SAHSIAH GURU PI.pptx

12
KURSUS : PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM 3113) TAJUK: SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG CEMERLANG DARI SEGI PENAMPILAN DIRI , WATAK & SIKAP TERHADAP TUGAS DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD KHAIRI BIN JAMIL MOHD YASSIN BIN AZIZ PISMP PI SEMESTER 6

Transcript of SAHSIAH GURU PI.pptx

KURSUS : PROFESIONALISMA GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM 3111) TAJUK: SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG CEMERLANG DARI SEGI PENAMPILAN DIRI DAN WATAK, SIKAP TERHADAP TUGAS DAN HUBUNGAN INTER PERSONAL DAN KEPIMPINAN DISEDIAKAN OLEH : NURUL SHUHADA BINTI TALIB (900616-08-6118) PISMP PIBAPQ SEMESTER 6

KURSUS :

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM 3113)

TAJUK:

SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG CEMERLANG DARI SEGI PENAMPILAN DIRI , WATAK & SIKAP TERHADAP TUGAS

DISEDIAKAN OLEH :MUHAMMAD KHAIRI BIN JAMILMOHD YASSIN BIN AZIZ

PISMP PI SEMESTER 6

SAHSIAH GURU(perihal peribadi, sifat , watak, ciri-ciri, dan yang khusus terdapat pada seseorang guru)

PENAMPILAN DIRIPERWATAKAN SIKAP TERHADAP TUGAS Tutur bahasa yang berkesan

Pakaian yang menutup aurat

Kekemasan diri

Sabar

Memilki ilmu, kebijaksanaan dan kematangan

Zuhud dan Ikhlas

Ramah mesra

Humor

Kerjasama

Berintegriti

Bertanggungjawab

Komitmen

SAHSIAH GURU.Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2005), sahsiah bermaksud peribadi atau keperibadian. Peribadi pula bermaksud perihal peribadi, sifat , watak, ciri-ciri, dan yang khusus terdapat pada seseorang, bangsa, dan sebagainya. Guru pula bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ini bererti sahsiah guru merujuk kepada perihal peribadi, sifat , watak, ciri-ciri, dan yang khusus terdapat pada seseorang guru. Maka, konsep sahsiah guru dirumuskan sebagai segala apa yang ada pada seorang pendidik.PENAMPILAN DIRI. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005), penampilan membawa maksud perihal tindakan, usaha untuk menampilkan dan mengemukakan seseorang atau sesuatu.

Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainyaPAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DAN SOPANKEKEMASAN DIRI.TUTUR BAHASA BERKESAN.

Dalam aspek pemakaian beliau menjelaskan guru hendaklah memakai pakaian yang berbeza daripada murid. Jika penampilan guru sama dengan murid, boleh mengurangkan rasa hormat kepada dirinya.

Yang terpenting dalam berpakaian adalah menutup aurat. Beliau menganjurkan kepada guru untuk memakai pakaian yang rapi dan tidak berlebih-lebihan.

Pakaian seorang guru perlu kemas dan segak.

Bagi guru perempuan mereka dilarang memakai pakaian yang boleh menjolok mata atau seksi.

Sesuaikanlah pakaian guru dengan keadaan majlis.

Semasa mengajar pendidikan jasmani, guru perlu berpakaian sukan. Rambut perlu diurus dengan rapi supaya sentiasa kelihatan kemas.

Guru muslim perlu kata-kata yang baik lagi santun. Beliau menegaskan supaya jangan berucap kecuali mengeluarkan kata-kata yang indah lagi bernilai kerana murid-murid merakam kata-kata anda di dalam memori ingatannya.

PERWATAKAN.Perwatakan dan personaliti mempunyai maksud yang sama.pengertian ini dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi ketiga (2005), personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992), pula membuat kesimpulan bahawa personaliti ialah sesuatu yang dimiliki, iaitu atribut atau sifat dalaman (batiniah) yang ada pada diri seseoarang. Kewujudan sesuatu sifat itu dapat diketahui dan dapat dilihat serta dilabel oleh orang lain, seperti baik hati, tekun, bengis, pendiam, pelawak, dan lain-lain.

ZUHUD DAN IKHLASGuru, Pendidikan Islam seharusnya memiliki pelabagi pengetahuan Islam secara mendalam, terutama dalam mendalami mata pelajaran yang di ajar. Mereka juga hendaklah mempunyai pelbagai jenis ilmu pengetahuan sampingan yang lain seperti psikologi, sosiologi, sejarah, bahasa dan kesusateraan dan kewibawaan diriMenyampaikan ilmu secara sukarela dan ikhlas semata-mata untuk mendapat keredaan Allah merupakan suatu jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam. Guru perlulah bersikap sabar kerana individu yang stabil emosinya, lazimnya dapat mengawal diri sendiri. Dia juga dapat mengatasi masalah dan cabaran dengan tenang. Kelas tidak akan ceria tanpa ada unsur-unsur kelakar. Guru perlu mewujudkan suasana kelas yang ceria bagi menghalang perasaan tertekan pelajar.

MEMILIKI ILMU, KEBIJAKSANAAN DAN KEMATANGANHUMOR

SABARRAMAH MESRADapat mewujudkan hubungan baik, atau rapport di antara guru dengan murid-muridnya. Secara tidak langsung, ini mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan dalam bilik darjah.SIKAP TERHADAP TUGAS.Tuan Mohd. Fadlan Tuan Jaafar (2006), menjelaskan bahawa guru perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jujur. Mohammad Shatar Sabran et al (2006) pula mengaskan bahawa pendidik yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa memastikan setiap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya dilakukan dengan penuh komitmen dan tanpa ada perasaan menyesal, mengeluh dan membebankan.Tugas dan tanggungjawab guru kepada pelajar ialah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi semasa berada di dalam kelas. Hadir ke sekolah perlu tepat pada waktunya. Patuhi jadual waktu dan menjalankan pengajaran mengikut apa yang dirancangkan.Semangat berpasukan memastikan terjadinya pengemblengan tenaga, imaginasi, penyatuan kreativiti, sikap dan sifat keterbukaan bagi memberi dan menerima teguran ke arah peningkatan kualitiIntergriti merupakan gabungan dari moral dan nilai. Guru mengajar penuh dengan berintegriti bererti dia mengajar dari lubuk hatinya yang dalam, Istilah lain baginya dedikasi. Menurut beliau, seseorang yang komited kepada perjuangannya tidak mungkin berkompromi atas soal prinsip. Dia sanggup berkorban apa sahaja.BERINTEGRITIBERTANGGUNGJAWAB

KERJASAMA KOMITMENKARAKTER GURU BERJAYA oleh:Mahmud Khalifah dan Usamah Quthub (2011)

Selalu bersedia untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bahan pelajarannyaMengenal dengan baik sarana-sarana (bahan) moden dalam pendidikanMemiliki sikap inovatif dan kreatifBersikap objektifMurid-murid merasa dihormati dan dihargai ketika bersamanyaMengetahui beberapa karakter pertubuhan jiwa para murid

Tingkah laku guru yang mendapat reaksi negatif daripada pelajarOleh: Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992)Pilih kasih

Tidak menyukai pelajar.

Menyindir dan memperkecilkan pelajar

Melabel murid

Terlalu garang.

Mendera murid secara keterlaluan

Pagar makan padi

Tidak mengetahui atau mengenali pelajar

PENUTUPSahsiah yang terbaik untuk dijadikan contoh ialah peribadi Rasulullah. Sebagaimana diterangkan dalam firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 :

Terjemahan : dan Bahawa Sesungguhnya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak Yang amat mulia.

Tambahan pula, guru Pendidikan Islam mempunyai tanggungjawab yang lebih dalam membawa dakwah keindahan akhlak islamiah bagi menyebarkan syiar Islam di atas muka bumi ini.