Sajak ~ di bawah langit yang sama2

10
Maksud sajak. Rangkap 1 : Tidak kira sama ada di Bairut atau di Kuala Lumpur , semua manusia adalah sama. Mereka menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit yang sama. Rangkap 2 : Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintik di Kota London. Dia pernah juga terpikat akan kedinginan angin di Washington. Dia mendapati pohon- pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanya dengan di tempat lain. Rangkap 3 : Orang yang tinggal di Australia atau di Afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama. Rangkap 4 : Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan, melayari Lautan Teduh, dan merentasi Laluan Sutera. Dia ingin berkongsi sinag dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada warga dunia.

Transcript of Sajak ~ di bawah langit yang sama2

Page 1: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

Maksud sajak.

Rangkap 1 : Tidak kira sama ada di Bairut atau di Kuala Lumpur , semua manusia adalah sama. Mereka menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit yang sama.

Rangkap 2 : Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintik di Kota London. Dia pernah juga terpikat akan kedinginan angin di Washington. Dia mendapati pohon-pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanya dengan di tempat lain.

Rangkap 3 : Orang yang tinggal di Australia atau di Afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama.

Rangkap 4 : Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan, melayari Lautan Teduh, dan merentasi Laluan Sutera. Dia ingin berkongsi sinag dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada warga dunia.

Rangkap 5 : Meskipun warga dunia dipisahkan oleh peta-peta, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia itu sentiasa dibuka. Visa dan pasport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi pengenalan diri. Atas dasar perpaduan sejagat, manusia perlu membuang perasaan benci dan melupakan sengketa silam.

Page 2: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

Sajak `Di Bawah Langit yang Sama’ bertemakan kemanusiaan sejagat. Manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit yang sama.

Page 3: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

1. Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamanan dunia.

2. Halangan-halangan hubungan baik antara masyarakat dunia.

3. Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama.

Page 4: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

1. Sajak `Di Bawah Langit yang Sama’ berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus seperti pantun atau syair.

2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tdak sama.

Rangkap pertama mengandungi enam baris, rangkap kedua mengandungi empat baris, rangkap ketiga mengandungi tiga baris, rangkap keempat mengandungi lapan baris, dan rangkap kelima mengandungi sembilan baris.

4. Bilangan kata dalam setiap baris pun tidak sama juga, iaitu antara satu hingga enam patah kata dalam satu baris.

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada dua hingga enam belas suku kata.

6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabbaa, dan rangkap kedua: aabb, rangkap ketiga: aba, rangkap keempat: abcabbbb, dan rangkap kelima: aabbbcdeb.

Page 5: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembnaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya:

- Tiupkan harapan senada – rangkap 4, baris 5 - Kita dakapi mimpi tak berbeza – rangkap 5, baris 52. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak `Di Bawah Langit yang Sama’

termasuklah:a. Pengulangan kata atau repetisi. Contohnya: Di bawah langit yang sama – rangkap 1, baris 1 dan 6

b. Penggunaan kata pinjaman. Contohnya: - Visa – rangkap 5, baris 3 - Pasport dokumen - rangkap 5, baris

c. Hiperbola. Contohnya: - amgin dingin-tajam - rangakap 2, baris 2 - Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera - rangkap 4, baris 2 - pelangikan zaman - rangkap 4, baris4

d. Penggunaan ayat yang panjang. Contohnya: - pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington - rangkap 2, baris 2 - Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan - rangkap 4, baris 1 - Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam – rangkap 5, baris 7

Page 6: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

3. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak “ Di Bawah Langit yang Sama” termasuklah:

a) asonansiPengulangan bunyi huruf vokal atau pengulangan asonansi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya

i. pengulangan bunyi vokal a- Di bawah langit yang sama – rangkap 1, baris 1

- Tiada bezanya – rangkap 2, baris 4

ii. pengulangan bunyi vokal I- Kerana di bawah langit ini – rangkap 3, baris 2- Sesama kita – warga dunia – rangkap 4, baris 6

iii. pengulangan bunyi vokal o - Pohon-pohon hijau atau aneka warna – rangkap 2, baris 3 - Pasport dokumen pengenalan titik mula – rangkap 5, baris 4 iv. pengulangan bunyi vokal u- Ataupun Kuala Lumpurku – rangkap 1, baris 4- Jangan tutup pos sempadan – rangkap 5, baris 2

Page 7: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

b) aliterasiPengulangan bunyi huruf konsonan atau pengulangan aliterasi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan bunyi rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:

i. pengulangan bunyi konsonan k- Berkongsi siang miliki malam - rangkap 4, baris 3- Kita dakapi mimpi tak berbeza – rangka 5, baris 5ii. pengulangan bunyi konsonan n- Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington – rangkap 2, baris 2- Anyam cinta pelangikan zaman – rangkap 4, baris 4 iii. pengulangan bunyi konsonan r- Kita hirupi udara – rangkap 1, baris 2- Visa hanya keperluan rasmi seketika – rangkap 5, baris 3iv. pengulangan bunyi konsonan t - Tanpa mengira Beirutmu – rangkap 1, baris 3- Layari Lautan Teduh rentasi Lautan Sutera – rangkap 4, baris 2

Page 8: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

Sajak “Di Bawah langit yang Sama” bernada romantis. Nada ini sesuai dengan sajak tersebut yang menggambarkan perasaan penyajak yang menganggap bahawa semua masyarakat dunia ini sama.

Page 9: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, setiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama kemanusiaan.

2. Nilai perpaduan. Contohnya, perpaduan hidup masyarakat dunia menjamin keharmonian kehidupan dan dunia.

3. Nilai muafakat. Contohnya, harapan kehidupan masyarakat dunia akan tercapai apabila harapan itu dilaungkan secara bersama-sama dan senada.

4. Nilai persahabatan. Contohnya, manusia di dunia boleh bersahabat baik kerana halangan yang ada adalah keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja.

5. Nilai berpandangan positif. Contohnya, sikap benci-membenci dan sejarah hitam dalam kalangan masyarakat dunia wajar dileburkan.

Page 10: Sajak ~ di bawah langit yang sama2

1. Masyarakat dunia hendaklah bersatu padu dan menerima antara satu sama lain tanpa mengira keturunan dan asal usul.

2. Perasaan benci-membenci mesti dihindari bagi mewujudkan keharmonian hidup sejagat.

3. Pasport, dokumen, visa, dan pos sempadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk masyarakat dunia mewujudkan perbezaan.

4. Sejarah hitam mesti dikuburkan dan digantikan dengan harapan baru yang baik untuk dunia.

5. Manusia di dunia ini walaupun berbeza warna kulit, keturunan, dan agama tetapi hendaklah menerima hakikat bahawa semuanya sama, iaitu insan atau manusia.