Sains B6D4E1

20
~PENCEMARAN AIR~ KELAS: 2 KRK 1 EVIDENS: B6D4E1 NAMA GURU:PUAN HAMIDA NAMA: NASRIAATUL NATASHA BINTI MOHAMMED

Transcript of Sains B6D4E1

Page 1: Sains B6D4E1

~PENCEMARAN AIR~

KELAS: 2 KRK 1EVIDENS: B6D4E1NAMA GURU:PUAN HAMIDA

NAMA: NASRIAATUL NATASHA BINTI MOHAMMED

Page 2: Sains B6D4E1

Air ialah sumber asas bagi semua hidupan. Banyak fenomena alam tidak akan wujud tanpa air. Namun begitu, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.

..PENDAHULUAN..

Page 3: Sains B6D4E1

..DEFINISI..

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia. Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.

Page 4: Sains B6D4E1

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN AIR

Page 5: Sains B6D4E1

..Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang

dirawat..

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Page 6: Sains B6D4E1

Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan

sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

Page 7: Sains B6D4E1

Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

Page 8: Sains B6D4E1

Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Page 9: Sains B6D4E1

Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

Page 10: Sains B6D4E1

~CARA-CARA MENJIMATKAN

PENGGUNAAN AIR~

Page 11: Sains B6D4E1

1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

TANDAS

3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Page 12: Sains B6D4E1

1. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.2. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.3. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

BILIK MANDI

Page 13: Sains B6D4E1

DAPUR

1. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.2. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.3. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk4. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir . 5.Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Page 14: Sains B6D4E1

~PEMBERSIHAN AIR~

Page 15: Sains B6D4E1

Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

KAEDAH PEMBERSIHAN AIR

Page 16: Sains B6D4E1

Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut. 

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai.

Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut.

PEN

UR

AS

AN

Page 17: Sains B6D4E1

Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup.

Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut.

PEN

DID

IHA

N

Page 18: Sains B6D4E1

Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup.

Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut.

PENGKLORINAN

Page 19: Sains B6D4E1

Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut

Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badanP

EN

YU

LIN

GA

N

Page 20: Sains B6D4E1

~TAMAT~

AKHIR KATA, MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA ALAM

SEKITARAGAR PENCEMARAN AIR TIDAK

BERLAKU DI NEGARA KITA…