Sajak duhai
Transcript of Sajak duhai
Sajak Duhai Pentafsir
Januari 17, 2010
DUHAI PENTAFSIR
Pentafsir, sebenarnya telah lama ku carisuaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirahatsetelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kurakamkanpertemuan matahari, rimba dan lautan?
Senja ini menemuikudengan lusuh catatanmu
angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar bukusedang aku belum ketemu
surat yang kau tuliskan padaku.telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnyaah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenakusejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang raguyang tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkankehijauan dalam keriangan masa kecilku.
Pentafsir, musim telah terlalu tuakaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesuuntuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larutlembar-lembar jadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku inidi samping pusaramu yang sepi.
Hentikan ejekanmubiar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenalrumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!yang menjernihkan mataku.
(Dipetik daripada Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004)
Maksud Sajak Duhai Pentafsir
Penyajak mencari pPenyajak mencari pentafsir atau pembimbing yang dapat memimpinnya ke jalan kebenaran. Dalam usia tua, penyajak
menyedari segala kesilapannya, tetapi dia belum menemui petunjuk atau hidayah. Oleh sebab itu, kehidupannya penuh dengan keresahan.
Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kecil. Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang
semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang semakin berkurang.Keadaan itu menyukarkannya untuk mendalami ilmu agama. Selama ini penyajak terpengaruh oleh pelbagai gejala negatif tetapi kini dia telah sedar dan
ingin mendampingi Tuhan
Disediakan kembali oleh: Norshahira Ahmad Shukri
SUMBER RUJUKAN
http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2010/07/suara-dari-dinding-madrasah-samad-said.html