RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

download RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

of 6

Transcript of RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    1/6

    RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    KEMAHIRAN PENULISAN DAN PERTUTURAN

    Jenis ujian Skor

    Menyenaraikan nilai murni 4/6

    Mengenal pasti 5 kata kerja yang

    terdapat dalam gambar

    5/6

    Setelah membuat ujian diagnostik kepada Nur Intan Shafinaz bt Imran, saya

    dapati bahawa agak susah untuk mengenalpasti tahap pengguasaan bahasa dan

    komunikasi terhadapnya. Hal ini kerana semua soalan yang diberikan secara lisan

    pada mulanya dia berjaya menjawabnya. Oleh itu saya mengubah soalan mengikut

    tahap penggunaan bahasanya.

    Berdasarkan ujian menyenaraikan nilai murni didapatiIntan tidak bolehmenggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam

    menyenaraikan nilai murni. Intan akan mengambil masa yang lama untuk menguasai

    kemahiran menyebut kata-kata seperti berjabat tangan. Keadaan ini pada dasarnya

    adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada Intan amat

    kurang. Intan juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang

    kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of

    Utterance-MLU).

    Berdasarkan ujian mengenal pasti lima kata kerja dalam gambar Intan

    mengalami masalah kelewatan didalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.

    Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan

    menggunakan peraturan ayat ringkas(subjek-aksi-objek). Kanak-kanak ini kurang

    menggunakan imbuhan akhiran danbertindak menggugurkannya di dalam

    penggunaan ayat. Contohnya, bermain akan jadi main sahaja dan menarik akan jadi

    tarik sahaja. Di samping itu, Intan juga mengalami kelewatan di dalam memulakan

    kombinasi perkataan. Intan yang mengalami masalah bahasa antara lain turut

    bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat kompleks. Intan juga

    menghadapi masalah untuk memberi penjelasan, menerangkan sesuatu atau

    menggulung ayat.

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    2/6

    RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    JENIS UJIAN SKOR

    Menyusun kembali ayat mengikut urutan

    yang betul

    4/5

    Membina ayat bagi setiap gambar

    dengan makna yang berlainan

    2/3

    Berdasarkan ujian diagnostik yang telah saya lakukan untuk melihat tahap

    kebolehan Intan dalam menyusun ayat. Saya dapati Intan sering keliru dengan

    penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja. Kefahaman Intan

    menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang kompleks. Mereka

    sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. Sebagai contohnya, Ali menerima hadiah

    seutas jam tangan oleh ibunya. Intan menganggap bahawa ibunya yang terima

    hadiah tersebut. Namun intan dapat menyusun ayat seterusnya dengan betul

    setelah diterang.

    Berdasarkan ujian diagnostik membina ayat bagi setiap gambar dengan

    makna yang berlainan, saya dapati Intan juga masih tidak tahu membezakanpenggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Contoh perkataan

    yang diberi ialah hitam. Intan membina ayat berdasarkan perkataan hitam dengan

    makna yang sama iaitu warna. Oleh itu, dia hanya mendapat skor 2/3 sahaja. Saya

    dapati walaupun Intan boleh memberi kefahaman kepada saya yang bercakap

    dengannya, namun begitu Intan selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang

    dikehendaki. Intan juga jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan

    yang lebih lanjut. Intan hanya lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di

    dalam perbualan.

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    3/6

    RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    UJIAN SKOR

    Menulis tentang dirinya sendiri 8 ayat

    Berdasarkan ujian diagnostik ini, saya dapati Intan selalu mengigit jari, pen

    dan tenung buku semasa menulis seperti tidak faham dengan ayat yang dibuatnya.

    Saya cuba untuk memberi idea seperti berapa orang ahli keluarganya. Tetapi Intan

    tidak boleh mengembangkan lagi ayat yang dibuatnya. Hal ini menunjukkan intan

    kurang perbendaharaan kata. Intan juga seperti sukar menulis atau memindahkan

    maklumat ke atas kertas. Saya juga mendapati Intan selalu mengubah-ubah bentuk

    tulisannya.

    Saya juga dapati Intan tidak dapat menulis mengikut garisan. Hal ini

    menyebabkan dia selalu memadam ayat yang telah dia buat. Dalam pada itu saya

    dapati juga Intan sangat lemah dalam penggunaan tanda baca dan huruf besar. Dia

    seakan keliru untuk meletakkan koma atau titik. Dia juga keliru dengan huruf P

    besar atau p kecil. Hal ini menyebabkan dia selalu salah dalam meletakkan tanda

    baca dan penggunaan huruf besar. Kadang-kadang saya juga dapati Intan selalutersalah tulis jika hendak membuat baris baru iaitu dari kanan ke kiri sepatutnya dari

    kiri ke kanan.

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    4/6

    RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    EJAAN DAN BACAAN

    AKTIVITI SKOR

    Membaca petikan Boleh membaca dengan lancar

    Mengisi tempat kosong 5/5

    Berdasarkan pada aktiviti membaca, saya dapati Intan dapat membaca

    dengan lancarnya. Hal ini kerana Intan tiada masalah dari segi bacaan kerana

    sebelum saya memulakan ujian ini saya telah mengujinya dari segi menunjukkan

    huruf vokal dan konsonan yang saya sebut. Dalam pada itu, Intan juga mampu

    membezakan huruf besar dan huruf kecil dengan jayanya jika huruf itu hanya satu

    dan tidak dibentuk dalam perkataan. Selain itu, Intan mempunyai mata yang pantas

    semasa membaca. Oleh kerana intan merupakan di dalam kelas inklusif makanya

    kemahiran membacanya dapat dikuasai dengan baik.

    Dalam aktiviti mengisi tempat kosong dengan suku kata yang betul. Intan juga

    mampu melakukannya dengan baiknya dan cepat. Hal ini menunjukkan bahawa

    Intan tiada masalah dalam mengeja dan membaca perkataan yang mudah. Selain

    itu, Intan juga dapat menjawab dan mengisi tempat kosong tersebut dengan

    cepatnya tanpa bantuan saya. Saya juga dapati intan merupakan murid yang sangat

    aktif bergerak. Dia selalunya tidak boleh duduk diam pada masa yang lama. Hal ini

    membuatkan saya terpaksa menghentikan ujian seketika untuk memilih tempat yang

    lain supaya Intan dapat memberi fokus yang sepenuhnya pada ujian yang dilakukan.

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    5/6

    KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang

    sangat penting dalamkehidupan kita. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau

    bertutur untuk menyatakankeinginan kita, tidak kira sama ada menggunakan

    pertuturan , bahasa isyarat mahu pun gerak tubuh. Kesemuanya digunakan oleh

    setiap individu mengikut keperluan masing-masing. Begitu juga dengan kanak-kanak

    berkeperluan khas. Kecacatan yang dialami oleh mereka tidak akan sama dengan

    seseorang kanak-kanak yang lain. Oleh yangdemikian, kita mestilah mengenal pasti

    apakah masalah bahasa yang dialami,mengetahui langkah-langkah pencegahan

    yang boleh di ambil serta membuat pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak

    tersebut.

    Selain itu kanak-kanak ini sebenarnya dapat pergi dengan lebih jauh lagi jika

    diberi intervensi bahasa pada awal dan berguna. Hal ini kerana terdapat ramai

    kanak-kanak keperluan khas seperti disleksia telah Berjaya dalam kehidupan

    mereka. Intervensi awal dalam komunikasi dan pertuturan sangat penting diterapkan

    ke dalam kanak-kanak berkeperluan khas kerana hal ini dapat membantu mereka

    dalam menjalani kehidupan seperti orang normal dan dapat meningkatkan lagi

    keyakinan diri mereka ketika berkomunikasi dengan orang ramai. Dalam pada itu,

    intervensi merupakan wadah yang penting dalam mencorakkan dan menggubah

    tahap kehidupan serta kesihatan seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.

    Keperluan dan kepentingan memperoleh dan mempelajari bahasa dalam

    kalangan kanak-kanak keperluan khas adalah sama pentingnya dengan kanak-

    kanak normal. Golongan ini tidak boleh diabaikan hanya kerana kekurangan yang

    ada pada diri mereka. Sebaliknya, kelebihan dan kesempurnaan dari aspek lain

    hendaklah dipertingkatkan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan

    mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal. Selain itu, ibu bapa, keluarga,

    guru, pihak kerajaan danswasta serta masyarakat keseluruhannya haruslah

    memberikan kerjasama dan turut menyumbang untuk memastikan kanak-kanak

    istimewa dapat hidup dengan sempurna sama seperti insan normal yang sebaya

    dengan mereka.

  • 7/30/2019 RUMUSAN UJIAN DIAGNOSTIK

    6/6

    REFLEKSI

    Pada 18 Julai 2011 yang lalu, saya telah menerima kerja kursus pendek

    Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi. Kerja kursus ini

    memerlukan saya mencari tiga jurnal yang hanya berkaitan dengan masalah bahasa

    dan komunikasi dalam kalangan pelajar yang bermasalah pembelajaran. Setelah itu

    saya dikehendaki membuat rumusan ketiga-tiga jurnal itu dalam dua muka surat

    setiap satunya. Hal ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya kerana ini lah

    pertama kalinya saya dikehendaki mencari dan merumus jurnal. Sepanjang saya

    belajar di sini tidak pernah lagi saya tergerak hati untuk mengenali jurnal.

    Hal ini membuatkan saya binggung untuk mengenalpasti sama ada itu jurnal

    atau tidak. Saya mengambil langkah untuk bertanya kepada pensyarah saya bagi

    menentukan itu betul-betul jurnal. Dalam proses mencari jurnal juga merumitkan

    saya kerana semua jurnal bahasa melayu tentang tajuk ini sangat sedikit

    bilangannya. Jika mencari di internet dan perpustakaan saya juga agak takut

    sekiranya jurnal yang saya perolehi itu sama dengan kawan yang lain.

    Seterusnya, saya juga agak kelam kabut semasa berada di sekolah itu

    kerana keadaanya tidak sama dengan apa yang saya gambarkan. Pelajar yang sayauji pada mulanya dapat menjawab soalan saya dengan sempurnanya. Saya agak

    sukar untuk mengesan masalah dia. Tetapi selepas berbincang dengan kawan-

    kawan saya membuat keputusan untuk melakukan ujian yang lain. Saya berharap

    agar ujian ini diterima kerana semua yang saya buat hanya dalam keadaan spontan.

    Kerja kursus pendek ini banyak memberi saya pengetahuan yang luas dan dapat

    memberi saya pengalaman baru dalam menangani murid yang bermasalah

    disleksia. Dalam mencari maklumat pula, saya tiada masalah kerana didalam

    internet terdapat banyak maklumat yang saya perlukan saya jumpai.

    Secara kesimpulannya, saya sangat seronok dalam menyiapkan kerja kursus

    pendek ini dengan bantuan pensyarah dan rakan yang tidak putus-putus memberi

    tunjuk ajar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka. Akhir kata saya

    berharap agar kerja kursus pendek ini sentiasa diberikan pembahuruan agar dapat

    melatih guru pelatih menjadi lebih proaktif untuk menimba pengalaman baru yang

    berguna.