Sajak dadah

6
Sajak : Dadah Durjana Dadah Tika dulu kau bagai penawar Mengukir sejarah di bidang perubatan Penyelamat nyawa tika kesakitan Namun kini Martabatmu begitu hina Hadirmu bak najis semata Kau hanyalah pemusnah Generasi dunia Dadah Kau umpama racun yang mengalir Dalam pembuluh darah Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang Perit.. Pedih.. Dadah Kau durjana Hadirmu membawa derita Khayalan sementara cuma Imaginasi dusta di bumi nyata Membawa kesedihan Mengundang derita sengsara Dan mengusung Kematian.. Dadah Musuh Negara Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara ! Tatkala negara membangun kau meratah belia negara punah, musnah, lemah kerana kau... dadah durjana Ectacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnah Teman, Marilah kita bangkit bersama Perangi Dadah Musuh Negara

description

 

Transcript of Sajak dadah

Page 1: Sajak dadah

Sajak : Dadah   Durjana

DadahTika dulu kau bagai penawarMengukir sejarah di bidang perubatanPenyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kiniMartabatmu begitu hinaHadirmu bak najis semataKau hanyalah pemusnahGenerasi dunia

DadahKau umpama racun yang mengalirDalam pembuluh darahBagai jarum yang ditusuk hingga ke tulangPerit..Pedih..

DadahKau durjanaHadirmu membawa deritaKhayalan sementara cumaImaginasi dusta di bumi nyataMembawa kesedihanMengundang derita sengsaraDan mengusungKematian..

Dadah Musuh Negara

Dadah,Kau datang mengaku kawanKonon membantu meringan bebanTetapi, wahai temanKau sebenarnya musuhMusuh nombor 1 negarakau buat mereka alpakau buat anak bangsa rebahkau musuh negara !Tatkala negara membangunkau meratah belia negarapunah, musnah, lemahkerana kau... dadah durjanaEctacy, Heroin , GanjaPelbagai nama dan rupanamun aku bersumpahkau akan musnah

Teman,Marilah kita bangkit bersamaPerangi Dadah Musuh Negara

W ahai Bangsaku

Page 2: Sajak dadah

Ketika mentari senja berlabuh,Merah jingga di ufuk barat,Seorang anak muda,Terdampar lesu di balik tirai batuGelap gelitaTanpa sinar cahayaBangsaku,Bangunlah dari lenamu,Lontarkan semua mimpi-mimpi palsumu,Jangan biarkan dadah durjana,Memimpin hidupmu.Bangsaku, Marilah bersama-samaku, Membangun sebuah Negara,Tanpa,Dadah durjana.

SEGENGGAM RESOLUSI

Anak anak membesar dalam alam persekolahanDi sana budi tersemai ilmu tercanaiDi sana benteng dibina menghindar segala bencanaGuru, murid dan ibu bapa menjadi pendokong bersamaMengintegrasikan pendidikan pencegahan dalam pengajian dan penyerapan nilai muliaAkan lahirlah generasi pewaris gah dan perkasaWarga berilmu membina keutuhan bangsaPenggerak wadah pembangunan negaraBebaskan Sekolah dari angkara dadah yang berbahayaAntara parah dan pasrahDadah membawa parahRacun berbisa yang mengoyak susila bangsaMari kita bina sebuah komuniti teguh dan perkasaMantapkan kesetiakawanan dan pengakraban barisanKita adalah bangsa yang bermaruah dan penuh jati diriBebaskan! Bebaskan! Dadah dalam komunitiKita tolak dadah!Bebaskan dadah dalam keluargaKita tolak dadah!Bebaskan dadah dalam sekolahKita tolak dadah!Bebaskan dadah di tempat kerjaKita tolak dadah!Bebaskan dadah dalam komunitiKita tolak dadah!Dadah tidak lagi dimana-manaBebaskan dadah dalam negara kamiItulah janji kami dalam segengam resolusi

dadah pemusnah bangsa...

ainina89 2009-Jul-23 19:01 dadah....

Page 3: Sajak dadah

dulu kau disanjung tinggi...

tercipta sejarah di bidang perubatan....

penawar luka tika derita....

tapi,semua itu

hanya memori indah....

namun kini...

hadirmu bak najis semata...

visimu hanyalah pemusnah...

generasi seluruh dunia.......

dadah kau durjana....

kau umpama racun yang mengalir...

dalam pembuluh darah.....

bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang....

peritnya...rasa hati....

pedihnya...rasa hati...

Page 4: Sajak dadah

Jiwa ini seakan terpanggilUntukku mencubanyaRasa suka tanpa terkataAku mula mengambilnya

DadahPelbagai jenis yang aku cuba

Beratus-ratus ringgit telah ku belanjaHanya kepuasan yang ku pintaMengganti tempat tika duka

Tiga malam aku berjagaMendapat kepuasan bersama-samaJarum disuntik sakit terasaHilanglah duka timbulah ceria

Bertahun lamanya aki di kamar besiMenatap pintu di kamar iniMenunggu tiba cahaya menerangiMelepaskan aku dengan penuh sesali

Aku kini berbakti untuk negeriWalaupun dimaki dan dicaciAku tetap terus menjalaniSeakan mati hidup kembali