sains 12.0

5
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : 5 Bestari Tarikh /Hari : 07 April 2015 (Khamis) Masa : 9.45 pagi – 10.45 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 28 orang Kehadiran Murid : Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Tumbuhan Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 4.1 Kemandirian spesies tumbuhan Standard Pembelajaran : 4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media. 4.2.3 Menaakul kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menghubungkaitkan cara pencaran tumbuhan dengan ciri- ciri biji benih atau buah. 2. Menulis kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Aktiviti P&P : 1) Bersoaljawab dengan guru berkaitan dengan pembelajaran lepas. 2) Mengulangkaji pembelajaran lepas dalam tajuk Proses Hidup Tumbuhan. 3) Menjalankan pertandingan biji benih helicopter. 4) Membina kesimpulan tajuk Proses Hidup Tumbuhan. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari cara tumbuhan memencarkan biji benih dan buah.

description

rph kepentingan kemandirian spesies tumbuhan

Transcript of sains 12.0

Mata Pelajaran: Dunia Sains dan TeknologiKelas: 5 BestariTarikh /Hari: 07 April 2015 (Khamis)Masa: 9.45 pagi 10.45 pagi (60 minit)Bilangan Murid: 28 orangKehadiran Murid :Tema: Sains HayatTajuk: Proses Hidup Tumbuhan

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat4.1 Kemandirian spesies tumbuhanStandard Pembelajaran :4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media. 4.2.3 Menaakul kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menghubungkaitkan cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah. 2. Menulis kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. Aktiviti P&P :1) Bersoaljawab dengan guru berkaitan dengan pembelajaran lepas. 2) Mengulangkaji pembelajaran lepas dalam tajuk Proses Hidup Tumbuhan.3) Menjalankan pertandingan biji benih helicopter. 4) Membina kesimpulan tajuk Proses Hidup Tumbuhan. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempelajari cara tumbuhan memencarkan biji benih dan buah.

Kemahiran Saintifik : KPS memerhati , membuat inferens, berkomunikasi, mengelas, komunikasi, mentafsir maklumat, perhubungan ruang dan masa dan meramal. Kemahiran Berfikir : mencirikan, menganalisis, menjana dan menghasilkan idea baru, menghubungkait, Sikap Saintifik dan Nilai Murni : yakin dan berani, sifat ingin tahu, bekerjasama, bertolak ansur, minat, rasional dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan. Sumber P&P : Kad manila, gunting dan tanah liat. Refleksi :1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P

___________________________________________________________

2. Tindakan susulan (pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan)

______________________________________________________

Fasa/ Masa

KandunganAktiviti P&PCatatan

Orientasi

(5 minit)Mengulang semula pembelajaran lepas.

1. Apa khabar murid-murid semua? CJ: Khabar baik Cikgu. 2. Ada murid yang tidak sihat?CJ: Tiada/Ada3. Sekiranya ada yang tidak sihat, murid-murid boleh berjumpa dengan Cikgu untuk urusan rawatan.

2. Apakah yang telah kita belajar di kelas yang lepas? CJ: i. Cara tumbuhan memencarkan buah atau biji benihii. Ciri-ciri tumbuhan

Aktiviti : Mengulang semula pembelajaran lepas

1. Guru bertanya khabar murid 5 Bestari 2. Murid memberikan respon kepada guru seperti yang dilihat. 3. Guru bertanya kepada murid tajuk pembelajaran lepas iaitu cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah bagi memastikan kemandirian spesies. 4. Murid menerangkan pembelajaran lepas dengan bimbingan guru. KB: Mencirikan dan menganalisis

KPS: Memerhati dan membuat inferens

Nilai Murni: yakin dan berani

Pencetusan Idea

(10 minit)Ulangkaji tajuk agen pencaran dan ciri-ciri buah yang dipencarkan.

Penyoalan: 1. Bagaimanakah cara tumbuhan memencarkan buah atau biji benih? CJ: i. Melalui anginii. Melalui airiii. Melalui manusia/haiwaniv. Mekanisme letupan

2. Apakah contoh buah atau biji benih yang dipencarkan melalui agen pencaran tersebut? CJ: i. Contoh tumbuhan yang boleh diterima.

Berdasarkan contoh tumbuhan, apakah ciri-ciri tumbuhan yang disebarkan oleh agen pencaran? CJ: * Jawapan murid yang boleh diterima.

Aktiviti : Ulang semula pembelajaran lepas

1. Guru menyoal murid secara individu bagaimanakah tumbuhan memencarkan biji benih. 2. Murid menjawab soalan guru. 3. Guru menyoal murid contoh buah yang dipencarkan dengan agen pencaran. 4. Murid menjawab soalan guru. 5. Guru menyoal murid ciri-ciri tumbuhan yang dipencarkan oleh agen pencaran. KB: menjana dan menghasilkan idea baharu.

KPS: Berkomunikasi

Nilai murni: Sifat ingin tahu

Penstrukturan Idea

(25 minit)Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah

Arahan. 1. Kita akan membina biji benih helicopter dimana semua kumpulan akan diberikan 2 kad manila. 2. Murid diminta untuk mengikuti arahan guru. 3. Cipta helicopter berdasarkan arahan guru. 4. selesai membina helicopter dalam kumpulan, murid-murid diberi peluang untuk mencuba di kelas dahulu. 5. Semua akan mendapat tanah liat dan letakkan di bawah helicopter. 6. beberapa orang murid diminta untuk menunggu di aras bawah untuk menyambut helikopter biji benuh. 7. 2 orang murid dalam kumpulan pula diminta untuk menjatuhkan helikopter.

Aktiviti: Kuliah

1. Guru memberikan kad manila kepada murid-murid. 2. Guru memberikan arahan kepada murid untuk langkah pertama, kedua dan seterusnya untuk membina helikopter biji benih. 3. Murid membuat langkah demi langkah penciptaan helikopter. 4. Beberapa orang murid dipilih dalam kumpulan untuk mencuba melepaskan helikopter. 5. Beberapa orang murid pula diminta untuk menunggu di aras bawah bangunan bagi memastikan helikopter biji benih tiba di bangunan bawah dengan selamat. 6. 2 orang murid akan diberi peluang melepaskan helikopter biji benih. KB: Menjana idea, mencirikan

KPS: Memerhati dan mengelas

Sumber P&P: kad manila, tanah liat, gunting dan pembaris.

Nilai murni: Bekerjasama, bertolak ansur.

Aplikasi

(15 minit)Menjawab soalan lembaran kerja.

1. Murid diberikan masa 10 minit untuk menjawab lembaran kerja masing-masing. 2. Sila semak jawapan lembaran kerja dengan Cikgu. 3. Betulkan lembaran kerja sekiranya salah. 4. Lekatkan lembaran kerja di dalam buku.

Jenis Aktiviti : Menjawab lembaran kerja

1. Guru memberi masa 10 minit kepada murid untuk menjawab lembaran kerja dengan betul. 2. Murid menyemak jawapan lembaran kerja yang telah dijawab tdi. 3. Guru memastikan lembaran kerja selesai siap dan diisi dengan betul berdasarkan ciri-ciri tumbuhan. 4. Murid melekatkan lembaran kerja di dalam buku.

KB: Menjana idea, menghubungkait, menganalisis

KPS: Komunikasi dan mentafsir maklumat.

Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu

Sumber P&P: lembaran kerja

Refleksi

(5 minit)Rumusan isi pelajaran

Tumbuhan memastikan kemandirian spesies.

Penyoalan:

1. Apakah kepentingan pencaran kepada tumbuhan? CJ: i. Mengelakkan persaingan. ii. Tumbuhan yang terlalu padat di sesuatu kawasan. iii. Tumbuhan hidup sihat

2. Kesimpulanya, adalah amat penting bagi manusia membantu tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

Jenis Aktiviti : Penyoalan & kesan tumbuhan tidak mampu memencarkan biji benih.

1. Guru memberikan soalan kepada murid bagi tujuan memastikan kefahaman mereka. 2. Murid disoal secara individu. 3. Setiap kumpulan akan disoal. Murid yang tidak dapat menjawab akan diminta duduk sehingga soalan berjaya dijawab oleh ahli yang lain. 4. Guru memberikan peluang kepada murid untuk menjawab soalan. 5. Guru memberikan kesimpulan tajuk Proses Hidup Tumbuhan. KB: menjana idea dan menaakul

KPS: perhubungan ruang dan masa, komunikasi dan meramal

Nilai: rasional, mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.