SAJAK KECEK
description
Transcript of SAJAK KECEK
SAJAK KECEK
Maksud Kecek ialah :
cakap celoteh borak
Celoteh dalam sajak ini ialah tentang kelakuan manusia yang sering dilihat dalam masyarakat
kini.Secara umum sajak ini membicarakan dua
kelompok manusia yang terdapat dalam kehidupan kita.
Kelompok pertama ialah golongan yang tidak jujur dan amanah sedangkan hidup sudah berada dalam kesenangan/GOLONGAN KAYA.
Kelompok kedua ialah golongan yang daif tetapi tidak terfikir untuk menipu/GOLONGAN MARHAEN
Secara terus terang dan jujur penyajak memberi peringatan tentang balasan tuhan terhadap semua perbuatan manusia sama ada baik atau jahat.
Manusia tidak dapat lari daripada janji Tuhan iaitu pengadilan seadil-adilnya di akhirat nanti.
Kejujuran manusiaSecara sinis penyajak mengkritik sikap manusia yang tidak
jujur dalam mencari harta kekayaan sehingga sanggup menipu dan pecah amanah terhadap kepercayaan yang diberikan.
Penyajak menegur sikap orang yang berpengaruh iaitu seorang pengarah yang pecah amanah membolot wang orang lain melalui akaun simpanan peribadinya di bank.
Penyajak membandingkan hidup petani dan nelayan yang daif dan miskin tetapi tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu orang lain untuk mencari kesenangan
Tema
Sikap tamak manusia yang sanggup menipu demi mengejar kekayaan tanpa mempeduli kesusahan orang lain
Sifat tidak amanah dalam kalangan orang yang berada dan berpengaruh
Golongan miskin yang tidak pernah mengambil kesempatan dengan kekayaan orang lain semata-mata mahu hidup senang
Keadilan Tuhan terhadap manusia
Persoalan
Setiap perbuatan walaupun sekecil mana akan dinilai oleh Tuhan dengan saksama dan seadil-adilnya di akhirat nanti
Setiap perbuatan walaupun sekecil mana akan dinilai oleh Tuhan dengan saksama dan seadil-adilnya di akhirat nanti
Manusia tidak akan dapat lari daripada pengadilan Tuhan
Setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang jahat sementara perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan oleh Tuhan
Semua perbuatan manusia tidak akan terlepas daripada pengetahuan Tuhan.
Kejujuran-Golongan petani dan nelayan yang susah tidak pernah menipu untuk mencari kesenangan hidup.
Keadilan -Tuhan akan membalas perbuatan manusia seadil-adilnya.
Keredhaan-Golongan nelayan dan petani reda dengan kesusahan hidup dan tidak pernah terfikir untuk menipu orang lain bagi mencari kesenangan
Nilai
Kita hendaklah memikul amanah yang diberi dengan jujur tanpa ada perasaan ingin menipu
Kita hendaklah ingat dan takut akan balasan Tuhan jika terdetik mahu melakukan kesalahan
Kita hendaklah menerima ketentuan hidup yang direncanakan Tuhan dengan reda dan ikhlas
Kita mesti percaya akan keadilan Tuhan terhadap setiap perbuatan yang kita lakukan
Kita jangan mengambil kesempatan dengan kedudukan dan pengaruh kita untuk mengaut keuntungan p
Pengajaran
Masyarakat yang berkuasa dan berpengaruhContoh; seorang pengarah yang mempunyai akaun semasa di bank
Masyarakat yang miskin dan daifContoh: -nelayan yang mempunyai sederet anak yang hidup susah -Petani yang mempunyai sedozen anak yang hidup susah
Masyarakat yang tidak taat perintah tuhanContoh: seorang pengarah yang pecah amanah: mengumpul wang orang lain ke dalam akaun semasanya
Masyarakat yang jujur/ikhlas/reda dalam kehidupanContoh: nelayan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menipu walaupun hidup susah
Masyarakat yang rosak akhlak Contoh: seorang pengarah yang pecah amanah dengan mengambil wang orang lain dan dimasukkan ke dalam simpanan peribadinya.
Latar Masyarakat
1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantumkan
kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
Seorang pengarah yang pecah amanah terhadap tanggungjawabnya. Dia mengumpul harta kekayaan peribadi melalui harta golongan yang kurang berada secara halus tanpa dapat dikesan/melalui jalan penipuan.
Perbincangan Rangkap demi
Rangkap
2
di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dengan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan oang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi.
Kehidupan seorang petani miskin di kampung; mempunyai 12 orang anak yang sudah lama hidup dalam kesusahan tetapi tidak pernah mengambil harta kekayaan orang lain untuk mengatasi kesengsaraan hidupnya. Petani ini tidak pernah terfikir untuk menipu sesiapa.
3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya.
Kehidupan seorang nelayan dengan anak-anak yang ramai . Hidupnya susah namun tidak pernah terfikir untuk merampas kesenangan orang lain untuk mengatasi kesempitan hidup yang telah lama dideritainya.
4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan.
Tuhan sentiasa menghitung amalan manusia walaupun sangat kecil amalan tersebut. Tuhan mencatat setiap perbutan manusia untuk diadili dengan saksama di akhirat kelak.
2. Huraikan sebab-sebab seorang ketua mesti amanah ketika menjalankan tugas
3. Pada pendapat anda, mengapakah Tuhan melarang kita menipu orang lain untuk kesenangan diri sendiri ?
4. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelak kejadian pecah amanah berlaku dalam kalangan masyarakat.
5. Huraikan tiga pengajaran daripada sajak di atas
Latihan Kendiri
Cabaran 1Manakah yang lebih baikHidup senang melalui penipuanATAUHidup susah tetapi jujur dan tiada dengki di hati akan kesenangan orang lain
Cabaran 2Anda diberi lima billion ringgit dengan syarat anda mesti meluluskan projek mega yang menjadi rebutan ramai ahli koporat........ Lima juta ringgit mampu memberi kehidupan yang sangat mewah .Apa tindakan anda... terima atau tolak?
Cabaran Minda