Rukun Negara Sebagai Etika

34
Rukun Negara sebagai etika, falsafah dan ideologi Oleh Mohd Ayop Abd Razid ASAS kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai- bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini. Berikut penulis cuba memberikan huraian ringkas bagi setiap prinsip Rukun Negara itu. Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Transcript of Rukun Negara Sebagai Etika

Rukun Negara sebagai etika, falsafah dan ideologi

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

ASAS kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.  Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami  latar belakang, objektif dan  prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini.

Berikut penulis cuba memberikan huraian ringkas bagi setiap prinsip Rukun Negara itu.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut  agama sewajarnya menjadikan  agama masing-masing sebagai asas membina  keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah  ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh  atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang  seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

 

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

 

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang  bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu  menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini  mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan  personaliti individu  yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama  dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal  diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang  bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan  adalah bertujuan  mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung

dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. - BH 5 Okt.2010

RUKUN NEGARA 1M

R U K U N   N E G A R A

AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan pergaduhan kaum dan sebagainya .

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan

seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .

Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar .

Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.

Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun

Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

OBJEKTIF

Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

1. BAHAGIAN PERTAMA

Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:-

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksaman Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai –

bagai corak; dan Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MENCAPAI PERPDUAN YANG LEBIH ERAT

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini  terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai –bagai persoalan yang wujud.

Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK

Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.

Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL

Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .

MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan  tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.

PRINSIP

II.         BAHAGIAN KEDUA

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.

Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong .

Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga  adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.

Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami  maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan

dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini. Ini adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan perundangan, kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat.

Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa –bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan negara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang  kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan dalam pemikiran rakyat.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan perlbagai kaum di negara ini.

Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk

tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang . Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk indivivu bersisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu .

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Ketuanan Melayu

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.

Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.

Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.

Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada siapa.

Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.

Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.

Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.

Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.

Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur

dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.

Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.

Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.

HUBUNGAN ETNIK

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti

ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu

kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan

dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,

pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan

hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai

lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu

menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada

budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada ditahap

rendah atau tidak bermoral.

Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip Rukun Negara

dan kepentingan lima prinsip tersebut bagi menghasilkan individu dan masyarakat

yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks perpaduan

hubungan etnik di Malaysia.

“…Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan

perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan

harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan pelbagai

agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu

kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia,

berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita

hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang

menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai…”.

Kata-kata ini diungkapkan adalah untuk merealisasikan sebuah ideologi yang

bergelar Rukun Negara. Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang

boleh dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara

bersungguhsungguh dalam pemerintahan demokrasi yang diagung-agungkan oleh

orang-orang yang bertamadun. Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi

kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar pemerintahan demokrasi

untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia.

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan

yang perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang

dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan

Malaysia.

Konsep Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara

ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan

norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun

Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi

keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi

masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki

bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang

menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada

masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Prinsip Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan

yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang

berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Keluhuran perlembagaan

• Kedaulatan undang-undang

• Kesopanan dan kesusilaan

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu

semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara

diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul

tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan

berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali

sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah,

ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu

perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang),

1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei

1969 (di Kuala Lumpur).

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan

oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di

bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah

menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara

dan Majlis Perundingan Negara.

Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan

masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem

pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu

yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui

dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung)

dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar

dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih

timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan

bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga

mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras

peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi

sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh

dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan

majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih

terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain

memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan

perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat

merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat

kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang

syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia

untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun

mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan

kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun

menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya

merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil

kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana,

kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang

Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat

pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia

untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan

hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan

perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya

menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah

mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara

kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei

1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah

memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan

serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei

1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.

Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak

bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa

pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-

Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan

MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang

dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah

masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara

yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati

masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.

Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja

tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.

Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu

ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai

lima prinsip utama.

Objektif dan Matlamat Rukun Negara

Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif

Rukun Negara adalah seperti berikut;

(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat

mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat

yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil

dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu

supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak

lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada

penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan

terhadap yang lain.

(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik

Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan

kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-

undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh

disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau

bagi memusnahkan demokrasi.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan

negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih

daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan

keselamatan negara akan terancam.

(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan

negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat

Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.

Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan

yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan

ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun

Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua

rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta

terhadap negara.

(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya

dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat

resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.

Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat

resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan,

semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu

masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan

menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan

teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif

yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan

perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi.

Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam

bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang

bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan

menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.

Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada

batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Penjelasan Prinsip Rukun Negara

(a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada

Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara

ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan

kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di

mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan

terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan

kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap

ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam

Rukun Negara.

(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan

dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut

Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua

Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan

Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan

kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat

setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa

mengurangkan taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong.

(c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah

sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta

memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan

semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial

rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu

atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan

kedudukan sosio-ekonomi di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal

yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak

sosioekonomi rakyat.

(d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama

tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua

warganegara Malaysia. Unang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,

hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang

negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap

negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan

menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur

tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas

selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak

melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh

Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan

itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan

atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

(e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku

seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan

santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang

dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah

paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama

lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang

individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu

mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan

mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan

seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu

darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan

kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat

sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-

nilai murni.

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang

dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai

kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu

perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang

dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan

kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara

terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan,pergaduhan kaun dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap

strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan

mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan

berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara

dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping

mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan,

keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan

berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai

masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara

Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah

amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan

kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia

semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun

Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang

itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak

memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui

asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak

memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat

berfikir dengan rasional dan secara ilmiah.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam

setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina

sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan

tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni.

Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum.

Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa.

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil

daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak

termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO).

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu

bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada

kerajaan.

Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk

perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan

kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum

yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran

masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan

dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai

benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam

kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

Kesimpulan

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei

1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa

pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat

menghindari sifat curigamencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula

adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah

Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi

lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar

atau dalam negara itu sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah

pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat

Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan

memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep

hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar

belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun

Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di

dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara

itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada

oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu

padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati

di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita

mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan

kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan

demokratik.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa

prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam

konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja

Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang

Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran

jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran

Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila

pihak yang terbabit membuat percaturan.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara

yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari

satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama

tanpa timbul masalah besar.

Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri

hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa

iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan

mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang

semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas

serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa

tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.

Oleh Tengku Puteh Tippi.