S SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN SASTERA … · Sh a ki r juga te r-p il ih sebagai Pengerusi...

1
(USM), Prof. Dr. H aji Awang Sariyan (UPM) dan ramai lagi. Sempena seminar ini, dua buah buku turut dilancarkan, iaitu Antologi Puisi Manuskrip Luka Bangsa selenggaraan Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman; dan Prosiding Persuratan dan Peradaban Nasional 2006 seleng- garaan Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir dan Shamsudin Othman. Di satu majlis lain, Kementerian Pelajaran Malaysia muncul sebagai johan dalam Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian Kali Ke-3 2006 dan sekali gus meram- pas Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim daripada geng- gaman juara bertahan, Kementerian Penerangan Malaysia. Pertandingan yang berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu dianjurkan oleh DBP dan KeKKWA dengan kerjasama RTM ini turut disertai 14 buah kemente- rian lain. Kementerian Pelajaran yang diwakili oleh Encik Kamarul Arif Yusoff yang juga diumumkan sebagai pemantun terbaik, Puan Siti Zaileha Abdul Salam dan Encik Hazri Sabtu. Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menya- takan bahawa, “Saya amat bangga dengan pelibatan para peserta yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mudah-mudahan pertan- dingan ini diharap dapat menjadi salah satu landasan kepada gerakan kebangsaan dalam memartabatkan seni sastera dan warisan bangsa”. Rata-rata tetamu yang hadir ter- hibur dengan telatah pemantun membeli dan menjual pan- tun serta jenaka daripada jurupantun yang tidak asing lagi, Tuan Haji Chuari Selamat dari Klasik Nasional. Johan membawa pulang Piala Pusingan, sagu hati RM3000, piala iringan dan buku. Hadiah disampaikan oleh Menteri KeKKWA, Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Bagi menyuburkan lagi sema- ngat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-49, Pesta Puisi Patriotik Ke-7 berlang- sung pada 28 hingga 29 Ogos 2006 di Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya. Buat julung-julung kalinya, DBP dilibatkan bersama-sama dengan KeKKWA, Perbadanan Putrajaya, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Kelab Warisan Malaysia (KERIS) dan RTM sebagai pengan- jur bersama. Bait-bait puisi yang mengungkapkan perjuangan tokoh- tokoh kemerdekaan menyemarakkan semangat cinta akan negara. Pesta yang ditaja sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini berte- makan ”Warganegara Patriotik”. Antara tokoh politik dan penggiat sastera yang hadir ialah Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Tan Sri Samsudin Osman, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie, Y.B. Datuk Wong Kam Hoong, Dato’ Noraini Ahmad, Y.B. P. Komala Devi, Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah, S.N. Dato’ A. Samad Said, Hajah Zaiton Haji Ajamain, Ras Adiba Radzi, Ahmad Ramli, Khalid Salleh, Ahmad Shukri Abdullah, Saroja Theavy Balakrishnan, Wan Ismalindawati Wan Ismail, Yayasan Warisan Johor, ASWARA dan ramai lagi. Sementara di Sabah dan Sarawak, Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) Peringkat Zon Sabah dan Sarawak berlangsung serentak pada 5 September 2006 di Dewan Hone, Institut Perguruan Kent di Sabah manakala di Sarawak berlangsung di Dewan Tun Ahmad Zaidee Adruce, Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching. Institut Perguruan Tun Abdul Razak yang menjuarai Pertandingan Peringkat Zon Sarawak dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah yang menjuarai Pertandingan Peringkat Zon Sabah akan bersa- ma-sama empat lagi Pemenang Zon Utara, Selatan, Timur dan Barat, iaitu Institut Perguruan Ipoh, Kolej Yayasan Melaka, Institut Perguruan Kota Bharu dan Kolej Profesional MARA Beranang ke Pertandingan Peringkat Akhir Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Awam/ Swasta) bakal berlangsung pada 21 September 2006 di Auditorium DBP pada pukul 10.00 pagi. Hadiah Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM4000 dan cenderamata bakal dibawa pulang Johan Pertandingan. Selain pameran yang berlang- sung dalam Ekspo BBSN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), program “Bicara Buku : Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif” karya Prof. Madya Dr. Mat Rofa membuka tirai Ekspo pada pagi 28 Ogos 2006. Buku ini mengupas ilmu falsafah yang menggabungkan tiga ilmu, iaitu sains tabii, matematik dan metafizik. Penulis juga mengete- ngahkan satu pendekatan nilai bersepadu yang menjadi intisari fal- safah pendidikan negara yang diamal- kan di Malaysia yang menekankan kesatu- an jasmani, emosi, rohani dan intelek. Buku yang berharga RM50 ini kini boleh didapati di Galeri Ilmu DBP dan kedai buku terpilih. Satu lagi program yang dilaksanakan ialah Bicara Buku Tsunami: Grief Beyond Tears dibi- carakan oleh Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom pada 29 Ogos 2006 di tapak ekspo. Buku yang mema- parkan bencana terbesar dunia yang berlaku di Lautan Hindi yang mengorbankan lebih 200 000 mangsa dan 400 000 kehilangan saudara dan tempat bergantung termasuk ribuan kanak-kanak. Penulis menceritakan pengalaman beliau sendiri ketika menyertai misi kemanusiaan yang digerakkan oleh Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) dan MERCY Malaysia. Buku tersebut bakal menemui pembaca pada penghujung tahun ini. Penganjuran pel- bagai kegiatan sem- pena BBSN 2006 diharapkan dapat memupuk semangat rasa cinta dan megah bahasa dalam kala- ng an masyarakat di pelbagai pering- kat. Gabungan gah tiga serang- kai, Kementerian Pelajaran Malaysia, KeKKWA dan Kementerian Penerangan Malaysia yang menaungi BBSN pada kali ini diharap- kan dapat menyubur- kan semangat patrio- tisme dalam kalangan rakyat Malaysia se- iring dengan sambu- tan Hari Kemerdekaan negara sesuai dengan tema BBSN, ”Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia”. Bahan sumbangan : Wan Patanah Wan Yussoff, Asiah Daud, Aminah Awang Basar, Fatimah Zainal, Niarwati Jepon, Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, Mohd. Jusoh Majid dan Malissa Ab. Malik. AN BULAN BAHASA RA NEGARA BERITA HARIAN Rabu, 20 September 2006 Halaman Sembilan

Transcript of S SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN SASTERA … · Sh a ki r juga te r-p il ih sebagai Pengerusi...

Page 1: S SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN SASTERA … · Sh a ki r juga te r-p il ih sebagai Pengerusi Terbaik. Sementara Jo e y Lim Xiao Yii dari SM Tsung Tsin, ... wang tunai RM250 seorang,

Oleh Normala Mohamad Yusof

Sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2006, pelbagai

aktiviti kebahasaan, kesu-sasteraan dan penerbitan diadakan di seluruh nega-ra.

Bagi membuka lembaran BBSN 2006, pada 15 Ogos 2006,

Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006 telah berlangsung di SM (P) Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Pertandingan anjuran De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-per-satuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Bahagian Sekolah, Ke menterian Pelajaran Ma-laysia ini disempurnakan pe-rasmiannya oleh wakil rasmi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Hon Choon Kim iaitu, Timbalan Pengarah, Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Abdul Aziz Mastam.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa Forum Pelajar yang telah dianjurkan buat kali yang ke-15 pada tahun ini merupa-

kan program kebahasaan yang cukup signifikan dalam usaha kerajaan menyebar-luaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di selu-ruh negara, khususnya sekolah menengah persendirian Cina.

Menurut beliau, ‘Usaha me-martabatkan bahasa kebang-saan kita merupakan salah satu agenda perdana negara untuk melahirkan modal insan, khususnya bangsa Malaysia yang utuh perpaduan, kental

sema ngat patriotisme dan jati dirinya. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan peranan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa ilmu, dan bahasa penya tuan kaum di negara kita terus diperkukuh dan dipergiat.”

Dalam Pertan-dingan tersebut, SM Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah mun-cul sebagai Johan de-

ngan forum bertajuk “Obesiti : Masalah Kecantikan atau Kesihatan?” yang diwakili oleh

Nooranizah Mohd. Shakir, Goh Dai Shan, Lee Cheng Wen, Daphne Chong Ai Ping dan Teo Chia Wee. Noranizah Mohd. Shakir juga ter-pilih sebagai Pengerusi Terbaik. Sementara Joey Lim Xiao Yii dari SM Tsung Tsin, Kota Kinabalu Sabah terpilih sebagai Ahli Forum Terbaik. Johan membawa pulang wang tunai RM250 seorang, plak, buku terbitan DBP dan sijil penyer-taan manakala Ahli Forum Terbaik dan Pengerusi Terbaik menerima wang tunai RM200, plak dan sijil penyertaan.

Bagi mengukuhkan kefahaman warga DBP terhadap hal-hal yang berkaitan dengan dasar bahasa, Ceramah Kefahaman Dasar Bahasa II yang membincangkan “Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan: Kerangka Perlembagaan dan Perundangannya” telah diadakan pada 10 Ogos 2006 di Menara DBP. Ceramah tersebut merupakan lanju-tan daripada Ceramah Kefahaman Dasar Bahasa I yang diadakan pada 4 April 2006. Ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah Un-dang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari telah merungkaikan ketidakjelasan ter-hadap pindaan akta yang perlu dilaksanakan oleh DBP.

Dalam ceramah tersebut, beliau menegaskan persoalan bahasa Melayu perlu ditangani dengan memahami kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya kedudu-kan dan peranan bahasa Melayu. Meskipun Perlembagaan tersebut menyediakan kerangka yang long-gar tetapi sebenarnya cukup untuk

m e m u d a h k a n pelaksanaannya.

Menurut beliau, “Bagi meman-tapkan usaha memperkasakan bahasa Melayu agensi pelaksana seperti DBP perlu diberi kuasa ter-tentu. Hal ini kerana Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan itu sendiri membataskan penggunaan bahasa Melayu kepada hal-hal rasmi sahaja. Ada peruntukan-peruntu-kan tertentu dalam Perlembagaan yang dirangka hampir lima dekad lalu itu sudah tidak relevan dan perlu dimansuhkan. Maksud rasmi itu seharusnya diperluas maknanya agar sesuai dalam konteks hari ini.” Ceramah yang dihadiri oleh warga DBP dan pengguna bahasa itu dapat memperjelas masalah sebenar yang berpunca daripada tidak adanya dasar dan pelaksanaan yang tegas bagi melaksanakan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi nega-ra.

Keluhan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perun-dangan terserlah melalui petikan ucapan Y.A.A. Ketua Hakim Negara Malaysia, Y.A.A. Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim yang disampaikan oleh Y.A. Dato’ Bentara Istana, Nik Hashim Nik Ab. Rahman ketika berucap dalam Majlis Debat Perdana 2006 kali ke-7 yang berlangsung pada 26 Ogos 2006 di Dewan Seminar, Menara DBP.

Menurut beliau, “Kita semua harus sedar bahawa kesinam bung-an penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah penting sebagai satu cara bagi memartabatkan bahasa Melayu sekali gus memartabatkan bangsa dan negara Malaysia. Meskipun

bahasa Melayu telah dilaksanakan secara bersepadu di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi, tetapi di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, pengua-saan bahasa Melayu masih lagi belum menye-luruh. Hanya segelintir kecil pengamal undang-undang memilih untuk berhujah dalam bahasa Melayu. Selebihnya masih tegar berhujah “se kerat ular sekerat belut”.

Dalam Majlis Debat tersebut, Pasukan Hal Ehwal Pelajar Kuliah Undang-undang UIAM yang diwaki-li oleh Mohd. Daud Mat Din, Mohd. Hairi Mohd. Tahir, Nurul Husna Ahmad dan A’Akhiruddin @ Boy Acho berjaya menambat hati juri apabila menyampaikan hujah yang bernas dan meyakinkan ketika memperkatakan “Tatalaku moral harus dikuatkuasakan melalui undang-undang”. Mereka berjaya meraih Tempat Pertama dan mem-bawa pulang RM2000. Majlis Debat anjuran Majlis Peguam Malaysia dengan kerjasama DBP dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad ini akan lebih bermakna sekiranya disertai oleh karyawan undang-undang daripada pelbagai kaum seperti Cina dan India.

Sementara itu, pelbagai program penghayatan dan pemasyarakatan sastera kebangsaan kepada khala-yak dilaksanakan. Di Hotel Costa Rica @ Le Paris, Port Dickson ber-langsung Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006 pada 4 hingga 6 Ogos 2006. Seminar yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Y. B. Datuk Ismail Lassim wakil rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan ini dihadiri lebih 130 khalayak pelbagai kate-gori dari seluruh negara. Seminar anjuran DBP dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang membincangkan dasar bahasa, sastera, budaya dan pendidikan negara memperlihatkan sikap proaktif peserta terhadap isu yang diketengahkan, khususnya yang berkaitan dengan soal masa depan bahasa, sastera, budaya dan pen-didikan dalam Persuratan Melayu. Antara pemakalah Seminar terse-but ialah S.N. S. Othman K e l a n t a n (UPM), Y. Bhg. Dato’ B a h a r u d d i n Zainal dan SM Zakir (PENA), Y. Bhg. Dato’ A. Aziz Deraman (GAPENA), Dr. Mawar Shafei (UKM), Dr. Jelani Harun

(USM), Prof. Dr. H a j i Awang Sariyan (UPM) dan ramai lagi.

Sempena seminar ini, dua buah buku turut dilancarkan, iaitu Antologi Puisi Manuskrip Luka Bangsa selenggaraan Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman; dan Prosiding Persuratan dan Peradaban Nasional 2006 seleng-garaan Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir dan Shamsudin Othman.

Di satu majlis lain, Kementerian Pelajaran Malaysia muncul sebagai johan dalam Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian Kali Ke-3 2006 dan sekali gus meram-pas Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim daripada geng-gaman juara bertahan, Kementerian Penerangan Malaysia. Pertandingan yang berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu dianjurkan oleh DBP dan KeKKWA dengan kerjasama RTM ini turut disertai 14 buah kemente-rian lain. Kementerian Pelajaran yang diwakili oleh Encik Kamarul Arif Yusoff yang juga diumumkan sebagai pemantun terbaik, Puan Siti Zaileha Abdul Salam dan Encik Hazri Sabtu.

Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menya-takan bahawa, “Saya amat bangga dengan pelibatan para peserta yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mudah-mudahan pertan-dingan ini diharap dapat menjadi salah satu landasan kepada gerakan kebangsaan dalam memartabatkan seni sastera dan warisan bangsa”. Rata-rata tetamu yang hadir ter-hibur dengan telatah pemantun membeli dan menjual pan-

tun serta jenaka daripada jurupantun yang tidak asing lagi, Tuan Haji Chuari Selamat dari Klasik Nasional. Johan membawa pulang Piala Pusingan, sagu hati RM3000, piala iringan dan buku. Hadiah disampaikan oleh Menteri KeKKWA, Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Bagi menyuburkan lagi sema-ngat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-49, Pesta Puisi Patriotik Ke-7 berlang-sung pada 28 hingga 29 Ogos 2006 di Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya. Buat julung-julung kalinya, DBP dilibatkan bersama-sama dengan KeKKWA, Perbadanan Putrajaya, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Kelab Warisan Malaysia (KERIS) dan RTM sebagai pengan-jur bersama. Bait-bait puisi yang mengungkapkan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan menyemarakkan semangat cinta akan negara. Pesta yang ditaja sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini berte-makan ”Warganegara Patriotik”. Antara tokoh politik dan penggiat sastera yang hadir ialah Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Tan Sri Samsudin Osman, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie, Y.B. Datuk Wong Kam Hoong, Dato’ Noraini Ahmad, Y.B. P. Komala Devi, Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah, S.N. Dato’ A. Samad Said, Hajah Zaiton Haji Ajamain, Ras Adiba Radzi, Ahmad Ramli, Khalid Salleh, Ahmad Shukri Abdullah, Saroja Theavy Balakrishnan, Wan Ismalindawati

Wan Ismail, Yayasan Warisan Johor, ASWARA dan ramai lagi.

Sementara di Sabah dan Sarawak, Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) Peringkat Zon Sabah dan Sarawak berlangsung serentak pada 5 September 2006 di Dewan Hone, Institut Perguruan Kent di Sabah manakala di Sarawak berlangsung di Dewan Tun Ahmad Zaidee Adruce, Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching. Institut Perguruan Tun Abdul Razak yang menjuarai Pertandingan Peringkat Zon Sarawak dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah yang menjuarai Pertandingan Peringkat Zon Sabah akan bersa-ma-sama empat lagi Pemenang Zon Utara, Selatan, Timur dan Barat, iaitu Institut Perguruan Ipoh, Kolej Yayasan Melaka, Institut Perguruan Kota Bharu dan Kolej Profesional MARA Beranang ke Pertandingan Peringkat Akhir Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) bakal berlangsung pada 21 September 2006 di Auditorium DBP pada pukul 10.00 pagi. Hadiah Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM4000 dan cenderamata bakal dibawa pulang Johan Pertandingan.

Selain pameran yang berlang-sung dalam Ekspo BBSN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), program “Bicara Buku : Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif” karya Prof. Madya Dr. Mat Rofa membuka tirai Ekspo pada pagi 28 Ogos 2006. Buku ini mengupas ilmu falsafah yang menggabungkan tiga ilmu, iaitu sains tabii, matematik dan

metafizik. Penulis juga mengete-ngahkan satu pendekatan

nilai bersepadu yang menjadi intisari fal-safah pendidikan negara yang diamal-kan di Malaysia yang menekankan kesatu-an jasmani, emosi, rohani dan intelek. Buku yang berharga RM50 ini kini boleh didapati di Galeri Ilmu DBP dan kedai buku terpilih.

Satu lagi program yang dilaksanakan ialah Bicara Buku Tsunami: Grief Beyond Tears dibi-carakan oleh Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom pada 29 Ogos 2006 di tapak ekspo. Buku yang mema-parkan bencana terbesar dunia yang berlaku di Lautan Hindi yang mengorbankan lebih 200 000 mangsa dan 400 000 kehilangan saudara dan tempat bergantung termasuk ribuan kanak-kanak. Penulis menceritakan pengalaman beliau sendiri ketika menyertai misi kemanusiaan yang di gerakkan oleh Pertubuhan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) dan MERCY Malaysia. Buku tersebut bakal menemui pembaca pada penghujung tahun ini.

Penganjuran pel-bagai kegiatan sem-pena BBSN 2006 diharapkan dapat memupuk semangat rasa cinta dan megah bahasa dalam kala-ng an masyarakat di pelbagai pering-kat. Gabungan gah tiga serang-kai, Kementerian Pelajaran Malaysia, KeK KWA dan K e m e n t e r i a n Penerangan Malaysia yang menaungi BBSN pada kali ini diharap-kan dapat menyubur-kan semangat patrio-tisme dalam kalangan rakyat Malaysia se-iring dengan sambu-tan Hari Kemerdekaan negara sesuai dengan tema BBSN, ”Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia”.

Bahan sumbangan : Wan Patanah Wan Yussoff, Asiah Daud, Aminah Awang Basar, Fatimah Zainal, Niarwati Jepon, Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, Mohd. Jusoh Majid dan Malissa Ab. Malik.

SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASADAN SASTERA NEGARA

Halaman Lapan BERITA HARIAN Rabu, 20 September 2006 BERITA HARIAN Rabu, 20 September 2006 Halaman Sembilan