Rumusan Konsep Latar Belakang Dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

2

Click here to load reader

description

rumusan

Transcript of Rumusan Konsep Latar Belakang Dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Page 1: Rumusan Konsep Latar Belakang Dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Rumusan Konsep Latar Belakang dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan satu unsur asas kepada pendidikan berkualiti

yang menggalakkan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai aras kecerdasan

dan persekitaran yang berbeza.

1. Konsep dan latar belakang.

Seni dalam pendidikan merangkumi penggabungan tiga jenis seni iaitu seni visual,

seni muzik dan seni pergerakan. Kefahaman dalam ketiga–tiga bidang ini boleh dicapai

melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam

pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain yang akan

membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan membantu

meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang

tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya

membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam Pendidikan yang

mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak

kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Objektif seni dalam pendidikan

1. Meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir

2. Mengembangkan potensi individu

3. Membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian

masyarakat masa kini

4. Mencapai keperluan manusia secara menyeluruh dalam menyampaikan isu dan

idea serta membuat pertimbangan wajar

Page 2: Rumusan Konsep Latar Belakang Dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan

5. Menyedari aktiviti seni mempengaruhi kehidupan

6. Memahami kebudayaan masyarakat sendiri dan masyarakat lain