Rumusan.dochj

4
Rumusan Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan, saya mendapati terdapat pengangkutan awam di kawasan Gajah Berang, Melaka. Dengan membuat rujukan, didapati konsep penangkutan awam ialah pengangkutan yang terdiri daripada pengangkutan darat, laut dan udara yang mengangkut orang ramai dan barangan dari satu tempat ke tempat lain. Ia bukan kenderaan sendiri tetapi merupakan kenderaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan

description

frhrfh

Transcript of Rumusan.dochj

Page 1: Rumusan.dochj

Rumusan

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan, saya

mendapati terdapat pengangkutan awam di kawasan

Gajah Berang, Melaka. Dengan membuat rujukan,

didapati konsep penangkutan awam ialah pengangkutan

yang terdiri daripada pengangkutan darat, laut dan udara

yang mengangkut orang ramai dan barangan dari satu

tempat ke tempat lain. Ia bukan kenderaan sendiri tetapi

merupakan kenderaan yang disediakan oleh pihak

kerajaan dan swasta serta mempunyai kadar tambang

tertentu dan mempunyai laluan tertentu. Jenis

pengangkutan awam ialah bas awam, bas sekolah, teksi,

beca, dan van. Terdapat beberapa kepentingan

pengangkutan awam. Antaranya adalah dapat

mengurangkan kesesakan, mengangkut penumpang,

Page 2: Rumusan.dochj

menambah peluang pekerjaan, dan meningkatkan

mobiliti penduduk. Walau bagaimanapun, terdapat

masalah pengangkutan awam seperti masalah

pencemaran udara, pencemaran bunyi, kesesakan lalu

lintas, kemalangan, dan jangka masa yang panjang.

Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan

pengangkutan awam adalah dengan menguatkuasakan

undang- undang, mengadakan kempen alam sekitar,

melaksanakan pendidikan alam sekitar, menggunakan

petrol tanpa plumbum dan menggunakan penapis asap

atau Catalytic converter. Pengangkutan awam telah

memupuk nilai mematuhi peraturan, bertanggungjawab,

bertimbang rasa, sabar, mencintai alam sekitar, dan

bersyukur. Penduduk kawasan Gajah Berang, Melaka

berasa bersyukur kerana terdapat pengangkutan awam

yang disediakan untuk kemudahan mereka.