Sajak Persahabatan Note

8
Sajak: PERSAHABATAN ( Mohd. Amran Daud ) Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan ketawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan

description

persahabatan

Transcript of Sajak Persahabatan Note

Page 1: Sajak Persahabatan Note

Sajak: PERSAHABATAN

( Mohd. Amran Daud )

Seorang kanak-kanak

berbaju kurung nampak cantik

berlesung pipit beralis lentik

bermain-main riang, bermain keseorangan

pada wajahnya meriak gembira

pada bibirnya menguntum ceria

berderai ketawa mengocak suasana.

Seorang kanak-kanak

berpakaian ceongsam bertocang dua

bergincu pipi tampak ceria

tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa

menghulur senyum dan ketawa manja

pada wajahnya menyerlah keriangan

mereka bermain alang-kepalang

berkejar-kejaran tanpa halangan.

Seorang kanak-kanak

bersari bergelang kaki

bertindik hidung menguntum seri

melihat saja telatah manja

Page 2: Sajak Persahabatan Note

si comel berdua, bermain, dan ketawa

dirinya bagai digamit bermain bersama

mengongsi kemesraan

menterjemah makna kejiranan.

Ah, kanak-kanak

biar berlainan agama

biar berlainan bangsa

mereka saling bersalaman

dan berpeluk mesra

tanpa menghirau adat dan budaya;

membina keakraban tanpa curiga

membentuk perpaduan tanpa prasangka

bersatu hati membentuk jati diri

ke arah wawasan lebih bererti!

Page 3: Sajak Persahabatan Note

Maksud Sajak Persahabatan

I

Seorang kanak-kanak

berbaju kurung nampak cantik

berlesung pipit beralis lentik

bermain-main riang, bermain keseorangan

pada wajahnya meriak gembira

Sajak Persahabatan

Maksud

Tema

Persoalan

Nada

Gaya Bahasa

Bentuk

Nilai

Pengajaran

Page 4: Sajak Persahabatan Note

pada bibirnya menguntum ceria

berderai ketawa mengocak suasana.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju

kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main

keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui

sentum dan ketawanya.

II

Seorang kanak-kanak

berpakaian ceongsam bertocang dua

bergincu pipi tampak ceria

tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa

menghulur senyum dan ketawa manja

pada wajahnya menyerlah keriangan

mereka bermain alang-kepalang

berkejar-kejaran tanpa halangan.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam

dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan.

Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia

menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian

mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.

III

Seorang kanak-kanak

bersari bergelang kaki

Page 5: Sajak Persahabatan Note

bertindik hidung menguntum seri

melihat saja telatah manja

si comel berdua, bermain, dan ketawa

dirinya bagai digamit bermain bersama

mengongsi kemesraan

menterjemah makna kejiranan.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang

dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan

Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama

dan berkongsi kemesraan.

IV

Ah, kanak-kanak

biar berlainan agama

biar berlainan bangsa

mereka saling bersalaman

dan berpeluk mesra

tanpa menghirau adat dan budaya;

membina keakraban tanpa curiga

membentuk perpaduan tanpa prasangka

bersatu hati membentuk jati diri

ke arah wawasan lebih bererti!

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra.

Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka

Page 6: Sajak Persahabatan Note

telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya

perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati

membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum - masyarakat berbilang

kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.

Persoalan:

1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.

2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau

curiga antara satu sama lain.

3. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum

bermain bersama-sama dengan riang dan gembira.

4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa

Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.

Nada:

Sajak ini bernada patriotik

Gaya Bahasa:

1. Kata ganda

kanak-kanak/ bermain-main/ berkejar-kejaran.

2. Pesonifikasi

Page 7: Sajak Persahabatan Note

pipi tampak ceria bergincu

3. Inversi

bertindik hidung menguntum senyum

4. Simile

Dirinya bagai digamit bermain bersama.

5. Anafora

pada wajahnya meriak gembira

pada bibirnya menguntum ceria

6. Asonansi

melihat saja telatah manja ( Pengulangan vokal 'a' )

7. Aliterasi

menterjemah makna kejiranan ( Pengulangan konsonan 'n' )

Bentuk:

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

2. Jumlah baris adalah bebas. Contoh: R1 - 7b, R2 - 8b, R3 - 8b dan R4 -ada sepuluh

baris.

3. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

4. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.

5. Rima akhir bebas.

Nilai:

1. Nilai perpaduan

Contoh: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan

wawasan negara.

Page 8: Sajak Persahabatan Note

2. Nilai keakraban.

Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan ini dapat dilihat kepada telatah

kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa

curiga.

Pengajaran:

1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau

agama.

2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.

3. Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan

negara.

Page 9: Sajak Persahabatan Note

Tugasan 3