RUMUSANTGFUYANALATEST.docx

6
NOOR LIYANA BINTI YAAKOB] REFLEKSI KENDIRI Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah perkenan-Nya, dapat saya melaksana dan menyelesaikan tugasan kerja khusus ini ta sebarang kesulitan Segala kesyukuran dan terima kasih kepada !aha "en#ipta kera mengurniakan nikmat kesihatan yang berterusan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini $utaan u#apan penghargaan terima kasih inginsaya u#apkan kepada pensyarah penasihat, En Shamsul %ahri %in Ismail atas bimbingan, tunjuk ajar dan d&r&ngan diberikan &leh beliau sebelum dan semasa tugasan ini dilaksanakan Saya menyedar baha'a tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah, sudah pasti mampu untuk melaksanakan kerja khusus ini Saya telah menerima satu tugasan yang berkaitan dengan subjek ("ermainan Kanak- kanak )*+ )ugasan ini memerlukan saya membuat kertas kerja berkaitan permainan kanak-kanak dan seterusnya ahlikumpulan saya dikehendaki membuat permainan untuk keteg&ri jaring.dinding )anggapan pertama saya apabila saya men tugasan ini ialah tugasan ini sangat sukar Setelah saya meneliti dan menyelidik s&alan tugasan yang diberikan, barulah satu segala kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetap ianya agak men#abar Ini kerana saya dikehendaki men#ipta satu permainan kanak-k untuk keteg&ri jaring.dinding dan perlu menjadi pengel&la permainan tersebut dar hingga akhir "ermainan ini perlu dipersembahkan kepada pensyarah dan segalanya dinilai &leh pensyarah )idak dapat dina+ikan baha'a kanak- kanak memang suka dengan akti/iti yang banya melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis l&k&m&t&r atau bukan l&k&m&t&r !ereka kelihatan lebih #ergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi ap akti/iti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan akti/iti pembela Page 1

Transcript of RUMUSANTGFUYANALATEST.docx

NOOR LIYANA BINTI YAAKOB

NOOR LIYANA BINTI YAAKOB]851103-02-5258

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah perkenan-Nya, dapat saya melaksana dan menyelesaikan tugasan kerja khusus ini tanpa sebarang kesulitan. Segala kesyukuran dan terima kasih kepada Maha Pencipta kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang berterusan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Jutaan ucapan penghargaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah penasihat, En. Shamsul Bahri Bin Ismail atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan oleh beliau sebelum dan semasa tugasan ini dilaksanakan. Saya menyedari bahawa tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah, sudah pasti saya tidak mampu untuk melaksanakan kerja khusus ini

Saya telah menerima satu tugasan yang berkaitan dengan subjek Permainan Kanak-kanak TGfU Tugasan ini memerlukan saya membuat kertas kerja berkaitan dengan permainan kanak-kanak dan seterusnya ahli kumpulan saya dikehendaki membuat permainan untuk ketegori jaring/dinding. Tanggapan pertama saya apabila saya mendapat tugasan ini ialah tugasan ini sangat sukar.

Setelah saya meneliti dan menyelidik soalan tugasan yang diberikan, barulah satu faham segala kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetapi ianya agak mencabar. Ini kerana saya dikehendaki mencipta satu permainan kanak-kanak untuk ketegori jaring/dinding dan perlu menjadi pengelola permainan tersebut dari awal hingga akhir. Permainan ini perlu dipersembahkan kepada pensyarah dan segalanya akan dinilai oleh pensyarah.

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah.

Program TGFU seperti ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Tugasan perancangan permainan kanak-kanak yang berdasarkan model Bhunker & Thorpe ini telah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Ini kerana permainan ini telah banyak memberi saya pegetahuan mengenai sesuatu permainan. Permainan kategori jaring/ dinding yang telah saya dan rakan hasilkan, hasil daripada rujukan model tersebut banyak membantu dalam menjana idea baru terhadap permainan kanak-kanak. Selain itu, banyak perkara baru yang dapat dipelajari bermula dari penghasilan serta refleksi keseluruhan.

Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu.

Melalui tugasan ini, kerjasama antara kumpulan dapat diterapkan serta dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama rakan sekumpulan serta mengeratkan perhubungan di antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam menghasilkan tugasan ini. Kerjasama ini penting dalam fasa sebelum, semasa dan juga selepas permainan dijalankan.

Bersama rakan kumpulan sebelum permainan dijalankanBagi menyiapkan tugasan ini, kami telahmelalui bererapa fasa bermula daripada perbincangan,mesyuarat penubuhan AJK, fasa perlaksanaan permainan dan juga fasa penilaian permainan (post moterm). Pertama sekali kami berbincang untuk memilih nama dan jenis permainan kanak-kanak berdasarkan kategori permaianan yang diberi kepada kumpulan kamiiaitu kategori jaring/dinding.Setelah berbincang, kami telah memilih permainan Lambung bola lambung.Setelah itukami membahagikan tugasmasing-masing supaya hasil yangdiperoleh lebih terancang dan berjaya dilaksanakan. Akhir sekali kami perlu memastikan perjalanan pelaksanaan permainan kanak-kanak ini berjalanseperti apa yangtelah dirancang rapi

Mesyuarat penubuhan ahli jawatankuasa permainan telah diadakan. Saya telah dilantik sebagai bendahari dan juga sebagai AJK penyediaan peralatan permainan pada hari permainan tersebut dijalankan. Sebagai bendahari saya bertindak mengumpulkan sumber kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan permainan dan menyerahkan sumber kewangan tersebut kepada AJK pembelian peralatan yang akan digunakan sebelum dan semasa permainan. Manakala sebagai AJK penyediaan peralatan, saya dan seorang lagi rakan bertindak menyediakan peralatan permainan yang diperlukan sebelum permainan dimulakan. Saya dan rakan sepasukan telah menyediakan peralatan seperti skitle, bola, jaring dan juga papan skor pemarkahan.

Persiapan tempat dan juga taklimat penerangan cara permainan oleh pihak AJK permainanSepanjang mengelolakan permainan ini pula , terdapat kebaikan, kelemahan dan juga cadangan penambahbaikan yang dapat dilihat oleh kami. Kebaikan permainan yang dirancang dan dijalankan oleh saya dan ahli kumpulan ialah permainan ini dapat meningkatkan koordinasi mata dan juga tangan peserta. Selain itu, ianya juga dapat mengukur kepantasan berfikir peserta kerana dalam permainan ini, tema telah ditetapkan. Jadi peserta perlu menyebut perkataan berkaitan tema dalam masa 3 saat yang ditetapkan. Permainan kanak-kanak Lambung bola lambung ini dapat menjadikan pelajar lebih cerdas dan sihat . Selain itu, dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid tersebut.

Selain itu, melaui permainan Lambung bola lambung ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.

Kelemahan permainan ini ialah, penganjur tidak sepatutnya menukar tema secara tidak tersusun dimana ada tema yang ditetapkan lama dan ada yang sekejap dan telah ditukar. Selain itu, dari segi masa ianya terlalu lama yang akan mengakibatkan peserta permainan akan merasa bosan dengan rentak permainan tersebut. Cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat bagi memastikan permainan ini lebih menarik ialah dengan mengunakan objek mengikut tema itu sendiri untuk dilambung. Sebagai contoh.kereta. Semasa membuat hantaran, gambar objek berkaitan tema tersebut dilambung kepada pihak lawan. Selain itu, masa permainan juga haruslah dikurangkan bagi mengelakkan tumpuan murid-murid untuk mengikuti permainan tersebut terganggu.

Di kesempatan ini saya dari ahli jawatankuasa pertandingan permainan kanak-kanak kategori jaring dan dinding dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat, semua ahli jawatankuasa pertandingan, peserta-pserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini samaada secara langsung atau tidak langsung.Ribuan ucapan terima kasih juga ingin diucapkan kepada para sahabat seperjuangan yang sama-sama melaksanakan tugasan ini. Bantuan dan bimbingan kalian tidak akan saya lupakan. Kepada emak, ayah dan seluruh ahli keluarga, terima kasih atas doa kalian yang tidak pernah putus. Restu dan kata-kata peransang yang diberikan membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu pengetahuan di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu ini.

Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

Page 6