Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

27
RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA Tema (1) Buku Teks Tingkatan 5 Soalan Contoh Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu. Pendahuluan - Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum. Isi-isi Penting i. mengeratkan perpaduan kaum ii. memahami budaya kaum lain iii. masalah kebersihan iv. ada yang mementingkan diri Penutup - konsep rumah terbuka perlu dihayati. Karangan Contoh Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah

Transcript of Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Page 1: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

Tema (1) Buku Teks Tingkatan 5

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.

Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan

- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting

i. mengeratkan perpaduan kaum

ii. memahami budaya kaum lain

iii. masalah kebersihan

iv. ada yang mementingkan diri

Penutup

- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Page 2: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu tak kenal maka tak cinta.

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir yang tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka.

Page 3: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Dipetik daripada blog Cikgu Khir Kassim

http://khirkassim.blogspot.com

Rabu, 2008 November 26

Prof Awang Sariyan Sanggah Pendapat Tun Dr Mahathir

Dipetik daripada : Ruangan Forum Akhbar Utusan Malaysia

Tarikh : 26 November 2008 ( Rabu )

Penulis : Prof Dr Awang Sariyan

Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar'

PANDANGAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan.

Ini kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Dr. Mahathir masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

Isunya ialah bahawa hujah Dr. Mahathir merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, beliau mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika beliau membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

Adakah Dr. Mahathir bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara

Page 4: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?

Dr. Mahathir menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Dr. Mahathir tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris.

Membezakan

Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

Hujah Dr. Mahathir bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!

Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

Page 5: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Memindahkan ilmu

Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa lepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!

Dr. Mahathir turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Dr. Mahathir belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Dr. Mahathir mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi "Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan". Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Ingatlah juga kata orang tua-tua "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

PROF. DR. AWANG SARIYAN

Page 6: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China

Universiti Pengajian Asing Beijing

Isnin, 2008 Oktober 20

MASALAH BULI

<!--[if !ppt]--><!--[endif]-->

Artikel asal yang ditulis oleh enam orang guru di Johor Bahru

PN HJH FATIMAH BT OMAR SM TEKNIK TANJUNG PUTERI

PN ROBIATUL ADAWIAH BT RIPIN SMK TAMAN MUTIARA RINI 3.

CIK ROZITA BT ABDULLAH SMK TAMAN DAYA 3

PN ROZILA BT MAT SMK SERI ALAM 2

PN HELEN ANAK ALBERT ALA SMK SERI KOTA PUTERI

PN ASMAH BT TAYEB SMK BANDAR SERI ALAM

Soalan:

Page 7: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah heboh diperkatakan kebelakangan ini sehingga ada yang membawa maut.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

Huraikan punca-punca gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah dan langkah-langkah mengatasinya.

Pendahuluan:

Menurut Kamus Dewan, perkataan buli bermaksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Membuli pula bermaksud mempermain-main orang, biasanya orang yang lemah, bertujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan. Oleh itu, buli dapat diinterpretasikan sebagai satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan.Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan tidak secara langsung.Buli secara langsung termasuklah diugut, disepak atau membalas pukulan. Sementara buli secara tidak langsung melibatkan kata-kata (verbal) termasuklah memanggil atau ejek-mengejek, dikacau dan ditertawakan rakan lain.

Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi masalah. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah

Page 8: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohammad Afiq disebabkan terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengaruh Media massa menjadi punca berlakunya kes-kes buli. Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya. Sebahagian besar penonton terdiri dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filem-filem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Paparan aksi daripada filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku remaja ini. Sambutan yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem atau cerita aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menyiar dan menerbitkan filem berkenaan. Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui FINAS menyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti Filem ‘Buli’,’ ‘Gengster’ ‘KL Menjerit’ dan dari luar negara seperti drama ‘Anak Metropolitan’, ‘Kiss Of The Dragon’ ‘Gen X Cops’ dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik seperti ‘Pedang Setiawan’, ‘Juara Wira’ dan lain-lain banyak dipasarkan secara berleluasa.

Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli. Hal ini demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain semata-mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Pada 20 Mac 2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota, Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang

Page 9: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

rakannya, seorang guru dan seorang pengawal keselamatan. Persoalannya, adakah tindakan ini berpunca sama ada daripada tekanan perasaan atau desakan hidup dalam keluarga yang bermasalah?.

Rumusan isi: Intihanya, tidak dapat dinafikan faktor desakan hidup dan masalah keluarga boleh menyebabkan seseorang membuat sesuatu perkara di luar pertimbangan. Oleh itu, wajar ibu bapa prihatin dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. ‘Janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Penglibatan ibu bapa dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin penting.Hal ini demikian kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan pembentukan peribadi anak-anak, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Malahan ibu bapa juga insan yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa boleh memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil merupakan langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini.Pendidikan agama penting kerana boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia.Di samping itu, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbincang dengan guru jika didapati anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam atau kurang selera untuk makan. “Sudah terhantuk baru tengadah , semoga peribahasa ini dijadikan iktibar kepada semua.

Rumusan isi Justeru, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh disangkal dan wajar bagi setiap ibu bapa menjadi ‘role model’ kepada anak-anak.

Selain itu , pihak kerajaan juga bertanggungjawab memastikan kejadian buli tidak menular dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keamanan sejagat terpelihara. Pihak kerajaan perlu memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat.Mereka akan mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini akan pudar ditelan masa. Hukuman yang boleh dilaksanakan ialah sebatan mandatori, penjara,dihantar ke pusat pemulihan dan dibuang sekolah.Hukuman-hukuman berat seperti ini, akan menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di samping itu, pihak –pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga mengatasi gejala ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin di sekolah ditubuhkan ekoran kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang dipercayai dibuli oleh

Page 10: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004. Oleh itu, sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan hendaklah berusaha menjamin keamanan dan keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat dan “seperti api dalam sekam”.

Institusi pendidikan merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani,emosi dan intelek secara seimbang,iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman. Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain,isyarat tidak wajar ,merosakkan harta sekolah,menentang pihak berkuasa atau terlibat dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan. Seterusnya, program yang memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, di dalam kelas ialah tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah sekolah di Kuala Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar sendiri menubuhkan kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan kejadian buli di dalam kelas dan di dalam sekolah.Implikasinya, pendekatan ini mampu mengurangkan 80 peratus kejadian buli dalam tempoh dua bulan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa institusi pendidikan merupakan tempat formal untuk menimba ilmu.

Konklusinya, sudah termaktub dalam hukum alam, bahawa setiap individu dalam sesebuah negara, terikat dengan undang-undang. Setiap sesuatu yang dilakukan untuk membahayakan diri sendiri dan orang lain sering kali akan membawa padah yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga. Bak kata pepatah ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga menangani gejala buli agar tidak ‘mendarah daging dalam jiwa masyarakat.

KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN

( Diubah suai daripada artikel asal Cikgu Ghalib )

Page 11: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Soalan:

Huraikan kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

Pengenalan

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari negara luar.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. ( Ayat topik ) Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”.

Page 12: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. (Ayat topik). Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. ( Ayat topik ). Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh

Page 13: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:57 0 ulasan

Page 14: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Jumaat, 2008 Oktober 17

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Dipetik daripada blog Cikgu Ghalib

Soalan:

Kenaikan harga barang di negara kita semakin sukar untuk dibendung. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi kenaikan ini.

Jawaban:

Strategi:

T=Kenaikan harga barang ( Tema )

K=Langkah ( Kata Kunci )

F=Umum ( Format/ Tiada format khusus )

Pengenalan

Page 15: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Isi 1

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100%, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Isi 2

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

Page 16: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Isi 3

<!--[endif]-->

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Isi 4

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Page 17: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

Kesimpulan

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 12:21 0 ulasan

KEBAIKAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Dipetik daripada blog Cikgu Abdul Ghalib

Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.

Isi:

1. pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan

2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh

3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar

4. dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar

Page 18: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

(AR) Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. (AR) Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. (AR) Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. (AA) Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

(AJ) Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.

(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH) Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH) Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung,

Page 19: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. (A Hrpn) Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn) Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Ayat cadangan, ayat pendapat dan ayat harapan digunakan dalam perenggan penutup/ kesimpulan bagi menyimpulkan keseluruhan isi yang dibincangkan

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 11:18 0 ulasan

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK MINAT MEMBACA KEPADA ANAK-ANAK

Karangan dipetik daripada blog CIKGU GHALIB

( Pelajar T4 dan T5 ) boleh meneliti bagaimana cara Cikgu Ghalib membina ayat yang pendek tetapi mengandungi huraian, contoh dan peribahasa yang berkesan. Daripada contoh di atas, pelajar boleh menggunakan teknik pengembangan isi dengan lebih mendalam sesuai dengan kematangan pelajar.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk minat anak-anak supaya gemar membaca. Berikan pendapat anda

(AR) Anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. (AR) Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada

Page 20: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

membaca bahan bacaan yang berguna. (AR) Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, (AA) ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka.

(AJ) Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka. (AH) Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". (AH) Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. (AC) Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. (AP) Apabila anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana alah bisa tegal dek biasa.

Selain itu, (AJ) ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. (AH) Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. (AC) Misalnya, ibu bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. (AP) Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Di samping itu, (AJ) ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku. (AH) Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. (AC)(AP) Melalui cara ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka.

Bukan itu sahaja, (AJ) ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. (AH) Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. (AC) Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. (AP) Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Kesimpulannya, (A Hrp) ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. (A Cdgn) Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, (A Cdgn) ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. (A Pnln) Jika anak-

Page 21: Rumah Terbuka Rakyat Malaysia

anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.

Nota : AR - Ayat Rangsangan (Digunakan untuk menarik perhatian pembaca/ umpan pembaca)

AA- mengajak/ memandu pembaca untuk membaca seterusnya

( AR dan AA ) - digunakan dalam perenggan pengenalan.

AJ- Ayat Judul dipanggil juga AT ( Ayat Topik )- Ayat yang menyatakan isi bagi tajuk yang dibincangkan/ fakta yang akan digunakan

AH - Ayat Huraian - Ayat yang memperjelas fakta dalam bentuk huraian lebih mendalam agar pembaca lebih memahami isu dinyatakan. Beberapa ayat huraian menggambarkan kesinambungan cerita/ isu dibincangkan.

AC - Ayat contoh - ayat yang digunakan untuk menyokong hujah/ huraian yang dikemukakan, misalnya dalam bentuk data statistik, isu semasa yang sedang hangat diperbincang, fakta sejarah dan sebagainya.

AP - Ayat Penyimpul - Ayat yang digunakan untuk menyimpulkan semula semua fakta, huraian dan contoh yang telah dibincangkan.