajaran yang

luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu

Kostelnit(1989) mendefinisikan pengajaran bertema sebagai “theme teaching

involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo

(1989) bersetuju dengan pendapat Kostelnit iaitu, tema adalah suatu koleksi aktiviti

berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyentuh dan

merangkumi banyak bidang kurikulum.

Abdul Rasid Jamian(2008) menyatakan apabila seseorang murid tidak menguasai

kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak mengusai kemahiran asas iaitu

kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah

Page 2: rujuk

membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu dan

keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid

salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi dengan gaya yang betul.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai pendekatan yang

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah

pendekatan hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan

sebagainya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Siti Rosmah Mohamed dan Saripah Sarif

(2006) dalam kajian mereka “Ting Ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca

Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV+KVK Dalam Kalangan

Murid Pemulihan Khas”,mereka telah menggunakan pendekatan permainan untuk

meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK dengan menggunakan

pendekatan Ting Ting Minda. Responden kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid

pemulihan Tahun 3 Arif Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. Hasil

kajian ini mendapati bahawa murid-murid pemulihan telah menunjukkan peningkatan

prestasi penguasaan bacaan KV+KVK.

Menurut Muhammad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima un

Model Mudah Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mctaggart

Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau

pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma

iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian.

Vygotsky (1967)

Alis Bin Puteh (2009) menyatakan temubual berstruktur dilakukan dengan menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang terlebih dahulu untuk ditanyakan kepada responden.

Hasil dapatan kajian penyelidikan ini juga telah menyokong dapatan kajian Friedrich

Froebal (1830) dalamm Norman Brosterman & Kiyoshi Togashi (1997) yang menyatakan

bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang

Page 3: rujuk

menggembirakan. Dengan aktiviti bertema, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran

mengeja dan membatangkan perkataan KVKVK.

Selain itu, hasil dapatan kajian penyelidikan ini juga telah menyokong dapatan

kajian Jean Piaget (1962) dalam C.K Ogden (2003) yang menyatakan bahawa bermain

memberi kesan ke atas perkembangan kognitif. Ia terbukti menpunyai perkaitan dengan

proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya.

Menurut Shahabuddin (2008), sewaktu guru mengajar perlu menggunakan

pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada

abstrak. Ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh yang

demikian adalah penting untuk memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada

kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.

Penguasaan daripada yang asas terlebih dahulu sebelum pergi ke peringkat yang lebih

tinggi merupakan salah satu cara terbaik untuk melihat peningkatan sesuatu kemahiran.