Sains Kertas 1 Ting 4

15
1 W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah merupakan turutan langkah yang betul? A Z, W, Y, X B W, Z, Y, X C Z, Y, W, X D Y, Z, W, X 2 Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji? A Melakukan eksperimen B Mengenal pasti masalah C Membuat inferens D Membuat kesimpulan 3 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat? A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas B Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan C Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan 4 Antara fenomena berikut, yang manakah bukan fenomena alam? A Berkelah di tepi pantai B Bulan mengeliling Bumi C Gempa bumi D Pasang surut lautan 5 Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali A deria rasa B deria sentuh C deria penglihatan D deria pendengaran 6 Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik? I Meramal II Memerhati IIi Mensyukuri A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III 2 W : Membuat hipotesis X : Mengumpulkan data Y : Mengawal pemboleh ubah

description

aaa

Transcript of Sains Kertas 1 Ting 4

Page 1: Sains Kertas 1 Ting 4

1

W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah merupakan turutan langkah yang betul?A Z, W, Y, XB W, Z, Y, XC Z, Y, W, XD Y, Z, W, X

2 Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?A Melakukan eksperimenB Mengenal pasti masalahC Membuat inferens D Membuat kesimpulan

3 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?A Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah

dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balasB Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikanC Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan D Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan

4 Antara fenomena berikut, yang manakah bukan fenomena alam? A Berkelah di tepi pantai B Bulan mengeliling Bumi C Gempa bumi D Pasang surut lautan

5 Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali A deria rasa B deria sentuh C deria penglihatan D deria pendengaran

6 Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik? I Meramal II Memerhati IIi Mensyukuri A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III

2

W : Membuat hipotesis

X : Mengumpulkan data

Y : Mengawal pemboleh ubah

Page 2: Sains Kertas 1 Ting 4

7 Antara berikut, yang manakah merupakan sikap saintifik dan nilai murni?I Berfikir kritikal dan analitisII RasionalIII Minat dan bersifat ingin tahuA I dan II sahajaB I dan III sahajaC II dan III sahajaD I, II, dan III

8

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut, yangmanakah mewakili sel-sel saraf tersebut?

9 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?

A BatukB MendengarC MembauiD Bercakap

10 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang saraf tunjang?A Jirim kelabu terletak di sebelah luar jirim putihB Merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusatC Bersambung dengan medula oblongataD Mengawal tindakan refleks

11 Bahagian otak yang manakah mengawal minda seseorang?A SerebrumB SerebelumC Medula oblongata

D Saraf spina

12 Antara berikut, yang manakah bukan suatutindakan luar kawal?A Penganalisaan maklumatB Pengawalaturan suhu badanC Rembesan air liurD Peristalsis dalam usus

13 Kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid akan mengakibatkan

3

P Q

P Q

A Neuron deria Neuron perantaraanB Neuron perantaraan Neuron motor

C Neuron motor Neuron deriaD Neuron motor Neuron perantaraan

Page 3: Sains Kertas 1 Ting 4

A kadar metabolisme dipercepatkanB penyakit goiterC perkembangan otak kanak-kanak terencatD perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat

14 Kesan alkohol kepada manusia termasuklah I sirosis hati II gangguan tindakan terkawalIII ulser perutA II sahajaB III sahajaC I dan III sahajaD I, II, dan III

15 Anak lelaki mewarisi kromosom Y daripada A bapanya B datuknya C ibunya D ibu dan bapa

16bilangan

Rajah 2

Rajah 4 menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling mungkin digambarkan oleh graf tersebut ialahA berat badan

B warna iris C jenis cap jari D kumpulan darah

17 Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaranA Warna kulitB Kumpulan darahC Jenis cap ibu jariD Kebolehan menggulung lidah

4

sifat

Page 4: Sains Kertas 1 Ting 4

18

Rajah 3

Rajah 7 di atas menunjukkan histogram bagi suatu ciri-ciri pelajar dalam satu kelas. Antara berikut, yang manakah mungkin ciri-ciri itu ?

I Ketinggian badan II Kepintaran otak

III Warna kulitA I sahajaB I dan II sahaja C II dan III sahajaD I, II, dan III

19 Antara berikut, yang manakah hasil penyelidikan genetik dalam pertanian di Malaysia ? I Pokok getah Pohon Tunggal Teras II Selembu

III Kelapa sawit Tenera

A I sahajaB I dan II sahajaC I dan III sahajaD I, II, dan III

20 Antara berikut, yang manakah variasi selanjar yang terdapat pada manusia ? I Lebar bahu II Warna kulit

III Kumpulan darahA I sahajaB III sahajaC I dan II sahajaD I, II, dan III

5

Page 5: Sains Kertas 1 Ting 4

21 K O

L P

N Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan perubahan keadaan fizik jirim. Antara proses berikut, yangmanakah melibatkan pembebasan tenaga haba? A K, M, P B L, N, O C L, M, P D L, M, O

22Jadual 1 di sebelah menunjukkan zarah-zarah yang terdapat dalam atom dengan casnya. Antara berikut, yang manakah zarah X, Y, dan Z? X Y ZA Neutron Elektron ProtonB Elektron Proton NeutronC Proton Elektron NeutronD Proton Neutron Neutron

23 Suatu atom mempunyai 9 elektron dan nombor nukleon 19. Berapakah bilangan neutron bagi atom itu?

A 9 B 10 C 19 D 28

24 Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan suatu bahan bukan logam? A Membuat mancis B Membasmi kuman dalam loji air C Sebagai bahan api D Membuat dawai

6

Gas

CecairPepejalM

Zarah CasX Negatif

Y Positif

Z Neutral

Page 6: Sains Kertas 1 Ting 4

Soalan 8 dan 9 berdasarkan Rajah 2 di bawah.

25

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan beberapa unsur yang terletak dalam jadual berkala. Antara unsur berikut, yang manakah merupakan halogen?

A RB SC TD U

26 Antara pasangan unsur berikut, yang manakah apabila bergabung akan mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan?

A R dan W B R dan U

C W dan T D T dan U

27 Suatu atom neutral mempunyai nombor atom 17. Dapat dibuat kesimpulan bahawa atom itu mempunyai

I 17 neutron II 17 elektron III nombor jisim 34

A II sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II, dan III

28 Antara berikut, yang manakah adalah sama bagi unsur-unsur sepasang isotop?

I Bilangan proton II Bilangan neutron III Bilangan elektron

A I sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III

7

R

S

W

T

V

U

Page 7: Sains Kertas 1 Ting 4

29

Rajah 3Rajah 3 di atas menunjukkan perubahan jirim bagi suatu bahan. Antara berikut, yang manakah berlaku semasa perubahan jirim itu?

I Zarah-zarah membebaskan tenagaII Daya tarikan antara zarah-zarah dilemahkanIII Zarah-zarah terbebas ke udara

A III sahajaB I dan II sahajaC I dan III sahajaD II dan III sahaja

30 Antara berikut, yang manakah benar tentang pepejal?

I Zarah-zarahnya bergerak bebas II Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuatIII Tenaga kinetik zarah-zarahnya bergantung pada suhuA I dan II sahajaB I dan III sahajaC II dan III sahajaD I, II, dan III

31 Antara berikut, yang manakah sifat logam?

I Mengalirkan elektrikII Tidak larut dalam pelarut organik III Mempunyai daya tarikan antara zarah yang kuat

A I dan II sahajaB I dan III sahajaC II dan III sahajaD I, II, dan III

8

Page 8: Sains Kertas 1 Ting 4

P

Q

R

ST

Logam

= Ada tindak balas X = Tiada tindak balas

32

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah mewakili terminal positif dan negatif sel kering itu?

Terminal positif Terminal negatifA P TB Q SC R TD T R

33Tindak balas denganstim asid cair

P Q X R X X

Antara berikut, yang manakah merupakan susunan tertib kereaktifan secara menaik bagi logam P, Q,dan R?AP, Q, RBP, R, QCR, Q, PDQ, R, P

9

Page 9: Sains Kertas 1 Ting 4

elektrodkarbon

larutan

kuprum klorida

Logam

= Ada tindak balas X = Tiada tindak balas

Kertas litmus biru

Butir natrium

air

34

Rajah 4 di atas menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses elektrolisis ke atas larutan kuprum klorida. Pada akhir eksperimen, didapati

A gas tidak berwarna terkumpul dalam tabung ujiB pepejal perang terenap pada katodC warna biru larutan menjadi semakin tuaD pepejal kelabu terenap pada dasar bikar

35Tindak balas denganstim asid cair

P Q X R X X

Antara berikut, yang manakah merupakan susunan tertib kereaktifan secara menaik bagi logam P, Q,dan R?A P, Q, RB P, R, QC R, Q, PD Q, R, P

36

Rajah 5

Rajah 5 di atas menunjukkan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji tindak balas natrium dengan air. Antara berikut, yang manakah tidak berlaku?

A Natrium bergerak pantas di permukaan airB Kertas litmus biru bertukar kepada merahC Gas hidrogen terbebasD Natrium meletup dengan nyalaan kuning

10

Rajah 4

Page 10: Sains Kertas 1 Ting 4

kunci besi

kepingan

nikelLarutan besi nitrat

37 Bijih timah diekstrak melalui pemanasan bersamanya dengan karbon kerana A karbon lebih reaktif daripada timah B timah bertindak balas cergas dengan karbon C suhu yang rendah diperlukan untuk memulakan tindak balas D karbon menyingkirkan bendasing daripada timah dengan cepat

38 Suatu larutan kuprum klorida pekat dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod karbon. Didapati A gas tidak berwarna terbebas di anod B gas kuning kehijauan terbebas di katod C pepejal kelabu terenap di dasar bikar D warna biru larutan menjadi semakin pudar

39

Rajah 13

Rajah 13 menunjukkan radas yang disediakan untuk menyadurkan kunci besi dengan nikel. Apakah kesilapan eksperimen ini? IKunci besi dan kepingan nikel harus ditukarkan tempat IILarutan besi nitrat harus digantikan dengan larutan nikel nitratIIIAmmeter dan reostat tersalah sambungAI sahajaBII sahajaCI dan II sahajaDII dan III sahaja

40 Antara berikut, yang manakah berlaku dalam suatu perubahan kimia? IBahan baru terbentuk IIBiasanya haba diserap atau dibebaskan IIIIa mudah berbalik A I sahaja B III sahaja C I dan II sahaja D II dan III sahaja

41 Karbon digunakan untuk pengekstrakan besi daripada bijih besi kerana I karbon murah dan mudah didapati II karbon dioksida yang dihasilkan mudah disingkirkan IIIl ogam lain tidak boleh menurunkan bijih besi AII sahaja BI dan II sahaja CI dan III sahaja DI, II, dan II

11

reostat ammeter

Page 11: Sains Kertas 1 Ting 4

Y

X

Z

42

Rajah 14

Rajah 14 di atas menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah salah dipadankan? IX ialah anod IIY ialah katodIII Z ialah elektrolitAI sahajaB III sahajaCI dan II sahajaDI, II, dan III

43 Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan bateri asid-plumbum? I BeratII Asidnya mudah tertumpahIII Tidak dapat dicas semulaA II sahajaB I dan II sahajaC I dan III sahajaD II dan III sahaja

44 Bahan radioaktif paling selamat disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripadaA besiB aluminiumC getahD plumbum

45 Antara berikut, yang manakah tidak disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif ?A Kanser

B Kemandulan C Kecacatan fetus D AIDS

46 Antara berikut, yang manakah bukan suatu kegunaan bahan radioaktif ?A Memandulkan serangga perosak

BMengesan keberkesanan baja pertanian C Merawat penyakit jantung D Mengesan kebocoran paip bawah tanah

47 Sinar gama boleh dihentikan oleh

12

Page 12: Sains Kertas 1 Ting 4

I tembok konkritII sekeping aluminium yang nipisIII sehelai kertasA I sahajaB III sahajaC I dan II sahajaD II dan III sahaja

48

Rajah 1

Skrin putih dalam Rajah 1 di atas digerak ke hadapan dan ke belakang supaya satu imej yang tajam terbentuk padanya. Apakah ciri-ciri imej itu ?A Mengecil dan tegakB Membesar dan terbalikC Mengecil dan terbalikD Membesar dan tegak

49 Kebiruan langit disebabkan oleh proses A penyebaran cahaya B pantulan cahaya C penyerakan cahaya D penolakan cahaya

50 Antara warna berikut, yang manakah tidak boleh diperoleh melalui pencampuran warna-warna yang berlainan ? I Hijau II Ungu III Jingga A I sahaja B II sahaja C I dan III sahaja D II dan III sahaja

-KERTAS SOALAN TAMAT-

13

skrin putih

kanta

pemegang

kanta

sinar

cahaya