SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018...

22
KOLEKSI MODUL PECUT 2015 SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS NAMA : ANGKA GILIRAN : SEKOLAH : TAHUN : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak di Bahagian B. [ Lihat sebelah SULIT

Transcript of SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018...

Page 1: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

SULIT 018 SAINS OGOS 2015

KOLEKSI SOALAN PECUT 2015

SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA

GURU CEMERLANG SAINS

NAMA :

ANGKA GILIRAN :

SEKOLAH :

TAHUN :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak di Bahagian B. [ Lihat sebelah

SULIT

Page 2: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

2

KOLEKSI SOALAN PECUT

Set 1

Sains

BAHAGIAN B

Page 3: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

3

BAHAGIAN B [20 markah]

Jawab semua soalan. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.

1 Rajah di atas menunjukkan keadaan pokok getah pada dua waktu yang berbeza.

(a) Tuliskan satu inferens berdasarkan maklumat pada rajah di atas. Kerana pokokgetah pada waktu X/ panas melindungi diri daripada kehilangan lebih banyak air berbanding pada waktu X

[1 markah] (b) Ramalkan keadaan pokok getah di Y apabila hujan turun semula?

Daun pokok getah akan tumbuh semula [1 markah]

(c) Berikan dua maklumat berdasarkan penyiasatan tersebut.

i. waktu penyiasatan ii. Keadaan pokok getah selepas penyiasatan

[2 markah] (d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan tersebut. Jika musim kemarau maka pokok getah akan meluruhkan//

menggugurkan daun untuk melindungi diri daripada cuaca melampau/panas

[1 markah]

Page 4: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

4

2 Seorang murid melakukan penyiasatan untuk menyukat suhu pasir yang didedahkan di bawah sinaran matahari pada waktu yang berbeza. Keputusan penyiasatan ini ditunjukkan pada jadual berikut.

Waktu Suhu pasir (°C)

8.00 pagi 28

10.00 pagi 32

12.00 tengah hari 36

2.00 petang 34

4.00 petang 30

(a) Apakah corak perubahan suhu dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang?

Bertambah , berkurang [1 markah]

(b) Tuliskan satu tujuan yang dapat dibuat dalam penyiasatan ini. Untuk menyiasat//mengkaji hubungan antara waktu penyiasatan dan suhu pasir

[1 markah] (c) Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas dalam penyiasatan ini?

Suhu pasir (° C) [1 markah]

(d) Tuliskan satu hubungan berdasarkan penyiasatan tersebut.

Semakin bertambah waktu penyiasatan, semakin bertambah suhu pasir hingga jam 12 tengah hari kemudian suhu pasir menurun dari jam 2 petang hingga 4 petang

// suhu pasir paling tinggi pada jam 12 tengah hari

[1 markah] Saiz pasir juga mempengaruhi suhu pasir yang didedahkan

di bawah Matahari

(e) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini? Semakin bertambah saiz pasir ,

Semakin bertambah suhu pasir yang didedahkan di bawah Matahari [1 markah]

Page 5: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

5

3 Dalam satu penyiasatan, tiga keping roti dilembapkan dengan jumlah air yang sama dan kemudian disimpan pada suhu yang berbeza.

Keadaan roti selepas seminggu ditunjukkan seperti pada rajah di bawah.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

Untuk menyiasat hubungan antara suhu roti disimpan dan bilangan kulapuk pada roti // keadaan roti selepas penyiasatan

[1 markah] (b) Nyatakan pemboleh ubah dalam penyiasatan ini.

i. Pemboleh ubah yang dimanipulasi: suhu roti disimpan ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas : keadaan roti selepas seminggu // bilangan kulapuk

[2 markah]

(c) Berikan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini.

1. isipadu awal air 2. jenis roti

[2 markah]

(d) Apakah kesimpulan penyiasatan ini.

Mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk membiak // bertumbuh

[1 markah]

Roti R disimpan pada suhu 15°C. Roti S disimpan pada suhu 40°C. Roti T disimpan pada suhu 25°C.

Page 6: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

6

4. Rajah di atas menunjukkan tiga buah magnet yang berbeza saiznya telah

digunakan untuk menarik selonggok jarum peniti di atas sebuah meja. Bilangan jarum peniti yang mampu ditarik oleh magnet-magnet ini dicatatkan dalam jadual berikut,

Magnet Saiz Magnet Bilangan jarum peniti yang mampu ditarik

S Kecil 5 batang

T Sederhana 10 batang

U Besar 15 batang

(a) Berdasarkan penyiasatan, nyatakan inferens yang dapat dibuat antara

magnet S dan magnet U?

Kerana Magnet U mempunyai daya tarikan yang lebih kuat berbanding magnet S

(1 markah)

(b) Berikan pemerhatian menyokong berdasarkan inferens di (a).

Magnet U menarik jarum peniti dengan lebih cepat berbanding magnet S

(1 markah) (c) Berikan dua maklumat berdasarkan penyiasatan:

1. Saiz magnet 2. bilangan jarum peniti yang dapat ditarik

(2 markah)

U T

Page 7: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

7

KOLEKSI SOALAN PECUT

Set 2

Sains

BAHAGIAN B

Page 8: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

8

Bahagian B [ 20 markah ]

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Reban A Reban B 1. Sekumpulan pelajar telah membuat satu penyiasatan terhadap saiz anak ayam

yang telah dipelihara dalam dua buah reban yang berlainan seperti yang digambarkan dalam rajah di atas. Selepas sebulan pemerhatian yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

1. Anak-anak ayam dalam reban A mempunyai saiz yang lebih besar. 2. Anak-anak ayam dalam reban B mempunyai saiz yang lebih kecil.

a. Berdasarkan pemerhatian tentang saiz anak ayam dalam reban A, tuliskan dua inferens yang sesuai.

1. kerana ayam dalam reban A mendapat kuantiti makanan yang lebih banyak 2. kerana ayam dalam reban A mendapat ruang reban yang lebih besar

(2 markah)

b. Tuliskan satu pemerhatian lain tentang anak ayam itu untuk menyokong inferens kamu di (a).

Anak-anak ayam dalam reban A mempunyai jisim yang lebih berat. // Ayam dalam reban A lebih aktif

(1 markah) c. Nyatakan hubungan antara jawapan anda di a ( 1 ) dengan saiz anak

ayam selepas sebulan.

Semakin bertambah kuantiti makanan, semakin bertambah saiz anak ayam selepas sebulan *rujuk a(1) tulis apa

(1 markah)

Page 9: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

9

2. Rajah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid

Enam Cerdik. Isipadu awal air di dalam besen ialah 20 cm3 . Salur getah ditiup untuk memasukkan udara secara perlahan-lahan. Pertambahan isipadu air di dalam besen dicatat setiap dua saat. Hasil penyiasatan dicatatkan pada jadual berikut.

Masa tiupan (saat) Isipadu air dalam besen (cm3 )

0 20

2 31

4 42

6 53

a. Apakah tujuan eksperimen murid-murid tersebut. Menyiasat hubungan antara masa tiupan salur getah dengan isipadu air dalam besen

(1 markah) b. Nyatakan corak perubahan isipadu air dalam silinder penyukat apabila udara

terus ditiup. Bertambah

(1 markah) c. Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dikenalpasti dalam eksperimen itu. i. masa tiupan salur getah ii. isipadu air dalam besen

(2 markah) d. Tuliskan satu kesimpulan dalam penyiasatan itu. Bertambah masa tiupan salur getah, bertambah isipadu air dalam besen

(1 markah)

Udara ditiup Besen

Air 100 cm3

Silinder penyukat

Page 10: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

10

3. Carta palang dalam rajah di atas menunjukkan jumlah tangkapan ikan oleh

sekumpulan nelayan dalam tempoh setahun. a. Nyatakan pola perubahan jumlah tangkapan ikan dari bulan Ogos hingga bulan Disember. Berkurang, tidak berubah

(1 markah) b. Nyatakan satu inferens tentang jumlah tangkapan ikan pada bulan November dan Disember. Kerana pada bulan November dan Disember adalah musim hujan // tengkujuh

(1 markah) c. Tuliskan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan tersebut.

i. Bulan penyiasatan ii. Jumlah tangkapan ikan

(1 markah) d. Berdasarkan pernyataan yang diberi, tuliskan satu hubungan yang sesuai.

Semakin berkurang jumlah tangkapan ikan, semakin bertambah mahal harga ikan yang dijual

(1 markah)

0

100

200

300

400

500

600

700

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis

Jum

lah tangkapan ikan (

kg)

Bulan

Para peniaga ikan di sebuah pasar mendapati jumlah tangkapan ikan telah mempengaruhi harga ikan yang dijual.

Page 11: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

11

4. Rajah di atas menunjukkan radas dan bahan yang telah disediakan oleh sekumpulan murid sebelum mereka menjalankan satu penyiasatan. a. Nyatakan tujuan penyiasatan murid-murid tersebut. Menyiasat hubungan antara bilangan sel kering dengan suhu air dalam bikar

(1 markah) b. Dalam penyiasatan itu, nyatakan pembolehubah-pembolehubah i. dimanipulasikan : bilangan sel kering ii. bergerakbalas : suhu air dalam bikar

(2 markah) c. Berdasarkan dua pembolehubah yang telah dikenal pasti di (b), tuliskan satu hubungan yang sesuai antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dengan pembolehubah yang bergerak balas. Bertambah bilangan sel kering, bertambah suhu air dalam bikar

(1 markah)

d. Nyatakan satu pembolehubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan itu. Isipadua awal air dalam bikar // jenis sel kering

(1 markah)

Jam

wayar

Bikar berisi

air

termometer

Dawai nikrom

Sek kering

Page 12: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

12

KOLEKSI SOALAN PECUT

Set 3

Sains

BAHAGIAN B

Page 13: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

13

BAHAGIAN B [20 markah]

Jawab semua soalan. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan. 1 Dalam satu penyiasatan, dua anak pokok dibekalkan dengan jumlah air yang

berbeza. Seorang murid mencatatkan pemerhatian seperti berikut:

Pemerhatian: 1. Anak pokok P layu dan hampir mati. 2. Anak pokok Q tetap segar.

(a) Berikan satu inferens untuk mana-mana satu pemerhatian yang dicatatkan oleh murid itu.

Kerana anak pokok P tidak mendapat air yang mencukupi

[1 markah]

(b) Berikan pemerhatian menyokong berdasarkan inferens di (a).

Anak pokok P berwarna kuning kekuningan

(1 markah)

(c) Dalam penyiasatan itu, nyatakan pembolehubah-pembolehubah i. dimanipulasikan : jumlah air yang disiram pada pokok ii. bergerakbalas : keadaan pokok selepas penyiasatan

(2 markah)

(d) Seorang penanam sayur menambahkan kuantiti air yang dibekalkan

kepada sayur-sayurannya apabila sayur-sayurannya semakin besar. Tuliskan satu hubungan berdasarkan penyataan di atas ini.

Semakin bertambah Saiz sayur sayuran.

Semakin bertambah kuantiti air yang dibekalkan

[1 markah]

Page 14: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

14

Bulan Jumlah hujan/cm Kekerapan rumput dipotong dalam sebulan

Januari 200 3 kali

Februari 120 1 kali

Mac 200 2 kali

April 300 3 kali

2 Jadual menunjukkan kekerapan kerja memotong rumput di suatu kawasan

padang golf.

(a) Nyatakan hubungan antara jumlah hujan dengan kekerapan kerja memotong rumput.

Bertambah jumlah hujan, bertambah kekerapan memotong rumput

[1 markah]

(b) Apakah corak perubahan hujan yang turun dari bulan Januari sehingga April?

Berkurang, bertambah

[1 markah]

(c) Tuliskan satu inferens berdasarkan jawapan yang kamu berikan di (a). Kerana pokok mendapat kuantiti air yang mencukupi

[1 markah]

(d) Ramalkan apa yang akan berlaku jika hujan kurang daripada 50 cm dalam satu bulan.

Rumput akan kekuningan // layu // mati

[1 markah]

Page 15: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

15

3 Dalam satu penyiasatan, seekor ulat beluncas dan seekor belalang dimasukkan

ke dalam dua bekas X dan Y masing-masing seperti pada rajah di atas. Jumlah daun yang sama banyak diisikan ke dalam bekas X dan Y. Selepas satu hari, baki daun dalam setiap bekas dicatatkan. Maklumat yang diperoleh adalah seperti pada jadual berikut.

Bekas Jumlah daun yang dimasukkan Baki daun selepas sehari

X 5 helai 0

Y 5 helai 3

(a) Tuliskan satu inferens yang dapat kamu buat tentang perbezaan baki

daun dalam bekas X dan bekas Y. Kerana ulat beluncas makan lebih cepat // lebih gemar makan daun berbanding belalang

[1 markah] (b) Ramalkan apa yang akan berlaku jika ulat beluncas dan belalang itu

dimasukkan ke dalam bekas yang sama. Ulat beluncas dan belalang akan bersaing untuk mendapatkan makanan//

[1 markah] (c) Berdasarkan maklumat dalam penyiasatan ini, haiwan manakah yang

lebih memberi ancaman kepada petani? Mengapa?

Ulat beluncas, kerana ulat beluncas makan daun lebih cepat berbanding belalang

[1 markah] (d) Jika terdapat banyak ulat beluncas, dan belalang di sesuatu kawasan,

biasanya akan terdapat banyak burung di kawasan tersebut.

i. Apakah inferens yang dapat kamu buat berdasarkan penyataan di atas ini?

Kerana burung akan memakan ulat beluncas dan belalang [1 markah]

ii. Tuliskan satu hubungan berdasarkan penyataan tersebut. Ulat beluncas dan belalang adalah makanan bagi burung

[1 markah]

Ulat beluncas Belalang

Daun

Page 16: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

16

4 Dalam satu penyiasatan, Nazri melepaskan sebiji guli dari ketinggian yang

berbeza pada satu landasan seperti pada rajah di atas. Kemudian dia mengukur jarak guli itu bergolek di lantai.

(a) Nyatakan tujuan penyiasatan itu.

Menyiasat hubungan antara ketinggian landasan dengan jarak guli bergolek di lantai

[1 markah] (b) Tuliskan satu hubungan berdasarkan tujuan yang kamu nyatakan di (a).

Bertambah ketinggian landasan, bertambah jauh jarak guli bergolek di lantai

[1 markah]

(c) Apakah hubungan antara tempat guli dilepaskan dengan daya? Bertambah tinggi tempat guli dilepaskan, bertambah daya pergerakan guli

[1 markah] (d) Nyatakan pembolehubah-pembolehubah;

i. dimanipulasi: ketinggian landasan

[1 markah]

ii. bergerakbalas: jarak guli bergolek di lantai [1 markah]

Lantai

Page 17: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

17

5 Dalam satu penyiasatan, seorang murid melakukan langkah-langkah seperti yang berikut.

i. Sukat air di dalam silinder penyukat.

ii. Isikan air yang telah disukat ke dalam bikar di atas tungku kaki tiga.

iii. Letakkan termometer ke dalam bikar.

iv. Nyalakan dapur gas dan mulakan jam randik.

v. Catatkan suhu air setiap dua minit.

vi. Panaskan air sehingga mendidih.

vii. Teruskan pemanasan selama dua minit selepas air mendidih.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini? Menyiasat hubungan antara masa pemanasan dan suhu air setiap dua minit

[1 markah]

(b) Tuliskan dua pembolehubah yang perlu dikenalpasti dalam penyiasatan itu.

i. Masa pemanasan ii. Suhu air

[1 markah]

(c) Tuliskan satu hubungan yang sesuai untuk penyiasatan tersebut. Bertambah masa pemanasan, bertambah suhu air sehingga mendidih kemudian suhu air tidak berubah selepas mendidih

[1 markah]

Page 18: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

18

KOLEKSI SOALAN PECUT

Set 4

Sains

BAHAGIAN B

Page 19: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

19

BAHAGIAN B [20 markah]

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.

1. Kamal memacakkan sebatang kayu di kawasan padang sekolahnya untuk mengkaji penghasilan bayang-bayang. Rajah di bawah menunjukkan hasil pemerhatian Kamal.

a) Ramalkan panjang bayang-bayang pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

1cm . (1 markah)

b) Berdasarkan penyiasatan rajah di atas , nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut: i.Pembolehubah dimanipulasi

: masa

(1 markah) iiPembolehubah bergerakbalas : panjang bayang-bayang (cm)

(1 markah)

c) Apakah hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan di (b)?

Bertambah masa penyiasatan , berkurang panjang bayang-bayang (1 markah)

d) Nyatakan tujuan penyiasatan di atas dijalankan.

Menyiasat hubungan antara masa penyiasatan dengan panjang bayang-bayang (1 markah)

7 pagi 9 pagi 11 pagi 12 t/hari

kayu

Bayang-bayang

18 cm 12 cm 6 cm

S

B

U T

Page 20: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

20

2. Jadual berikut merupakan hasil pemerhatian sekumpulan penyelidik tentang pendaratan penyu di pantai X.

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005

Bilangan penyu 162 142 122 102 82

a. Berikan dua inferens yang sesuai mengenai bilangan pendaratan spesies

penyu belimbing berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sepanjang tempoh kajian.

i. kerana penyu di pantai X diburu secara haram // berleluasa

ii. kerana habitat penyu di pantai X dimusnahkan // tercemar

(2 markah) b. Nyatakan satu pemerhatian lain untuk menjitukan Inferens di( a) ( i).

saiz penyu di pantai X lebih kecil

(1 markah)

c. Berdasarkan inferens di (a), nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpulkan jika satu penyiasatan ingin dijalankan.

i. kekerapan pemburuan haram

ii. bilangan penyu belimbing yang mendarat

(1 markah)

d. Bina satu hubungan berdasarkan maklumat yang dinyatakan di c).

bertambah kekerapan pemburuan penyu, berkurang bilangan penyu yang mendarat

(1 markah) e. Ramalkan bilangan spesies penyu belimbing yang mendarat di pantai X pada

tahun 2006.

62 ekor penyu (1 markah)

Page 21: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

21

3. Rajah di atas menunjukkan bahan dan radas yang boleh digunakan dalam satu penyiasatan. a. Cadangkan satu hubungan yang boleh dibuat untuk penyiasatan di atas.

Bertambah panjang wayar nikrom, bertambah suhu air selepas penyiasatan (1 markah)

b. Berdasarkan hubungan di a), nyatakan pembolehubah yang bergerakbalas.

Suhu air

(1 markah) c. Nyatakan satu pembolehubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan

tersebut.

Bilangan sel kering // jenis sel kering // ketebalan wayar nikrom // isipadu awal air

(1 markah)

Kadar peningkatan suhu air bergantung kepada bilangan sel kering yang digunakan. Sel kering yang lebih banyak akan membekalkan lebih banyak arus elektrik.

d. Tuliskan satu hubungan yang sesuai berdasarkan prinsip yang dinyatakan

dalam pernyataan di atas.

Bertambah bilangan sel kering , bertambah peningkatan suhu air (1 markah)

dawai nikrom

nation nation air

termometer

sel kering

wayar

bikar

jam randik

Page 22: SAINS ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS · PDF filekoleksi modul pecut 2015 sulit 018 sains ogos 2015 koleksi soalan pecut 2015 sains zazolnizam zakaria guru cemerlang sains

KOLEKSI MODUL PECUT 2015

22

4. Rajah di atas menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Sabrina untuk

mengkaji proses penyejukan air panas dalam bilik X. Hasil yang diperolehi daripada penyiasatannya dicatatkan pada jadual di bawah

Masa / minit 0 2 4 6 8 10 12 14 16

Suhu / ˚C 92 84 71 60 52 44 30 30 30

a. Nyatakan pola perubahan suhu air selepas 12 minit penyiasatan dijalankan.

Tidak berubah

(1 markah) b. Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dikenal pasti dalam penyiasatan itu.

i masa

ii suhu air panas yang disejukkan

(2 markah) c. Apakah tujuan penyiasatan di atas?

Menyiasat hubungan antara masa dengan suhu air panas yang disejukkan

(1 markah)

Kadar penyejukan air juga dipengaruhi oleh isipadu air yang digunakan ketika penyiasatan.

d. Berdasarkan pernyataan di atas buat satu hubungan yang sesuai

mengenainya.

Bertambah isipadu air yang digunakan , bertambah lambat kadar penyejukan air

(1 markah)

0

O

/ \

_

termometer

kaki retort

100 ml air panas

bikar