Rundingan Persetiaan British Dan Raja2 Melayu 1895

4
Perjanjian antara Gabenor Negeri- Negeri Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan, 1895 Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008. Kuala Lumpur:” ITNMB Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British. 2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. 3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini. Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell, G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas. (Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai) Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.

Transcript of Rundingan Persetiaan British Dan Raja2 Melayu 1895

Page 1: Rundingan Persetiaan British Dan Raja2 Melayu 1895

Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan, 1895Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008.

Kuala Lumpur:” ITNMB

Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak

bertulis, maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai

Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri

mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk

sebuah Negeri gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka

berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan

gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua

perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.

3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini

tidaklah bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa

atau wibawa lain berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini.

Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh

Mitchell, G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol,

Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini

yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh

lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua

belas.

(Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai)

Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.

(Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit.

Meterai Dato Bandar.

(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD

Page 2: Rundingan Persetiaan British Dan Raja2 Melayu 1895

Meterai Undang Jelebu.

(Tandatangan) SYED ALl

Saksi.

(Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER.

30 hari bulan Jun 1895.

CAP DATO JOHOL.

Saksi.

(Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS

Meterai Dato Rembau.

(Tandatangan) SIRUN

Meterai Yam Tuan Besar.

(Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH.

20 hari bulanJun 1895.

Saksi.

(Tandatangan) MARTIN LISTER.

(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana.

Saksi.

(Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER

Teks diambil daripada Maxwell & Gibson, 1924: 64-65

Persetiaan Persekutuan, 1895Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala

Lumpur: ITNMB

PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak

Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja

Negeri Melayu yang berikut, iaitu: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan

Selangor, Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk

Page 3: Rundingan Persetiaan British Dan Raja2 Melayu 1895

wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan

meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang

dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam

sebuah Persekutuan, dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang

ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.

3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak

bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan

apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini

dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar.

4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai

British, bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah

Gabenor Negeri-Negeri Selat. Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat

penginapan yang sesuai, memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan

Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua

perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen

Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap Residen

British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di

Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.

5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri

dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia,

wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui

pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku

janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia

Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka, atas permintaan

Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk

berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.

Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa

atau wibawa yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di

atas di Negeri masing-masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada

antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British.

Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-

Pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895: