Sains Topik 1 Tutorial

download Sains Topik 1 Tutorial

of 6

description

123

Transcript of Sains Topik 1 Tutorial

Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.

Nama: Lee Pei See

Kelas: P5B

Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.Larutan asid hidroklorik cair

Bahan sisa larutan asid hidroklorik cair perlu ditambah dengan air yang banyak bagi mencairkannya. Kemudian boleh dilupuskan melalui pembentungan ke dalam sinki-sinki yang dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan atau melalui tandas.Larutan Natrium hidrksida cair

Bahan sisa larutan Natrium hidroksida cair perlu dineutralkan dengan asid hidroklorik cair yang akan menghasilkan garam dan air. Hasil akhir peneutralan ini boleh dilupuskan melalui pembentungan ke dalam sinki-sinki yang dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan atau melalui tandas.

Hablur sulfur

Bahan sisa hablur sulfur boleh dilupuskan dengan meratakan dan menanamnya ke dalam tanah di tapak pelupusan.Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya.

Asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya adalah dikira sebagai stok bernilai rendah (tidak melebihi RM10,000). Proses Kerja Pelupusan Stok Kerajaan bagi stok bernilai rendah adalah seperti berikut:

Langkah Proses Kerja Tindakan

1 Kenal pasti stok yang tamat tarikh luput / berlebihan / tercemar / bekas bocor.

Ketua Bidang Sains dan Matematik

2 Melabel stok.

Pembantu Makmal

3 Sediakan maklumat stok dalam Borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah KEW.PS-19.

Pegawai Aset Sekolah atau Pembantu Makmal

4 Ketua Jabatan melantik dua pegawai pemeriksa stok:

a. seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan

dan Profesional.

b. seorang lagi daripada Kumpulan Sokongan C atau kedua-dua daripada Kumpulan Pengurusan dan

Profesional.

Pengetua/Guru Besar

5 Pegawai Pemeriksa Stok

memeriksa stok yang hendak dilupus.

mencatat keadaan stok.

mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.

Pegawai Pemeriksa Stok

6 Tentukan Kuasa Melulus.

Urusetia Aset Sekolah

7 Jika lulus teruskan ke proses 8.

Urusetia Aset Sekolah

8 Ketua Jabatan meluluskan permohonan

Pengetua/ Guru Besar

9 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan

buang/ tanam/ bakar.

b. menghubungi syarikat yang dilantik oleh Jabatan

Alam Sekitar bagi bahan toksik dan bahan yang mencemarkan alam sekitar.

Guru Sains

Jabatan Alam Sekitar

10 Mencatat pelupusan stok Borang Laporan Tahunan Pelupusan Stok KEW.PS-20 sebelum 15hb Januari.

Pegawai Aset Sekolah

Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan.

PerbezaanMakmal sainsBilik sains

Fungsi makmal sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali.

ruang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.

makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain)

ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan.

kurikulum sains memerlukan murid menjalankan aktiviti "hands-on" menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran.

pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Susun aturMakmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia.

Meja makmal sains tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains.

Kemudahanmeja makmal

Bangku makmal

Komputer

Printer

DLP

Meja komputer

Skrin

Pembesar suara

Papan tulis

Papan putih beroda

Bakul sampah

Langsir 1 set untuk bilik

Kabinet

Almari

Rak peralatan sains

Penggantung carta

Kipas pengudaraan

Pancuran dan pencuci mata

Kebuk Wasap

Bekas simpanan bahan rosak

Bekas simpanan bahan sisa

Penggera kebakaran

Kit pertolongan cemas

Pemadam api

Penggera kebakaranSelimut kalis apimeja makmal

Bangku makmal

Komputer

Printer

DLP

Meja komputer

Skrin

Pembesar suara

Papan tulis

Papan putih beroda

Bakul sampah

Langsir 1 set untuk bilik

Kabinet

Almari cermin

Rak buku

Penggantung carta

Rak peralatan sains

Kit pertolongan cemas

Pemadam api

Penggera kebakaran

Selimut kalis api