sains rph

download sains rph

of 12

description

wer

Transcript of sains rph

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN5.1 Rancangan Pengajaran Harian Model 5 Fasa NeedhamTarikh:11.9.2012Masa: 11.40 pagi hingga 12.40 pagiKelas:5 BestariKehadiran :16 orangSubjek:SainsTema:Menyiasat Bumi dan Alam SemestaTopik:Fasa Bulan Objektif pembelajaran: Murid dapat menggunakan perhubungan ruangdan masa untuk menggambarkan fasa bulan dalam satu edaran yang lengkapHasil Pembelajaran:Di akhir sesi pembelajaran ini:a) Domain Kognitifi. 100 % murid dapat menyatakan dengan tepat bahawa Bulan tidak menghasilkan cahaya tanpa bimbingan guru.ii. 90 % murid dapat menjelaskan bahawa Bulan kelihatan terang kerana ia memantulkan cahaya matahari dengan betul tanpa merujuk.iii. 80 % murid dapat menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menjelaskan fasa Bulan dalam satu edaran yang lengkap

b) Domain Psikomotori) 90% murid dapat melukis sekurang-kurangnya 3 daripada 4 jenis fasa bulan dengan betul tanpa bimbingan guru.c) Domain afektifi) 100% murid dapat memerihalkan keindahan malam semasa bulan purnama.Pengetahuan sedia ada :1. Murid telah mempelajari bulan adalah satelit semula jadi Bumi. Bulan adalah lebih kecil daripada Bumi dalam topik Sistem Suria semasa di Tahun 5.2. Bulan berputar mengelilingi Bumi dan pada masa yang sama juga Bulan mengelilingi Matahari bersama Bumi dalam topik Sistem Suria semasa di Tahun 5.3. Bulan juga berputar pada paksinya dan pada masa yang sama juga Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam topik Sistem Suria semasa di Tahun 5.

Kemahiran Saintifik:i) Memerhatiii) Berkomunikasiiii) Menggunakan perhubungan ruang dan masaiv) Meramalv) Membuat inferens

Kemahiran Manipulatif: i) Melukis bentuk Bulan dalam fasa Bulan dengan tepat.

Kemahiran Berfikir:i) Menjana ideaii) Membuat kesimpulaniv) Membuat gambaran mentalv) Menghubung kaitvi) Membuat inferensvii) Mencirikan

Sikap Saintifik dan Nilai Murni:i) Bekerjasamaii) Berfikir secara rasionaliii) Sistematikiv) Berani mencubav) Mensyukuri ciptaan Tuhan

Penggabung jalinan: Inter Matematik, Kajian Tempatan dan Pendidikan SeniIntra Pergerakan Bumi dan Bulan mengelilingi Matahari

Sumber pengajaran dan pembelajaran : i) Komputer ribaii) LCD projektoriii) Speakeriv) Skrinv) Audiovi) Videovii) Lembaran kerjaviii) Slaid powerpointix) Roda Fasa Bulanx) Model Bumixi) Bola ping pongxii) Lampu suluhxiii) Kertas sebakxiv) Laman web Lunar Phase Simulatorxv) Kad-kad gambar Bulanxvi) Buku teks Sains Tahun 5xvii) Buku rujukan Sains Tahun 5xviii) Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5

Kecerdasan Pelbagai:i) Interpersonalii) Kinestetikiii) Logikal matematikiv) Visual dan Ruangv) Muzik

FASA/ MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANULASAN/ CATATAN

Orientasi (5 minit) Guru menggambarkan dirinya sebagai Bulan

Nyanyian Lagu Ambilkan bulan, bu

Bulan adalah satelit semula jadi Bumi.

Bulan adalah lebih kecil daripada Bumi.Diameter Bulan ialah lebih kurang 3476 km, iaitu suku daripada diameter Bumi.

Guru:Sebelum memulakan pengajaran guru memakai topeng Bulan Sabit. Guru membuat pergerakan seperti menggerakkan badan ke kiri dan kanan serta memusingkan kepala untuk menyimbolkan dirinya sebagai Bulan.Guru menyoal:1. Soalan guru: Baik, murid-murid perhatikan cikgu. Apakah perasaan anda semasa memerhatikan tindakan saya?

Guru mengarahkan semua murid untuk berdiri dan menyanyi bersama-sama lagu yang dimainkan. Lirik lagu diedarkan kepada semua. Selepas menyanyi guru terus menyoal.

Guru menyoal:2. Soalan guru: Apakah satelit semula jadi Bumi. Angkat tangan anda dan cuba jawab.

3. Soalan guru: Apakah saiz Bulan? Cuba jawab dengan berani.

Murid:1. Murid-murid menyanyikan lagu dengan kuat dan bersemangat.2. Murid yang ingin menjawab akan mengangkat tangan sertamengangat tanganan jawab..n senyap dan kan mereka untuk memerhatikan semua peralatan yang menggunakan elektrik dalam bilik memberikan respons secara lisan terhadap soalan guru. Kemahiran Proses Sains (KPS): pemerhatian dan membuat inferens

KBKK: menghubung kait, menjana idea

Sikap saintifik dan nilai murni (SSNM): berfikir secara rasional

Sumber p&p: Komputer riba, LCD projektor, skrin, speaker, audio

Audio (Lampiran)

Kecerdasan pelbagai: Interpersonal dan muzik

Pencetusan Idea (10 minit)Bulan berputar mengelilingi Bumi dan pada masa yang sama juga Bulan mengelilingi Matahari bersama Bumi.

Bulan berubah bentuk pada setiap malam kerana fenomena fasa Bulan berlaku.

Menonton klip video animasi fasa Bulan.

Perubahan bentuk bulan sepanjang bulan disebut fasa Bulan.Empat fasa bulan ialah anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama.

Guru:Guru mengingatkan kembali topik lepas yang telah dipelajari. Guru menyoal:

1. Soalan guru: Bagaimanakah pergerakan Bulan?

Guru mengarahkan semua murid untuk memejamkan mata dan guru menyoal:

2. Soalan guru: Bagaimanakah bentuk Bulan pada setiap malam?

Guru menayangkan klip video animasi dan mengarahkan murid untuk berikan perhatian.

Guru bertanyakan perasaan murid-murid selepas mereka selesai menonton video tersebut.

Kemudian, guru memperkenalkan tajuk pelajaran dan menulisnya di papan tulis serta mengarahkan semua murid menulis tajuk tersebut dalam buku Nota Sains 1 mereka.

Guru memulakan pengajaran dengan menulis nama-nama fasa Bulan di papan hitam iaitu, fasa Bulan anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama. Guru menyebutkan perkataan secara lisan dan murid mengikut sebutan guru.

Guru mengarahkan untuk membentuk 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang murid dalam satu kumpulan.

Guru menyoal:1. Arahan guru: (Guru menepuk tangan 3 kali untuk dapatkan perhatian murid). Murid-murid, cikgu hendak kamu membentuk 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang dalam satu kumpulan.

Murid:1. Murid mengangkat tangan dan menjawab soalan guru secara lisan. 2. Murid memejamkan mata serta memberikan respons secara lisan dan mereka menonton video dengan teliti. Mereka berkongsi perasaan dengan guru.3. Murid menulis tajuk pelajaran dalam buku nota masing-masing.KBKK: membuat gambaran mental, membuat inferens, menjana idea, menghubung kait

Kecerdasan pelbagai: Visual dan ruang

SSNM: berani mencuba, bekerjasama, berfikir secara rasional, sistematik

Sumber pengajaran: komputer riba, LCD projektor, skrin, klip video, speaker dan lembaran kerja

Video (Lampiran)

Penstrukturan Semula Idea(30 minit)Empat fasa Bulan ialah anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama.

Tayangan slaid powerpoint.

i. Bulan tidak memancarkan cahaya.ii. Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi.iii. Apabila Bulan beredar mengelilingi Bumi, bentuk Bulan kelihatan berubah-ubah.iv. Perubahan bentuk Bulan sepanjang bulan disebut fasa Bulan.v. Bulan mengambil masa lebih kurang 29 1/2 hari untuk melengkapkan kitaran semua fasa.vi. Bulan kelihatan seperti bulan purnama apabila Matahari dan Bulan berada pada sisi Bumi yang bertentangan.

Jawapan soalan pertama guru: Bulan mempunyai orbitnya sendiri dimana Bulan akan mengelilingi Bumi di atas orbitnya sendiri.Jawapan soalan kedua guru: Bulan tidak kelihatan pada waktu siang kerana ia tidak menerima cahaya dari Matahari.Jawapan soalan ketiga guru: Bulan tidak memancarkan cahayanya sendiri tetapi Bulan memantulkan cahaya Matahari ke Bumi.

Menampalkan kad bergambar atas kertas sebak

i. Takwim Qamari ialah kalendar yang dibuat berdasarkan fasa Bulan.ii. Anak bulan ialah fasa pertama bagi fasa Bulan.iii. Bulan mengalami fasa bulan purnama pada hari ke-15 dalam takwim Qamari.

Guru:Guru mengarahkan semua murid duduk di tempat masing-masing. Guru minta murid-murid fokus pada pembelajaran hari ini.

Guru menggunakan Roda Fasa Bulan untuk mengenalkan setiap bentuk Bulan dan fasa-fasa Bulan kepada murid-murid.

Guru menayangkan slaid powerpoint dan menerangkan dengan teliti serta terperinci tentang Bulan.

Kemudian guru menerangkan bagaimana fenomena fasa Bulan berlaku dengan berbantukan slaid powerpoint.

Guru menyoal:1. Soalan guru: Murid-murid dalam fasa Bulan, Bulan beredar mengelilingi Bumi. Bagaimana Bulan mengelilingi tanpa melanggar Bumi?

2. Soalan guru: Murid-murid, mengapakah bulan tidak kelihatan pada waktu siang?

3. Soalan guru: Adakah bulan memancarkan cahayanya sendiri? Jika tidak, berikan penjelasannya?

Guru mengarahkan semua murid-murid duduk di tempat masing-masing. Guru menampalkan kertas sebak di atas papan hitam untuk menjelaskan susunan tarikh dalam Takwim Qamari.

Guru menunjukkan setiap kad bergambar yang mempunyai bentuk bulan berdasarkan takwim Qamari. Kad bergambar digunakan untuk menjelaskan bentuk Bulan dan tarikh berdasarkan takwim Qamari. Kemudian guru melekatkan susunannya secara rawak di atas kertas sebak supaya ia menjadi sebuah kalendar takwim Qamari.

1. Arahan guru: Cikgu hendak 3 orang murid tampil ke hadapan dan susunkan kad bergambar ini mengikut tarikhnya untuk menjadikannya sebuah kalendar takwim Qamari.Murid:1. Murid mendengar dengan teliti akan penjelasan guru dan menjawab soalan guru secara lisan.3. Murid akan tampil ke hadapan untuk memerhatikan demonstrasi guru.4. 3 orang murid akan tampil ke hadapan dan menyusunkan serta melekatkan kad bergambar untuk menjadikannya sebuah kalendar takwim Qamari di papan hitam.KPS: pemerhatian, perhubungan ruang dan masa, mencirikan dan membuat inferens

KBKK: menjana idea, membuat inferens

Kecerdasan pelbagai: Ruang dan visual dan interpersonal, logikal matematik

SSNM: bekerjasama dan berfikir secara rasional

Sumber p&p: slaid powerpoint, komputer riba, LCD projektor, skrin, Roda Fasa Bulan dan kad imbasan.

Slaid powerpoint (Lampiran)

Kad imbasan (Lampiran)

Aplikasi Idea(10 min)Memotong, menyusun dan menampal

Lembaran kerja 2 diedarkan - melukis fasa bulan - soalan

Guru:Guru mengarahkan murid untuk duduk dalam kumpulan masing-masing. Guru meminta murid untuk fokus di skrin.

Guru mengedarkan 1 kertas yang mempunyai gambar bentuk-bentuk Bulan dan 1 kertas kosong. Murid perlu memotong bentuk-bentuk Bulan dan mereka perlu menyusunkannnya mengikut kitaran fasa Bulan dan melekatkannya dalam kertas kosong yang mempunyai ruangan khas. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan dimana 3 orang dalam satu kumpulan.

Kemudian, guru mengarahkan murid untuk melukiskan fasa bulan dimana mereka perlu melukis bentuk-bentuk bulan dalam buku nota Sains 1 tanpa merujuk dimana-mana. Guru menasihati muridnya menggunakan duit syiling 50 sen atau 20 sen untuk melukis bulatan yang lengkap.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid dan mereka perlu menjawabnya secara individu.

Guru memantau dan memeriksa muridnya yang melukis fasa Bulan membimbing muridnya jika diperlukan. Guru dan murid membincangkan hasil jawapan lembaran kerja bersama-sama.KPS: berkomunikasi

KBKK: menjana idea, membuat gambaran mental, menghubung kait

Kemahiran manipulatif: melukis bentuk Bulan dalam fasa Bulan dengan tepat.

SSNM: berani mencuba dan bekerjasama.

Sumber p&p: Laman web Astro edu Luanr Phase, komputer riba, LCD projektor, skrin, lembaran kerja, gunting dan gam

Laman web (Lampiran 1) Kecerdasan pelbagai: Kinestetik

(Lembaran kerja 1)

Refleksi(5 minit) Penutup kognitif:

i. Bulan tidak memancarkan cahaya.ii. Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi.iii. Apabila Bulan beredar mengelilingi Bumi, bentuk Bulan kelihatan berubah-ubah. iv. Empat fasa Bulan ialah anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama.

Penutup Sosiali. Peneguhan positif

Tindakan susulani. Latihan tambahanii. Pembacaan dan rujukan sub-tajuk selanjutnya

Aktiviti: Lembaran kerja 3 diedarkan

Guru:Guru menyoal:1. Soalan guru: Berikan empat fasa Bulan?2. Soalan guru: Adakah setiap fasa bulan ini mempunyai bentuk Bulan yang sama? Mengapa?3. Soalan guru: Ramalkan apakah yang akan berlaku jika Bulan tidak mempunyai paksi serta orbit.4. Soalan guru: Permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari tidak menghadap Bumi. Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi. Apakah fasa Bulan ini? Apakah penjelasan anda?Guru juga telah meminta murid-muridnya untuk memerihalkan keindahan malam semasa bulan purnama. Sebelum guru merumuskan, guru memanggil 2orang murid untuk menerangkan pemahaman mereka terhadap topik ini. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini.

Guru memuji dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada semua murid kerana memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pengajarannya. Guru juga memuji dengan kata-kata semangat kerana berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Guru mengedarkan latihan tambahan yang perlu dilengkapkan di rumah dan perlu dihantar pada keesokan hari.

Guru mengingatkan semua muridnya untuk membuat bacaan dan rujukan tajuk Kekuatan dan Kestabilan. Guru juga mengingatkan muridnya bahawa guru akan menanya soalan tajuk tersebut sebelum mengajar topik itu.Guru mengarahkan semua murid untuk menyimpan semua alatan dan kertas yang digunakan di tempat yang sesuai serta membersihkan tempat masing-masing.Murid: 1. Murid memberikan respons secara lisan bagi menjawab soalan guru.2. Beberapa orang murid menerangkan pemahaman mereka terhadap topik dengan secara lisan.3. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja tanpa membuat sebarang rujukan.2. Murid menyimpakan semua alat yang digunakan di tempat yang sesuai serta membersihkan tempat masing-masing.KBKK: membuat kesimpulan, menghubung kait

SSNM: berfikir secara rasional

Sumber p&p: Roda Fasa Bulan dan lembaran kerja

(Lembaran kerja 3)