Salah Laku Pelajar (Rujukan R&D)

download Salah Laku Pelajar (Rujukan R&D)

of 111

  • date post

    06-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    478
  • download

    7

Transcript of Salah Laku Pelajar (Rujukan R&D)

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SALAH LAKU PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERSONALITI PELAJAR

SHARIFAH RAUDZAH BINTI SYED JUNID

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2007

hasilkerjasayasendiri kecualinukilanftn ringkaszifi "Sayaakui karyaini adalah jelaskansumbernya" yangtiap-tiapsatunya telahsaya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

1 NOVEMBER2OO7

111

"Saya akui bahawa sayatelah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana Pendidikan'

Tandatangan Nama Penyelia

DR. PROFESOR MOHDTAruDIN IIAJI NINGGAL 2OO7 1NOVEMBER

TARIKH

iv

DEDIKASI

Kepada suamiku yang dikasihi, Syed Alwee bin Syed Din terima kasih yang tidak terhingga kerana membenarkan saya meneruskan pengajian dalam Kursus Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Terima kasih juga kerana kesabaranmu dan memahamiku. Segala pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan amat dihargai. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasamu dan semoga Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusanmu. Doa sentiasa mengiringi agar hidup kita sekeluarga sentiasa diberkatiNya dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kepada satu-satunya anakku yang amat disayangi, Sharifah Nargis binti Syed Alwee, terima kasih kerana kesabaran dan memahami keadaan Ummi yang sibuk dengan pengajian dan ketahuilah bahawa Ummi amat menyayangimu. Ummi sentiasa berdoa semoga anak Ummi menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam segala lapangan serta bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Kepada dua orang saudaraku, Satu-satunya kakak yang ku kasihi, Sharifah Nahidah (selaku pengganti arwah emak) terima kasih di atas segalanya. Juga kepada abangku Syed Saaid yang paling rapat denganku yang banyak membantu di saat aku memerlukan. Semoga kalian berdua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.

Kepada rakan-rakan seperjuangan Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang ditempuhi bersama-sama selama berkursus (separuh masa) di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah S.W.T. Segala dorongan, tunjuk ajar dan pengorbanan kalian amat dihargai.

Kepada rakan-rakan sekerja Terutama En. Mohd Faisal Ramadani, Pengurus Takaful Malaysia Cawangan Pasir Gudang, terima kasih kerana memberi peluang dan membenarkan saya menyambung pengajian sambil bekerja separuh masa. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan kalian.

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang dihormati Profesor Dr. Mohd Tajudin bin Haji Ninggal selaku penyelia kajian pendidikan ini di atas segala nasihat, bimbingan, sokongan, dorongan dan tunjuk ajar yang berterusan tanpa jemu sehingga kajian ini dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya dan menepati syarat yang ditetapkan. Jasamu dikenang selama-lamanya. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu-jemu menyumbangkan ilmu pengetahuan dan memberikan sokongan. Penghargaan juga diberikan kepada Pengetua SMK Taman Rinting 2, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kaunselor dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kewujudan perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa, demografi bangsa dan hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar. Selain yang tersebut di atas, matlamat kajian juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dan iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar. Reka bentuk kajian yang dipilih untuk kajian ini ialah eks-posfakto iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa yang telah pun berlaku dan bersifat kuantitatif. Di antara soal selidik dan alat ukur yang digunakan ialah Profil Personaliti TAJMA. Kajian telah dijalankan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting, Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor Bahru. Penyelidikan ini juga melibatkan 230 orang responden daripada Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta mempunyai rekod salah laku di sekolah masingmasing. Daripada hasil kajian, secara keseluruhannya semua faktor di atas tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun terdapat hanya dua trait profil personaliti yang mempunyai hubungan signifikan dengan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya iaitu Trait Asertif (aras Signifikan 0.01) dan Trait Jati Diri (aras signifikan 0.00). Penyelidik juga telah mengutarakan beberapa cadangan untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan.

vii

ABSTRACT

The purposes of this research were to identify the significant differences between the profiles of the students with mischievous act based on the parents education levels, races and the relationship between parental factors that influenced the personality of the students. In addition, this research also was conducted to identify the factors influenced by their friends and the surroundings of the school with their personality profiles. The research design used was ex-post-facto. A set of questionnaires and TAJMA Personality Profile were used to identify contributing factors toward mischievous behaviors. The research was conducted at Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri and Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri 2 under the administration of Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D) in Masai, Johor Bahru. Two hundred and thirty Form Four students from these schools were involved in this study. The findings of this research indicated that there were no significance difference between their personality profiles and mischievous acts. However, there seemed to be a correlation between students Mischievous Behaviors which were influenced by their peers in relation to the Personality Traits. The two traits were Asertive Trait (Significant Level 0.01) and Resiliency Trait (Significant Level 0.00). Finally, some recommendations for future researches have been put forward in this thesis.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN

i ii & iii iv v vi vii viii xii xiii - xv xvi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9

Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1.9.1 1.9.2 1.9.3 Personaliti Pelajar Salah Laku Pelajar Peranan Ibu Bapa

1 2 6 8 9 10 11 12 12 12 13 13

ix

1.9.4 1.9.5 1.9.6 1.9.7 1.9.8 1.9.9

Pengaruh Rakan Sebaya Sikap Guru Ponteng Budaya Melepak Gangsterisme Vandalisme

14 14 14 15 15 15 16 16

1.9.10 Pergaduhan Antara Pelajar 1.9.11 Pendidikan Tidak Formal

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 2.2

Pengenalan Salah Laku Pelajar 2.2.1 2.2.2 2.2.3 Peranan Ibu Bapa Pengaruh Rakan Sebaya Iklim Sekolah & Sikap Guru

17 17 20 23 25 28 31 34

2.3 2.4

Pendekatan Teori Tingkah Laku Personaliti Pelajar 2.4.1 2.4.2 2.4.3 Teori Trait

Teori Psikodinamik Sigmund Freud 35 Pendekatan Sosial Eric Erikson 37 40

2.5

Krisis Identiti

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Lokasi Kajian

43 43 44

x

3.4 3.5 3.6 3.7

Sampel Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian Analisis Data

44 45 47 48

BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 4.2

Pengenalan Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Umur Bangsa Aliran

50 51 51 51 52 52 53 53 54 55 55 56 57 57 58 60 60

4.2.5 Bil. Adik Beradik 4.2.6 4.2.7 Pendapatan Ibu Bapa Pekerjaan Bapa / Penjaga

4.2.8 Pekerjaan Ibu 4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa 4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu 4.3 Salah Laku Pelajar 4.3.1 4.3.2 4.4 Jenis Salah Laku Pelajar Kekerapan Salah Laku Pelajar

Analisis Diskriptif Punca Salah Laku Pelajar 4.4.1 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa

xi 4.4.2 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Rakan Sebaya Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap Guru

64

4.4.3

68

4.4.4. Analisis Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru 4.5 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar 4.5.1 4.5.2 Profil Personaliti Pelajar Perbezaan Yang Signifikan Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar (Ponteng Kelas Dan Sekolah, Gangsterisme, Vandalisme, Budaya Melepak Dan Pergaduhan Antara Pelajar) Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu Bapa

72 73 73

75

4.5.3

Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar 80 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar

4.5.4

81

4.5.5

82

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Pendahuluan Hipotesis Kajian yang diuji Keputusan Pengujian Hipotesis 83 84 85

xii

5.3.1

Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar bedasarkan tahap pendidikan ibu bapa Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar berdasarkan demografi bangsa Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar

85

5.3.2

86

5.3.3

86

5.3.4

86

5.3.5

87 87 89 90

5.4 5.5 5.6

Cadangan Tindakan Cadangan kajian lanjutan Kesimpulan

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3

92 95 96 97

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL Jadual 3.1

TAJUK

MUKA SURAT 45 46 49

Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat Dalam Kajian Penskoran Skala 5 mata Ringkasan Statistik Taburan Kekerapan dan Jantina Peratusan Responden Mengikut Jantina Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Umur Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Aliran Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Adik Beradik Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa / Penjaga Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Bapa Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku

Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 4.1

51 51

Jadual 4.2 Jadual 4.3

52

Jadual 4.4

52

Jadual 4.5

53

Jadual 4.6

53

Jadual 4.7

54

Jadual 4.8

55

Jadual 4.9

55

Jadual 4.10 Jadual 4.11

56 57

xiv

Jadual 4.12 Jadual 4.13

Taburan Responden Mengikut Kekerapan Salah Laku Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Sikap Ibu Bapa Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Rakan Sebaya Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap Guru Taburan Tahap Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah & Sikap Guru Taburan Kecenderungan Responden Mengikut Ujian Personaliti Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa

58

60

Jadual 4.14

64

Jadual 4.15

68

Jadual 4.16

72

Jadual 4.17

73

Jadual 4.18

75

Jadual 4.19

Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa

76

Jadual 4.20

Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu

77

Jadual 4.21

Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu

78

xv

Jadual 4.22

Analisis Anova Sehala Antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar

79

Jadual 4.23

80

Jadual 4.24

81

Jadual 4.25

82

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah DiBawah Kementerian Pelajaran Malaysia 95

2.

Surat Pengesahan Status Pelajar Daripada Universiti Teknologi Malaysia Borang Soal Selidik Yang Digunakan Dalam Kajian

96 97

3.

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Di alam persekolahan, seorang individu terutamanya pelajar berusaha membentuk identitinya sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia dewasanya. Biasanya golongan pelajar ini adalah golongan remaja yang ingin membina pembentukan personaliti secara matang, berakhlak mulia, berfikiran positif, cemerlang dan menjadi manusia yang berguna. Secara umumnya pembentukan personaliti pelajar ini banyak dibantu oleh sistem pendidikan formal seperti mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

Walaupun begitu, pendidikan tidak formal juga banyak memberi kesan dalam pembentukan personaliti pelajar kerana para pelajar bukan sahaja menghabiskan masa mereka di sekolah tetapi juga menghabiskan masa di rumah, di tempat-tempat tertentu seperti pusat membeli-belah dan bersama rakan sebaya. Dengan ini tidak secara langsung memberi kesan kepada perkembangan pembentukan personaliti pelajar itu sendiri.

Golongan pelajar ini sering mendapat pengiktirafan sebagai golongan penting dalam masyarakat kerana peranan mereka dalam pembentukan generasi yang akan datang. Keadaan ini disebabkan golongan pelajar merupakan aset utama bagi membina generasi Malaysia yang mantap dan berkualiti. Seterusnya ia

2

merealisasikan impian Wawasan 2020. Namun begitu, masalah disiplin dan salah laku pelajar ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Media massa sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita akan disajikan dengan beritaberita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar.

Apa yang sangat membimbangkan kita masa kini ialah berhubung keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pelbagai salah laku seperti ponteng, berkunjung ke pusat-pusat hiburan, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, menghidu gam, mengambil pil-pil khayal, berjudi, peras ugut, bergaduh dan sebagainya. Perbuatan salah laku ini adakalanya menjadi begitu serius yang berlawanan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan dipelajari oleh seorang pelajar.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji punca salah laku pelajar dan ingin mengetahui sama ada wujudnya perhubungan antara punca salah laku dengan profil personaliti pelajar. Akhirnya nanti dapatlah diketahui faktor-faktor kelemahan pelajar, menggunakan bentuk-bentuk baru selain personaliti dalam menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar.

1.2

Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Negara dicipta dengan harapan ia dapat dijadikan panduan dan hala tuju sistem pendidikan negara. Kurikulum dan kokurikulumnya sentiasa dikaji dan disusun semula agar bersesuaian dengan matlamat falsafah pendidikan negara. Nilai-nilai murni diterapkan untuk melahirkan insan yang

3 sempurna dan berketrampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Sufean Hussin, 1993).

Namun kegawatan krisis pembentukan personaliti dikalangan pelajar semakin meningkat dan berada pada tahap yang membimbangkan dan akhirnya meruntuhkan nilai sosial masyarakat itu sendiri. Hal ini disebabkan penerimaan pengaruh dalam pembentukan personaliti pelajar sehingga pelajar tidak dapat menolaknya kerana pengaruh yang kuat hasil pendidikan tidak formal yang diterima oleh mereka.

Sementara pendidikan formal yang diterima oleh pelajar di sekolah pula merupakan tempat perkumpulan pelajar daripada pelbagai latar belakang masyarakat seperti bangsa, budaya, kepercayaan dan sosio ekonomi yang berbeza. Keadaan ini menjadi penyumbang terhadap salah laku pelajar. Regulus (1995) menyarankan bahawa penyesuaian budaya staf menentukan penyelesaian salah laku tanpa kekerasan berdasarkan budaya pelajar. Budaya pelajar di sini mencerminkan pengaruh rakan sebaya, kebebasan mutlak, penentuan identiti dan sikap mempertahankan identiti perkauman dan personal.

Isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan masa kini dan menjadi fokus pihak media. Masalah salah laku yang melibatkan pelajar sekolah menengah begitu ketara dan ini amat meresahkan ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya.

Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah pembentukan sahsiah atau personaliti pelajar. Apabila menyebut disiplin, kita perlu memahami dan mendalami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan disiplin. Disiplin adalah salah satu komponen penting

4

dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Ini sejajar dengan keadaan sistem pendidikan yang semakin mencabar dalam menghadapi era millenium.

Namun, masalah pelanggaran disiplin di sekolah merupakan isu masyarakat yang tidak henti-henti dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat. Kejadian melanggar disiplin di sekolah-sekolah itu bukanlah merupakan perkara baru berlaku tetapi telah wujud dari dahulu dalam sistem pendidikan. Bertambahnya pelanggaran disiplin di kalangan pelajar telah menimbulkan pertanyaan umum tentang keberkesanan segala dasar dan peraturan yang digunakan untuk peningkatan dan pengukuhan disiplin di sekolah.

Kemerosotan atau masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kemerosotan disiplin pelajar juga dikenal pasti sebagai salah laku yang bertentangan dengan apa yang ditetapkan sama ada dalam bilik darjah, di kawasan sekolah atau merujuk kepada perhubungan pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru.

Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah adalah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol. Sekolahsekolah di dalam bandar terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mencatatkan rekod gangsterisme yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah di kawasan luar bandar (Abd Jalil, 2000).

Menurut Mahadzir Mohd Khir, pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti sebagai kumpulan yang paling ramai terlibat dalam gejala ponteng pada tahun 2000 (Utusan Malaysia, 2.4.2001). Bilangan yang terlibat dalam gejala itu merangkumi 34,628 pelajar daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini

5

termasuk sekolah rendah dan menengah. Daripada jumlah itu 90 peratus adalah pelajar lelaki yang menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan.

Salah satu pelanggaran peraturan disiplin yang dianggap serius dan berleluasa ialah ponteng. Ponteng di sini merupakan ponteng kelas dan juga ponteng sekolah. Jika keadaan ini berterusan maka masa depan generasi muda tidak terjamin kerana pelajar akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong dan berani memberontak. Kebanyakan pelajar yang ponteng sering mengunjungi pusat-pusat hiburan di pusat membeli belah tanpa hala tuju dan mudah terlibat dalam gejala tidak sihat yang lain. Ini mencerminkan pembentukan personaliti pelajar yang tidak baik.

Selain ponteng, vandalisme merupakan kegiatan pelanggaran disiplin yang sering berlaku di mana kegiatan merosakkan harta benda sekolah seperti memecahkan kerusi dan meja, menconteng pada dinding bilik darjah dan tandas, merosakkan kemudahan elektrik dan lampu, merosakkan taman bunga dan lainlain lagi dengan sengaja. Kegiatan seperti ini bukan sahaja menafikan peluang pembelajaran kepada pelajar yang lain bahkan juga menjejaskan suasana pembelajaran yang kondusif.

Gangsterisme atau budaya samseng turut mengancam keselamatan pelajar di sekolah. Pergaduhan antara kelompok pelajar, peras ugut di kalangan pelajar, menyertai kumpulan kongsi gelap, memungut wang perlindungan daripada pelajar serta melawan dan mencederakan guru merupakan budaya samseng yang turut membimbangkan masyarakat sekolah.

Budaya melepak pula paling digemari oleh pelajar berusia antara 15 hingga 21 tahun terutama mereka yang lebih suka menghabiskan masa dengan cara yang tidak berfaedah dalam kumpulan di pusat-pusat membeli belah ataupun

6

di tempat-tempat tertentu berkumpul sambil mengusik orang yang lalu lalang, merokok, tiada berbudi bahasa dan kurang sopan.

1.3

Pernyataan Masalah

Personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri iaitu cara individu itu mengetahui tentang dirinya berkait dengan kebaikan dan kekurangannya serta maklum balas daripada orang lain (Carl Rogers, 1951). Personaliti mempunyai kaitan dengan persekitaran individu, di mana unsur penilaian dan fizikal mempengaruhinya (Allport, 1961). Personaliti seseorang dapat dilihat daripada tingkah laku yang tekal yang dapat diperhatikan dan dibaiki secara keseluruhan oleh orang lain (Lindgren, 1976).

Cara didikan dan asuhan di rumah mempunyai perkaitan yang rapat dengan masalah salah laku yang timbul. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah atau personaliti dan aspirasinya (Stodgil, 1970). Selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosio-ekonomi (W.C Miller, 1971:102).

Faktor kawalan ibu bapa dan persefahaman adalah faktor utama timbulnya tingkah laku tidak baik. Dalam kebanyakan hal, kedua ibu bapa bekerja dan mempunyai masa yang sedikit dengan anak-anak mereka. Anak-anak terbiar bersendiri, jarang berkomunikasi, kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Kesibukan mereka menguruskan lain-lain hal sehingga tiada masa hendak mengambil berat hal-hal pelajaran anak mereka (Jagdish Raj Sharma, 1982/83:86). Mereka jarang sekali berhubung dengan pihak sekolah kecuali apabila timbul masalah disiplin akibat kelakuan buruk anak mereka, barulah

7

mereka tersedar dan menggelabah lalu menuding jari menyalahkan satu sama lain antara ibu dan bapa serta pihak sekolah.

Sebenarnya ramai ibu bapa tidak berusaha memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar. Sering kali kita menyalahkan pelajar tanpa cuba mengetahui masalah yang mereka hadapi. Cuba kita selami apakah faktor penyebab yang menghalang pembentukan personaliti pelajar dengan baik dan membantu mengatasinya.

Rakan sebaya pula mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar.Terdapat juga beberapa orang guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Guru-guru seperti ini lebih suka mengambil jalan mudah dengan menyerahkan pelajar kepada guru disiplin supaya diambil tindakan walaupun hanya salah laku yang kecil atau remeh seperti berpakaian tidak kemas, tidur atau makan dalam kelas. Walhal masalah itu boleh ditangani dengan bijak oleh guru

8

itu sendiri. Perkara seperti inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan dan berani melawan guru akhirnya berlakulah masalah disiplin yang lebih berat.

Selain itu, sikap pelajar itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada pembentukan personaliti mereka dan mempengaruhi salah laku pelajar. Ini berlaku terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar dan datang ke sekolah hanyalah sekadar memenuhi tuntutan ibu bapa. Tambahan pula pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M dan gagal dalam Peperiksaan PMR tetapi diberi peluang untuk ke tahap SPM juga menjadi punca berlakunya salah laku di kalangan pelajar. Mereka sentiasa ponteng kelas dan ponteng sekolah serta terlibat dalam perkara-perkara negatif seperti bergaduh, merosakkan harta sekolah dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin mengetahui apakah punca salah laku pelajar di sekolah dan ingin mengkaji sama ada wujudnya perhubungan antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar. Selain itu, juga ingin mencadangkan langkah-langkah yang wajar dipertimbangkan untuk menangani masalah ini.

1.4

Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut:-

1.4.1

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

9

1.4.2

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa

1.4.3

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

1.4.4

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

1.4.5

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengeruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

1.5

Persoalan Kajian

Secara am, kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek penyumbang ke arah punca salah laku pelajar dan hubungannya dengan profil personaliti pelajar di sekolah-sekolah menengah di kawasan Masai, Zon Pasir Gudang. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persolan kajian seperti berikut :-

1.5.1

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa?

10

1.5.2

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa?

1.5.3

Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar?

1.5.4

Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar?

1.5.5

Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Lima hipotesis nol yang dibina adalah seperti berikut:-

1.6.1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

1.6.2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa

1.6.3

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

1.6.4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

11

1.6.5

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

1.7

Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, kita dapat memahami beberapa punca masalah salah laku pelajar dan hubungannya dengan profil personaliti pelajar. Ia memberi sumbangan yang besar kepada semua golongan masyarakat terutama ibu bapa, guru dan pihak kerajaan dalam menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar, kerana setiap salah laku itu ada sebab musababnya yang perlu diteroka hingga ke akar umbi.

Bagi ibu bapa sebagai golongan terdekat dengan pelajar diharap dapat menggunakan kajian ini untuk memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan membantu dalam pembentukan personaliti pelajar dengan memberi sokongan serta mengambil langkah-langkah awal terhadap anak-anak mereka sebagai persediaan menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar.

Manakala guru pula yang dianggap sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar diharapkan melalui kajian ini dapat membantu pelajar membentuk personaliti mereka dengan bersikap positif dan bersifat sabar, bertimbang rasa serta tidak menghukum pelajar tanpa usul periksa.

Kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat menyusun langkah-langkah positif ke arah penyelesaian masalah salah laku pelajar agar sekolah menjadi tempat yang kondusif ke arah proses pengajaran dan pembelajaran.

12

Diharapkan juga, maklumat ini dapat membantu pentadbiran sekolah memberi tumpuan terhadap pemupukan nilai-nilai murni di kalangan pelajar supaya mereka dapat menerima struktur peraturan sekolah sebagai panduan baik dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah.

Dengan ini adalah diharapkan pihak sekolah mampu mewujudkan iklim persekolahan yang tenang dan kondusif serta menjadi tempat yang selamat dan berkesan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus melahirkan generasi akan datang yang unggul dan berwawasan.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti bermasalah dan dirujuk melalui Guru Disiplin dan Guru Kaunselor dari pelajar tingkatan empat. Empat buah sekolah menengah telah dipilih dari kawasan Masai, Zon Pasir Gudang dan kajian ini terbatas kepada persoalan-persoalan yang dinyatakan sahaja.

1.9

Definisi Istilah

Beberapa istilah diperjelaskan di bawah bagi menerangkan dengan lebih tepat kehendak dan kaitannya dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini.

1.9.1

Personaliti Pelajar

Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu persona yang bererti topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk

13

dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun dalam kajian santifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu cara yang unuk dalam situasi yang pelbagai (Richard M Ryckman, 1982).

Personaliti pelajar dalam kajian ini dilihat pada sikap pelajar sama ada yang baik atau kurang baik. Sikap pelajar yang baik memantapkan konsep kendiri pelajar, membina keyakinan diri serta berfikiran rasional dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya sikap pelajar yang kurang baik menyebabkan pelajar tidak rasional dalam tindakan mereka.

1.9.2

Salah Laku Pelajar

Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan peraturan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun 2000).

1.9.3

Peranan Ibu Bapa

Mengikut Kamus Dewan (2002), peranan bererti watak atau tugas seseorang yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa pada anak-anak mereka adalah dengan membina akhlak yang mulia, bermoral dan beretika. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

14

personaliti atau sahsiah individu. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama dalam proses pembelajaran dan pembentukan keperbadian anak-anak.

1.9.4

Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanakkanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep kendiri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

1.9.5

Sikap Guru

Guru yang memainkan peranan sebagai pengajar, pendidik, kaunselor, ibu bapa kedua perlu menonjolkan sifat-sifat terpuji dan berkaliber tinggi. Daripada segi peribadi, guru mestilah peramah dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi supaya dia mudah didekati oleh pelajar-pelajar sekiranya mereka mempunyai masalah dan tidak bertindak terus menghukum pelajar yang bersalah tanpa membuat penyiasatan terlebih dahulu. Tindakan ini dapat mengelakkan pelajar daripada membenci dan berdendam dengan guru. Maka suasana sosioemosi yang tenang antara guru dan pelajar dapat diwujudkan di sekolah.

1.9.6

Ponteng

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir ke sekolah tetapi dalam

15

pengetahuan ibu bapa. Manakala ponteng kelas pula ialah pelajar ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu, dia menghilangkan diri.

1.9.7

Budaya Melepak

Mengikut Kamus Dewan (1994), melepak bererti amalan negatif di kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiaran berfaedah. Para pelajar sengaja tidak mahu menghadiri kelas dan sekolah lalu berfoya-foya atau berpelesiran di pusat-pusat membeli-belah kerana tidak berminat dalam pelajaran. Sikap mereka seperti ini mengganggu sistem persekolahan dan mereka mudah terjebak dalam jenayah apabila dipengaruhi oleh anasir luar. Ada juga pelajar yang melepak kerana takut dihukum oleh pihak sekolah atau merajuk dengan sikap ibu bapa.

1.9.8. Gangsterisme

Gangsterisme adalah tindakan-tindakan jenayah atau salah laku yang menyalahi undang-undang. - (Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Pakar Motivasi). Kumpulan pelajar yang melakukan jenayah seperti peras ugut, merekrut ahli baru dalam kumpulan, melindungi anggota kumpulan lalu membalas dendam, melakukan kekejaman terhadap rakan pelajar yang bukan anggota kumpulan demi menonjolkan kekuatan mereka. Selain itu ada juga yang menyertai kumpulan ini untuk menarik perhatian guru dan ibu bapa (Amir Mohd Salleh, 1999).

1.9.9

Vandalisme

Mengikut Kamus Dewan (1994), vandalisme bererti perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan persendirian. Pelajar

16

sering merosakkan harta benda sekolah seperti memecah dan merosakkan kerusi meja pelajar, menconteng pada dinding bilik darjah, tandas dan atas meja dengan kata-kata lucah yang menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap tindakan yang diambil oleh guru-guru di sekolah.

19.10 Pergaduhan Antara Pelajar

Pelajar bergaduh di dalam dan di luar sekolah kerana perselisihan faham tentang masalah yang remeh temeh. Pergaduhan antara pelajar berlaku kerana dicabar oleh kumpulan lawan, membalas dendam dan juga dipengaruhi oleh rakan sebaya. Ada sesetengah pelajar bergaduh kerana ingin mempertahankan identiti masing-masing. Tambahan pula pergaduhan antara pelajar juga berpunca daripada masalah cinta di kalangan pelajar . 1.9.11 Pendidikan tidak formal

Pendidikan tidak formal yang diterima oleh para pelajar bukan dalam bentuk rasmi sebagaimana di sekolah. Pembelajaran tidak formal biasanya berlaku secara tidak terancang serta tidak disedari di mana sahaja sama ada di rumah, filem, media massa, jiran, tidak terhad dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pendidikan tidak formal ini memberi kesan kepada pembentukan personaliti atau sahsiah pelajar sama ada negatif ataupun positif

17

BAB 11

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi punca salah laku pelajar di sekolah-sekolah menengah dan dibincangkan teori dan kajian lepas yang berkaitan dengan faktor tersebut. Selain itu juga dihuraikan Profil Personaliti Tajma dalam menentukan personaliti pelajar dan teori-teori yang berkaitan dengannya.

2.2.

Salah Laku Pelajar

Ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku negatif (antisosial). Salah laku pelajar termasuk dalam kategori antisosial iaitu seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz dalam artikelnya menyatakan, Jenayah adalah dicipta, bukan dilahirkan.

18

Masalah kemerosotan salah laku pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang dibincangkan di dada-dada akhbar. Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang terbabit kerana ini bukan sekadar masalah kecil tetapi sudah melangkaui masalah jenayah.

Memang tidak dinafikan seringkali kita mendengar pelajar melanggar peraturan-peraturan di sekolah baik dari masalah kecil sehinggalah kepada masalah besar yang lebih berat. Kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah dibuat mengenai masalah salah laku pelajar seperti ponteng sekolah, mencuri, peras ugut, membuli, vandalisme, gangsterisme, penagihan dadah, berjudi, pecah rumah, minum minuman keras, mencabul kehormatan, merogol dan sehingga ke tahap yang lebih serius iaitu memiliki senjata dan membunuh telah meningkat secara drastik. Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa pengaruh yang mendorong pelajar melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan undangundang jenayah.

Kajian mendapati kadar jenayah yang dilakukan meningkat secara drastik, malah budaya gangsterisme sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Kajian ini dijalankan daripada bulan Disember 1998 hingga Oktober 1999 meliputi 329 Sekolah Menengah Harian di seluruh negara. Hasil kajian ini mendapati sekolah yang mempunyai kapasiti pelajar melebihi 1,500 orang mencatakan kes salah laku yang lebih tinggi berbanding sekolah yang memiliki kepadatan pelajar yang rendah.

Negeri Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang mempunyai banyak sekolah yang berisiko tinggi yang terdedah kepada kegiatan gangasterisme iaitu sebanyak 77 buah sekolah, diikuti Perak (60) dan Pulau Pinang (49). Wilayah

19

Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Sabah masing-masing mencatatkan 37 buah sekolah. Di Pahang pula, 35 buah sekolah dikatakan terdedah kepada perlakuan salah laku dan jenayah. Angka yang hampir sama dicatatkan di Kedah iaitu 32 buah sekolah. Negeri Sembilan mempunyai 14 buah sekolah berisiko, 10 buah di Melaka dan 8 di Terengganu, Perlis dan Sarawak menduduki tempat terakhir dengan 6 buah sekolah yang berisiko (Dewan Siswa, Jun 2000).

Manakala mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358 pelajar atau 9.82% daripada 1,408,672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikenal pasti terlibat dengan perlbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk. Daripada jumlah itu sebanyak 2,578 kes melibatkan tingkah laku jenayah, tingkah laku lucah (384 kes), kekemasan diri (2,989 kes), tidak pentingkan masa (3,311 kes), tingkah laku tidak jujur (301 kes), ponteng (5,636 kes) dan lain-lain (22 kes). Mengikut jantina, salah laku itu melibatkan 13,169 orang murid lelaki dan 6,472 orang murid perempuan. Mengikut kaum pula ia melibatkan 10,619 orang pelajar Melayu, 528 pelajar Cina, 3,615 orang pelajar India dan 123 orang pelajar kaum lain (Utusan Malaysia, 1994).

Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan masalah salah laku ini bukanlah perkara baru yang boleh dipandang ringan malah berterusan sehingga ke hari ini dan menjadi semakin serius.

Untuk mengatasi masalah ini siapakah yang harus dipersalahkan. Secara umumnya, jika perbuatan yang begitu tidak dilihat sebagai kegagalan dalam membangunkan sahsiah pelajar apakah yang boleh kita katakan mengenai perkara yang berkaitan dengan salah laku pelajar. Untuk mencari punca-punca masalah ini kita perlu lihat daripada pelbagai aspek. Punca-punca yang akan dibincangkan dalam penulisan ini ialah daripada faktor peranan ibu bapa, faktor pengaruh rakan sebaya dan faktor iklim sekolah termasuk sikap guru.

20

2.2.1 Peranan Ibu Bapa

Sering kali dinyatakan ibu bapa yang menentukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga anak-anak timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku anak. Faktor-faktor berikut mempunyai kesan-kesan tertentu ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Faktor-faktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh.

Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar ialah nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh dikalangan masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak. Perubahan cara hidup hari ini menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak-anak membesar di tangan orang lain tanpa perhatian yang sewajarnya. Menurut Pakar Psikologi, Taman Desa Psikology Centre, Tee Sock sing (2000), kesibukan ibu bapa dalam membina karier dan masa depan menyebabkan mereka mempunyai waktu terbatas untuk bersama anak-anak. Akibatnya anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga terutama ibu bapa sering bertindak balas kasar dengan orang lain serta mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Ada juga ibu bapa yang mengalami masalah di tempat kerja terbawa-bawa masalah ke rumah sehingga anak remaja yang bergelar pelajar ini merasakan diri mereka tidak disayangi dan tidak dititikberatkan oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu, mereka mengambil jalan singkat lari daripada masalah ini dengan melakukan jenayah seperti peras ugut, lepak, merokok dan ponteng sekolah (Md. Daud Hamzah : 1991).

21

Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa mereka. Faktor ini mempunyai implikasi yang besar tehadap anak-anak kerana ia akan menyebabkan mereka keliru dalam membezakan antara dimensi-dimensi norma dan akibat. Sekiranya ibu bapa memberikan pandangan atau penerapan yang salah dalam memberi contoh teladan, maka anak-anak akan mencontohi tindakan dan sikap yang salah itu. Kenyataan ini disokong oleh Dr. Mat Saat Bakti (Panduan Mendidik Anak : m/s 10) menyatakan bahawa Seseorang itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan kedua ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (HR : Bukhari Muslim).

Selain itu proses pendidikan ibu bapa pada anak-anak mereka adalah penting. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, Suruhlah anakmu mendirikan solat apabila mencapai umur tujuh tahun dan pukullah jika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (putera dan puteri. (HR : Abu Daud dalam Dr Muhammad Faiz AlMath (1993) Hadis ini menggambarkan kepada kita proses pendidikan anak-anak perlu dimulakan sejak kecil kerana pada waktu ini pemikiran anak-anak bebas daripada segala bentuk pengaruh luaran yang merosakkan pemikiran mereka. Penekanan pada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa.

Ibu bapa tidak berkesempatan hendak mengajar asas-asas agama kepada anak-anak mereka. Wajar bagi ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas fardu ain. Sekiranya ibu bapa dapat menghantar anak ke pusat tuisyen supaya berjaya dalam peperiksaan awam, mengapakah anak-anak tidak dihantar ke kelas agama bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang

22 sempurna di dunia dan di akhirat. Anak-anak yang tidak dididik dengan keagamaan memudahkan mereka terdedah kepada gejala tidak sihat.

Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak mereka daripada terjerat oleh kelompok jahat, dadah dan budaya kuning. Selain daripada itu penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumah supaya kanak-kanak tidak terganggu dari sego emosi. Keadaan kucar-kacir seperti pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982 : 87).

Salah satu unsur keharmonian dalam keluarga ialah mengamalkan komunikasi yang berkesan dan baik sesama ahli keluarga. Menurut Barnes dan Olson (1985), keluarga yang mengamalkan komunikasi yang baik mempunyai tahap kesepaduan, adaptasi dan kepuasan keluarga yang tinggi. Sebaliknya konflik sering dikaitkan dengan perbezaan pendapat ahli keluarga. Tahap konflik yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah (Galambos dan Magge, 1991).

Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah salah laku adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari pendidikan kanak-kanak bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan oleh ibu bapa adalah menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.

Terdapat ibu bapa yang cuba menuding jari menyalahkan pihak lain yang menyebabkan anak mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Mereka

23 tidak mahu menilai diri mereka sendiri sama ada asuhan yang diberikan cukup sempurna atau tidak kepada anak mereka. Sebarang kesilapan atau kesalahan mendidik anak-anak perlu dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa kerana ibu bapa adalah pihak utama yang mendidik dan membesarkan anak mereka. Hal ini disebabkan segala masalah datangnya daripada rumah. Jadi, keluargalah seharusnya mengambil langkah terdahulu berbanding pihak lain dalam menangani masalah ini.

2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanakkanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Di sini jelas apabila seseorang pelajar itu berinteraksi dengan rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas pengetahuan dan pemikiran yang sama dengan mereka seperti mana yang diistilahkan oleh ahli psikologi Piaget sebagai equal footing (Ismail Zain: 1997).

Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak remaja terlibat dengan tingkah laku nakal. Meskipun anak sering diingatkan oleh ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan, tetapi nasihat tersebut biasanya sering kali diabaikan. Sebaik anak-anak melangkah keluar dari rumah, ibu bapa

24 tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan anaknya itu.

Kumpulan yang mempunyai ciri-ciri keperibadian negatif juga membawa pengaruh negatif kepada remaja. Sekiranya remaja lelaki memasuki kumpulan yang suka menghisap rokok biasanya akan dipengaruhi dan melakukan perbuatan yang sama. Remaja boleh dikatakan sebagai golongan yang belum cukup matang dan mudah diperdaya oleh orang lain.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej (Pomberi, 1990; Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan salah laku dan moral mereka.

Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan mereka terdiri lebih daripada dua orang. Contohnya seperti lepak, bohsia, bohjan, ponteng sekolah, peras ugut, membuli dan mengacau budak perempuan. Keadaan ini disebabkan kumpulan rakan sebaya ini merasakan diri mereka kuat, ingin menarik perhatian orang ramai, menunjukkan kehebatan diri terutamanya kepada rakan yang lain serta melepaskan rasa tidak puas hati pada keluarganya.

Dalam banyak keadaan, rakan sebaya menjadi tempat remaja berkongsi pendapat, pandangan dan tempat untuk remaja bertukar-tukar cerita suka dan duka. Rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mendapat kebebasan dalam perbuatan dan percakapannya tanpa sebarang sekatan dan kongkongan. Inilah yang menjadi daya tarikan yang kuat remaja kepada rakan sebaya. Apa

25 yang diperoleh remaja daripada percampurannya dengan rakan sebaya menyebabkan remaja mengandaikan yang mereka sudah berupaya membuat keputusan sendiri. Secara beransur-ansur remaja menarik diri daripada aktivitiaktiviti keluarga dan menghabiskan masanya lebih kerap bersama kumpulan mereka. Dengan kata lain, semakin meningkat usia remaja seseorang anak, masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan sebaya berbanding keluarga sendiri.

2.2.3

Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Melalui kajian yang lalu mendapati bahawa persekitaran sekolah juga banyak mempengaruhi pembentukan tingkah laku pelajar. Boyson (1973), Gordon (1974), Gragey (1970) dan Maslow et al.(1962), menyatakan kawalan yang ketat di sekolah seringkali dikatakan menjadi penyebab wujudnya masalah tingkah laku dan pelanggaran peraturan. Ini adalah kerana pelajar akan menentang kawalan ini dengan melakukan pelbagai kelakuan buruk sperti ponteng sekolah dan kelas, vandalisme, kurang bersopan dan menentang guru sekolah.

Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik di dalam bilik darjah, pelajar juga sebenarnya mempelajari perkaraperkara yang berkaitan dengan kehidupan daripada interaksinya dengan rakanrakan dan kakitangan sekolah. Banyak perkara yang menjadi pegangan dan ikutan pelajar sama ada yang positif mahupun negatif.

Sepanjang berada di sekolah, pelajar-pelajar biasanya mengambil sikap sama ada memerhati, memahami, menghayati, mencuba dan mengambil bahagian

26 apa-apa perkara baru yang dialami, dilihat dan dipelajarinya. Berhubung dengan salah laku pelajar yang dikira boleh memberi pengaruh kepada tingkah laku tersebut adalah: a. b. Disiplin sekolah yang longgar Kemajuan dan pencapaian anak-anak di sekolah tidak diambil peduli oleh ibu bapa c. Guru-guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar d. Suasana perhubungan yang tidak mesra antara pelajar-pelajar sesama mereka dan hubungannya dengan guru-guru.

Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara pelajar dengan orang dewasa seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah dan antara pelajardengan sesama mereka.Interaksi yang mesra antara warga sekolah akan membentuk suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknya interaksi yang kurang atau tidak mesra langsung akan membentuk suasana yang tegang dan penuh dengan permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepada tingkah laku pelajar.

Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa dan marah yang bercampur aduk, pelajar mungkin bertindak agresif seperti membakar bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta sekolah, memecahkan cermin kereta guru, mencalarkan kereta guru, memukul guru dan lain-lain yang melanggar disiplin sekolah.

Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan murid mengikut pencapaian, pihak pentadbir yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru kesemuanya

27 menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980).

Pihak sekolah harus bijak dalam mengatasi masalah di dalam mengambil tindakan terhadap pelajar yang telah melakukan kesalahan kerana jika berlaku kesilapan di dalam mengambil tindakan ianya akan menambahkan lagi masalah di sekolah. Oleh itu pihak sekolah harus bijak di dalam menentukan tindakan atau hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang pelajar yang bermasalah agar tindakan yang diambil dapat memberi kesan yang baik di dalam usaha menangani masalah tersebut.

Keadaan sekolah yang gagal menarik perhatian pelajar akan mendorong pelajar tidak bersekolah dan lebih selesa untuk berhenti dan bekerja bagi menampung hidup mereka. Raven, J. (1977), mendapati satu pertiga daripada pelajar lelaki benci pada sekolah dan lebih suka bekerja kerana mereka merasakan sebahagian mata pelajaran di sekolah membosankan dan tidak memberi manfaat kepada mereka.

Selain itu, ada pelajar yang merasa rendah diri, merasa malu dan takut kepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh guru dan juga rakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran. Pelajar seperti ini merasa bosan dan ada juga yang membenci guru dan sekolah. Terdapat juga guru yang mengajar secara sambil lewa menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat dengan apa yang diajar oleh guru tersebut. Oleh kerana itu apabila timbul perasaan bosan dan jemu dalam diri pelajar, mereka akan bertingkah laku negatif seperti membuat bising, mengganggu kawan serta cuba untuk melarikan diri daripada sekolah. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

28

Guru memainkan peranan penting di dalm mendidik pelajar. Jadi hubungan yang lemah di antara guru dan pelajar menyebabkan pelajar tidak berminat untuk pergi ke sekolah. Baharuddin (1996) turut menjelaskan supaya para guru mestilah bersikap adil serta mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti keikhlasan, kepatuhan, ketaqwaan, berfikiran terbuka, sentiasa menunjukkan kasih sayang dan sentiasa memberi kemaafan kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Dengan sifat-sifat ini maka masalah salah laku pelajar di sekolah Dapat dibendung dan perkara ini akan lebh mudah diatasi.

Guru dan sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menangani pelajar-pelajarnya daripada terjebak dengan gejala salah laku. Sekolah dengan kerjasama guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajarnya supaya setiap masa pelajar tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

2.3 Pendekatan Teori Tingkah Laku

Keluarga merupakan institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan yang terawal. Dalam perjalanan hidup normal, individu yang mempunyai keluarga menerima pendidikan awal daripada ibu bapanya sendiri. Pendidikan pada tahap tersebut mungkin dalam bentuk mengenal diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, datuk dan nenek, bapa saudara dan ibu saudara sehinggalah kepada perkara-perkara yang menyentuh nilai-nilai agama, akhlak dan moral. Jadi tidaklah salah umapamanya jika dikatakan seseorang remaja itu tidak mahu bersolat kerana dia tidak pernah diberitahu bahawa solat itu sebagai satu tanggungjawab dan sekiranya ibu bapa di rumah menunaikan solat lima waktu sehari semalam, maka dengan sendirinya ianya akan memberi kesedaran kepada remaja bahawa solat itu merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan.

29

Menurut teori psikoanalisa, semasa kecil anak-anak merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang diperlihatkan oleh ibu bapa kepada mereka tanpa menimbulkan apa-apa persoalan. Akan tetapi apabila anakanak mulai meningkat remaja dan dewasa di mana mereka mulai mempunyai dimensi baru dalam pemikiran dan emosi serta mengalami perubahan persekitaran, mereka mulai cuba menilai semula skrip hidup yang sekian lama dipegangnya. Usaha bagi membuat penilaian semula skrip hidup yang baru inilah sering kali mendatangkan konflik dalam diri ana-anak.

Ibu bapa adalah individu yang mula-mula sekali dikenali oleh anakanak dan merekalah yang lebih rapat dengan anak-anak berbanding dengan orang lain. Kemahiran ibu bapa sebagai individu yang soleh bermaksud ibu bapa harus mengamalkan cara hidup yang menepati kehendak ajaran-ajaran dan tuntutan agama dengan sebaik-baiknya supaya dengan itu anak-anak dapat melihat sendiri kemurnian agama apabila dipraktikkan dalam kehidupan.

Pendekatan behaviorisme pula melihat tingkah laku adalah hasil pembelajaran yang dialaminya sejak masih bayi lagi sehinggalah pada masa kini. Pembelajaran yang dimaksudkan adalah perubahan tingkah laku yang agak kekal yang dihasilkan oleh individu melalui latihan dan pengalaman yang diterima. Latihan dan pengalaman tersebut antaranya adalah berbentuk kebolehan celik akal, meniru orang lain, perolehan konsep, proses penaakulan, rangsangan, perubahan sikap dan juga arahan yang sebati dengan individu tersebut dan seolaholah menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri. Ini menunjukkan tingkah laku anak-anak yang tidak mahu menunaikan solat dan kurang berakhlak adalah hasil pembelajaran yang didapati daripada kedua orang tuanya. Namun begitu latihan boleh diberikan oleh pihak sekolah kepada anak-anak ini untuk menjadi seorang insan yang berakhlak mulia.

30

Pendekatan Analisis Perlakuan oleh Eric Berne mengatakan tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruhpengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan desakan-desakan yang dibuat oleh orang-orang yang penting bagi diri mereka seperti ibu bapa, datuk, nenek, adik beradik, guru-guru dan rakan sebaya. Pengaruh-pengaruh persekitaran ini mempengaruhi seseorang individu lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan sewaktu mereka kecil iaitu semasa mereka sangat bergantung kepada orang lain. Walau bagaimanapun manusia tidak semestinya terikat dan terkongkong dengan keputusan-keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan memahami keputusankeputusan yang mereka buat pada masa lampau dan menggantikannya dengan keputusan-keputusan baru.

Pendekatan behaviorisme melihat tingkah laku negatif manusia sebagai tingkah laku yang tidak betul atau tingkah laku salah pembelajaran yang dipelajari oleh individu sepanjang kehidupannya. Individu tersebut mungkin terlalu lama terdedah dengan tingkah laku yang salah sehingga dia tidak menyedari yang tingkah lakunya adalah sesuatu yang negatif dan berlawanan dengan norma masyarakatnya. Individu mungkin memperolehi tingkah laku tersebut hasil daripada proses meniru tingkah laku ibu bapa, orang dewasa, guru-guru, jiran, ahli keluarga dan rakan sebaya. Dia mungkin memperolehinya sejak sekian lama dan ia menjadi seoalah-olah sebati dengan dirinya sehingga merasakan yang ia bukanlah sesuatu yang teruk.

Berdasarkan pendekatan behaviorisme, tingkah laku negatif individu tersebut masih boleh diperbaiki kerana secara teorinya manusia boleh dibantu bagi menguasai sesuatu kemahiran ataupun tingkah laku baru bagi menggantikan tingkah lakunya yang lama. Ini menunjukkan bahawa tingkahlaku yang negatif

31

atau salah laku disiplin boleh diubah dan ditangani sekiranya semua pihak bertanggungjawab dengan peranan dan tugas masing-masing.

2.4 Personaliti Pelajar

Personaliti merupakan tafsiran daripada tingkah laku seseorang terhadap sahsiah dirinya bagi mencerminkan dan melahirkan keperibadian individu tersebut. Oleh sebab itu, setiap individu yang lahir ke dunia ini mempunyai personaliti yang tersendiri. Ia melambangkan ciri-ciri keperbadian seseorang individu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Personaliti diterima sebagai satu cara untuk memahami tingkah laku manusia dan memperlihatkan tingkah laku individu dan cara individu menyesuaikan diri dengan alam persekitaran.

Seseorang remaja itu sangat memerlukan nilai-nilai personaliti yang positif bagi menghadapi fenomena kehidupan masa kini yang semakin mencabar. Nilai personaliti yang baik yang wujud dalam diri seseorang remaja akan dapat membantu mereka membentuk asas keyakinan diri yang baik juga. Apabila remaja mempunyai latar belakang dan sokongan personaliti dan keyakinan diri yang baik, mereka akan berjaya dan dapat membezakan dengan jelas tindakantindakan atau perlakuan sosial yang baik, kurang baik atau tidak baik. Ini merupakan penghalang utama kepada keterlibatan remaja dalam salah laku sosial negatif.

Personaliti pelajar adalah berbeza-beza. Menurut Prof. Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal, pengasas Profil Personaliti Tajma terdapat 11 tret personaliti yang dikenal pasti melalui Ujian psikologi. Tret-tret tersebut ialah :-

32

Asertif Trait personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan mempamerkan ketegasan diri.

Analitikal Trait personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya, suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

Keterbukaan Trait personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

Keyakinan Diri Trait personaliti menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Trait ini juga menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu.

Kepimpinan Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin sesuatu kumpulan, tegas dan gemar membuat keputusan.

Jati Diri Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepada diri sendiri, yakin, rasa selamat dan matang.

Prihatin Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami perasaan orang lain.

33

Intelektual Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual, berfikiran abstrak, cerdas dan kreatif.

Pencapaian Trait personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan sukakan persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha yang tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

Integriti Trait personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang individu terhadap tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi.

Ketidakselarasan Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap diri sendiri. Ia juga digunakan untuk menilai sama ada individu cuba memberikan respon dengan ikhlas atau sebaliknya.

Dalam pendidikan, seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu perlulah insaf bahawa dirinya mempunyai personaliti diri. Adab, akhlak dan disiplin diri akan membantu proses pembelajarannya. Lebih jauh ia mengenali dirinya sebagai seorang pelajar, lebih mudah proses menuntut ilmu itu berlangsung. Hanya setelah ia mengetahui siapa dirinya (personalitinya) barulah ia dapat beradab kepada dirinya untuk menuntut ilmu.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji beberapa teori personaliti yang ada kaitan dengan tingkah laku seorang pelajar. Antaranya ialah seperti berikut:-

34

2.4.1

Teori Trait

Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan, kebimbangan, sikap agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait masing-masing.

Memang trait tidak dapat ditentukan pada diri seseorang tetapi dapat difahami daripada tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu suka berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain, kita boleh simpulkannya sebagai orang yang mempunyai personaliti keterbukaan. Begitu juga sekiranya seseorang itu menunjukkan kemampuannya memahami perasaan orang lain, maka kita boleh simpulkan bahawa dia mempunyai personaliti prihatin.

Trait personaliti dianggap sebagai stabil dalam tempoh masa yang panjang, dianggap konsisten dalam situasi tertentu dan perbezaan personaliti individu adalah hasil daripada kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959).

Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan menunjukkan tingkah laku yang konsisten dalam apa-apa situasi. Sebab itu seseorang yang agresif akan menunjukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari semasa ke semasa. Beliau juga percaya bahawa selain menjelaskan tingkah laku yang sama antara kebanyakan individu, setiap personaliti individu mengandungi kumpulan trait. Maka seseorang pelajar yang mempunyai trait keagresifan akan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan di sekolah seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam pergaduhan antara pelajar.

35

2.4.2 Teori Psikodinamik Sigmund Freud

Sigmund Freud (1959) merujuk personaliti akibat interaksi tiga bahagian yang berasingan iaitu id, ego dan super ego. Walaupun wujud struktur yang berasingan tetapi ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi yang pelbagai dalam personaliti sesorang yang memotivasikan tingkah laku.

Id merupakan personaliti yang asas, tidak teratur, diwarisi dan bertujuan untuk mengurangkan ketegangan akibat keinginan biologikal dan tidak rasional. Keperluan asas seperti kelaparan, seks, agresif yang beroperasi atas prinsip kenikmatan di mana sasarannya adalah untuk meredakan ketegangan dan memaksimakan kenikmatan.

Tenaga yang menggerakkan id ini dipanggil libido. Apabila tenaga ini meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau disalurkan. Id juga bergeraka atas prinsip keseronokkan dan menghindarkan kesakitan (to gain pleasure dan to avoid pain). Apabila ia mahukan sesutu, ia mahukan dengan cepat dan tanpa bertangguh-tangguh bertujuan untuk mengekalkan individu dalam keadaan tanpa ketegangan yang mungkin ada.

Contohnya, seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh serta tidak tahu tentang realiti. Tidak ada juga peraturan-peraturan dalam yang dapat mengarahkan tingkah laku. Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah memperolehi kepuasan dengan segera. Id bersifat tidak logik, tidak bermoral dan semata-mata bertujuan untuk memenuhi dorongan naluri.

36

Ego pula merupakan komponen yang membuat keputusan dan cuba memenuhi kehendak id dengan menurut batasan-batasan yang dikenakam oleh dunia luaran. Tingkah laku ego bersifat separuh sedar yang beropreasi beasaskan prinsip realiti di mana ia cuba melambatkan keinginan id dipenuhi sehinggalah objek yang sesuai ditemui untuk memenuhi keinginan tersebut. Dengan kata lain ego bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima dan tidak melanggar nilai-nilai atau norma masyarakat. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada pengalaman, egonya bertambah kuat, ia akan belajar kehendak-kehendaknya yang boleh ditangguhkan dan kadang-kadang matlamat jangka panjang memerlukan pengabaian matlamat jangka pendek.

Ego mengawal pemikiran sedar dan menapis keinginan-keinginan naluri id. Contohnya individu yang lapar harus membezakan antara bayangannya tentang makanan dengan persepsi sebenar tentang makanan jika keinginan untuk makan itu hendak dipenuhi. Individu itu harus belajar untuk mendapatkan dan memakan makanan bagi mengurangkan ketegangan akibat lapar. Kesimpulannya ego menggunakan pemikiran logikal dan mengatur rancangan yang sesuai dengan norma sosial untuk memenuhi keinginan id tanpa merosakkan diri dan orang lain.

Manakala Superego pula merupakan komponen moral personaliti yang berfungsi berasaskan prinsip moral. Ia sangat mementingkan sama ada sesuatu tindakan itu baik atau buruj, betul atau salah. Ia bersifat tidak rasional dan menggunakan kuasanya untuk menghapuskan sama sekali keinginan naluri id. Superego mewakili yang unggul (ideal), bukan realiti dan berusaha mendapatkan kesempurnaan dan bukan untuk keseronokkan. Fungsi utama superego ialah menyekat desakan-desakan id terutama yang berbentuk seksual kerana desakandesakan begini dicemuh oleh masyarakat. Selain itu, superego juga berfungsi untuk memujuk ego supaya menggantikan matlamat realistik dengan matlamat moral serta berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.

37

Menurut Freud, seseorang individu tidak dilahirkan dengan superego tetapi ianya terbentuk melalui interaksi dengan ibu bapa dan masyarakat. Ia mewakili nilai dan norma-norma masyarakat tentang tingkah laku. Komponen superego mempunyai dua bahagian iaitu hati nurani (conscience) dan ego ideal. Hati nurani akan menyebabkan kita berasa bersalah jika kita melakukan sesuatu yang bertentangan denga nilai moral dan masyarakat sementara ego ideal menyebabkan kita berasa bangga dan gembira jika kita berjaya melakukan sesuatu yang dianggap baik.

2.4.3

Pendekatan Sosial Erik Erikson

Seorang ahli psikologi yang berorientasikan sosial dalam pembentukan personaliti seseorang individu. Walaupun Erikson akur dengan pandangan Sigmund Freud tentang keperluan kenikmatan dalam pembentukan personaliti namun perhubungan kanak-kanak dengan ibu bapa juga penting dalam pembentukan personaliti (Erikson, 1968). Suasana ini akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak diterima dan disayangai atau sebaliknya. Perkara yang penting ialah keperluan dan keinginan kanak-kanak seimbang dengan yang terdapat dalam masyarakat. Sekiranya kanak-kanak berasa berketerampilan dan dihargai mengikut kefahaman mereka dan seperti kehendak anggota masyarakat yang lain, maka terbentuklah identiti yang selamat.

Menurut Erikson, terdapat lapan tahap dalam proses perkembangan manusia. Seseorang harus berjaya menghadapi krisis pada satu-satu peringkat sebelum berpindah ke peringkat seterusnya. Secara ringkasnya diterangkan kelapan-lapan tahap tersebut seperti berikut:-

38

Tahap 1 - Percaya lawan Tidak Percaya (0 1 tahun). Bermulanya konflik percaya atau tidak percaya pada persekitaran seperti ibu bapa, penjaga dan masyarakat. Keinginan perlu dipenuhi seperti makanan, pakaian dan kasih sayang. Sekiranya mendapat penjagaan yang baik maka kanak-kanak itu percaya pada persekitaran tetapai sekiranya mendapat penjagaan yang tidak sempurna maka wujud perasaan tidak percaya kanak-kanak itu kepada orang lain.

Tahap 2 - Autonomi lawan Ragu-ragu / Malu (1- 2 tahun). Berlakunya konflik sosial di mana percubaan melakukan sesuatu secara sendiri. Tingkah laku yang menonjol seperti degil dan tidak mahu mendengar kata. Namun sekiranya ibu bapa yang mendorong maka wujud rasa yakin pada diri kanak-kanak itu, tetapi sekiranya mendapat kawalan yang ketat maka timbul rasa dendam, ragu dan tiada keyakinan diri serta menjadikan kan kanak-kanak itu seorang yang pemalu.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Rasa Bersalah (3 5 tahun) Mula terdedah kepada cabaran dan persekitaran. Kanak-kanak mula menunjukkan tingkah laku inisiatif ingin berdikari, meneroka dan membuat sesuatu yang baru seperti bantu ibu memasak, membasuh dan sebagainya. Sekiranya tidak mendapat sokongan dan sering dikritik atau didenda maka timbul rasa bersalah. Maka hasilnya negatif menyebabkan anak suka mengasingkan diri serta tidak yakin pada diri sendiri.

Tahap 4 - Kerajinan lawan Rasa Rendah Diri (6-11 tahun) Memasuki alam persekolahan dan mula dipengaruhi guru dan rakanrakan. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku percaya sepenuhnya kepada kata-kata guru. Sekiranya mendapat peneguhan positif, pujian dan penghargaan kesannya menjadi kanak-kanak tersebut menjadi produktif tetapi sekiranya menerima peneguhan negatif selalu dikritik dan dimarahi maka wujud rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.

39

Tahap 5 - Identiti lawan Kekeliruan Identiti (12 19 tahun) Alam Remaja, mula mewujudkan identiti dan persepsi sendiri. Remaja mula menunjukkan tingkah laku cuba berhadapan dengan situasi yang bertentangan kesannya timbul krisis identiti seperti terlalu sensitif dengan perubahan fizikal yang sedang dialami serta mencari peranan diri. Namun sukar mencari identiti kerana terlalu banyak berfikir.

Tahap 6 - Kemesraan lawan Pengasingan Diri (20 40 tahun) Awal dewasa, mula membina hubungan yang akrab dan mesra seperti memikirkan tentang teman hidup, percintaan dan perkahwinan. Sekiranya gagal dalam membina hubungan, individu tersebut mula mengasingkan diri.

Tahap 7 - Generitiviti lawan Penyerapan Kendiri (40 60 tahun) Berjaya mengatasi konflik di tahap 6. Tingkah laku yang ketara mula fikirkan soal keluarga dan orang lain serta sumbangan kepada masyarakat. Hasil yang positif timbul perasaan prihatin terhadap diri dan orang lain serta berjaya mendidik anak-anak menjadikan kehidupan yang lebih bermakna. Sebaliknya timbul penyerapan kendiri sekiranya individu dikatakan cenderung dengan kepentingan diri sendiri dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Tahap 8 - Keutuhan lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas) Peringkat akhir dewasa. Tingkah laku menunjukkan mula menilai dan memikirkan kembali peristiwa yang telah berlaku. Sekiranya perjalanan hidupnya berjaya mengatasi tahap-tahap sebelumnya maka kehidupannya lebih utuh dan mendapat kepuasan. Namun sekiranya wujud konflik dalam kehidupannya maka timbul rasa putus asa dan kecewa.

Peringkat yang paling penting ialah tahap ke lima iaitu identiti lawan kekeliruan identiti. Di sinilah identiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada pengintegrasian pelbagai peranan sebagai anak, pelajar, kakak, abang, rakan dan

40 sebagainya. Jika pelajar gagal dalam pembentukan identiti maka wujudlah kekeliruan dan kekecewaan, Erikson (1963). Pelajar tidak dapat menilai antara yang baik dan yang buruk lalu melakukan perkara-perkara seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dlam pergaduhan antara pelajar.

Menurut Erikson (1968), selepas baligh, remaja mengalami pengalaman transisi daripada kebergantungan pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri. Mereka mula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan mereka ke era baru.

Maka apakah yang menentukan identiti di kalangan remaja? Kajian menunjukkan bahawa konsep kendiri dan memahami diri (self) ada kaitan dengan persepsi positif dan pengukuhan dalam perhubungan ibu bapa dan orang-orang yang berdekatan dengan individu tersebut. Ibu bapa merupakan orang yang utama dalam pembentukan personaliti anak-anak. Menurut Sullivan (1953), orang-orang signifikan sangat penting dan pengaruh mereka sangat kuat terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Segala perlakuan ibu bapa mempengaruhi anak bagaimana seseorang anak melihat dirinya sendiri.

2.5

Krisis Identiti

Kehilangan adab dan akhlak dalam proses pembelajaran akan menyebabkan kehilangan identiti diri (sahsiah) pelajar. Proses pendidikan yang baik dan sepadu seharusnya mampu mengidentiti diri insan bukan menghilangkan identiti tersebut. Proses identiti diri ini akan melibatkan proses mengadabkan seseorang pelajar.

41

Identiti dapat dibahagikan kepada dua. Pertama adalah identiti pelajar secara keseluruhan. Hilangnya identiti ini dari seseorang pelajar akan menyebabkan hilangnya wibawa diri pelajar. Begitu penting identiti ini, sehingga seorang anak tidak mungkin menghormati bapanya kalau ia tidak mengenali identiti dirinya yang ianya adalah seorang anak. Begitulah seorang isteri terhadap suaminya, seorang rakan dengan rakannya yang lain dan sebagainya. Dengan kaedah yang sama, seorang pelajar perlu mengenali identiti sebagai seorang pelajar. Sekurang-kurangnya ia perlu insaf bahawa dirinya adalah seorang pelajar dan dengan demikian perlu mempunyai identiti diri sebagai seorang pelajar.

Keduanya adalah identiti diri sendiri yang sudah pasti berlainan dengan orang lain yang menyebabkan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain adalah kerana mereka mempunyai identiti yang berbeza. Seorang adik dan abang dalam satu keluarga walaupun mempunyai identiti sebagai anak kepada seorang bapa, tetapi adik dan abang ini mempunyai identitinya yang tersendiri. Begitu jugalah pelajar, setiap pelajar mempunyai identiti sendiri yang diberikan oleh Allah kepadanya. Selagi identiti ini dihubungkan dengan sesuatu sifat yang tidak terkeluar dari batas keinsanan dan syariat sudah pasti identiti tersebut boleh diterima. Bayangkan sahaja apa akan berlaku sekiranya identiti ini sudah hilang pada diri seorang insan.Gejala buruk seperti ketagihan dadah, mencuri, merogol, terlibat dengan gangsterisme, membunuh dan sebagainya adalah di antara beberapa contoh akibat kehilangan identiti diri.

Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Teori ini digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Dalam teori ini Erikson meletakkan remaja yang berumur antara 12 hingga 19 tahun di tahap identiti lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka.

42

Menurut Erikson, pada tahap ini, remaja mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan siapa aku. Individu yang bergelar remaja akan berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam proses memahami dan menilai diri sendiri, remaja tersebut berkecenderungan berdepan dengan situasi yang bertentangan dengan identitinya, Kesannya mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan yang sedang dialami ketika zaman remaja. Mereka mula memikirkan peranan mereka sebagai bakal teman hidup seseorang, ibu bapa dan ahli masyarakat.

Teori-teori perkembangan yang telah dikemukakan di atas oleh beberapa tokoh psikologi seperti Erik Erikson dan Sigmund Freud memfokus kepada bagaimana perkembangan berlaku dan mengapa sesuatu perubahan berlaku. Pengetahuan perkembangan manusia adalah perlu terutama kepada pendidik untuk menjangka, merancang serta mencungkil potensi yang ada.

Usaha remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan terdapatnya berbagai-bagai pilihan yang mungkin. Remaja yang mempunyai identiti sendiri akan mencipta perancangan masa depan yang memuaskan dan rasa selamat. Sekiranya usaha untuk mencari identiti itu gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Di sini betapa pentingnya peranan sekolah untuk membentuk identiti pelajar yang baik.

Pelajar perlu diberi peluang untuk mengenali dirinya, peranannya sebagai seorang insan atau manusia di dunia dan selepas mati. Penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar amat penting bagi melahirkan generasi yang bersahsia mulia, cemerlang, gemilang dan terbilang.

43

BAB 111

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan Di dalam bab ini, perbincangan adalah meliputi aspek-aspek yang

berkaitan dengan pengkaedahan-pengkaedahan yang relevan dalam menjalankan kajian. Aspek-aspek tersebut adalah merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, analisis data serta jangkamasa kajian.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang dipilih untuk kajian ini ialah reka bentuk kajian yang bersifat eks-pos-fakto iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa yang telah pun berlaku dan bersifat kuantitatif dalam bentuk soal selidik. Kaedah ini adalah lebih relevan untuk digunakan kerana dapat menerangkan dengan lebih jelas fenomena yang hendak dikaji. Ianya lebih mudah ditadbirkan dan menjimatkan kos dan masa. Data yang diperoleh berdasarkan rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik. Hubungan antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar dilihat dengan menggunakan statistik korelasi.

44

3.3

Lokasi Kajian Kajian dijalankan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang

terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting, Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor Bahru. Ianya terletak kira-kira 25 km dari Bandaraya Johor Bahru.

3.4

Sampel Kajian Menurut Kerlinger (1973), persampelan merupakan pengambilan

sebahagian daripada sesuatu populasi. Dalam Kajian ini, penyelidik telah menggunakan persampelan bertujuan untuk mendapatkan responden kajian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dari tingkatan 4 yang ada rekod salah laku di sekolah masing-masing.

Penyelidik sengaja mengecilkan skop dengan memilih responden dari tingkatan 4 yang mempunyai rekod salah laku supaya ia lebih relevan dengan tajuk kajian dan lagi mereka ini tidak terlibat dengan peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. Ramai pelajar tingkatan 4 yang menganggap tahun ini adalah honeymoon year dan masa untuk mereka enjoy kerana tiada peperiksaan penting. Kebanyakan mereka akan lebih melayan desakan hati untuk ingin bebas dan kurang menumpukan perhatian pada pelajaran. Sebab itulah mengapa banyak kes salah laku pelajar melibatkan pelajar tingkatan 4. Mereka tidak menyedari bahawa lebih 50% isi pelajaran tingkatan 4 akan diuji dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ketika di tingkatan 5 nanti.

Bilangan sampel di sekolah-sekolah ini dipilih kerana sekolah-sekolah berkenaan menunjukkan kekerapan berlakunya salah laku pelajar. Di samping itu pelajar di sekolah-sekolah berkenaan terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar

45

belakang yang menjadi punca salah laku pelajar. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jadual 3.1 : Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat dalam kajian Bil 1. 2. 3. 4. Sekolah Sek. Men. Keb. Taman Rinting 2 Sek. Men. Keb. Taman Megah Ria Sek. Men. Keb. Kota Puteri Sek. Men Keb. Kota Puteri 2 Jumlah Bil. Responden 60 55 60 55 230

3.5

Intrumen Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai

instrumen kajian. Black (1993), instrumen kajian jenis ini dapat memberikan maklumat tentang latar belakang responden, pendapat, reaksi, sikap dan sebagainya. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latar belakang responden, profil personaliti responden, maklumat faktor-faktor penyebab salah laku responden dan maklumat salah laku yang sering dilakukan responden.

Dalam bahagian A, sebanyak 10 item diberi untuk mendapatkan maklumat diri pelajar. Antaranya jantina, umur, bangsa, bilangan adik beradik, pendapatan ibu bapa, pekerjaan dan tahap pendidikan ibu bapa.

46

Bahagian B pula terdapat 13 item salah laku di senaraikan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis salah laku yang biasa dilakukan pelajar di sekolah menengah. Item-item yang dikemukakan adalah seperti ponteng kelas dan sekolah, merokok dan menagih dadah, datang lewat ke sekolah atau balik awal dari sekolah, gangsterisme, pergaduhan sesama kaum dan antara kaum, vandalisme, melawan guru dan budaya melepak.

Manakala Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat punca salah laku pelajar yang dikenal pasti oleh penyelidik. Sebanyak 32 item yang merangkumi faktor sikap ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklim sekolah termasuk sikap guru. Item-item ini diubah suai daripada soal selidik yang telah digunakan oleh Aziz Abu Bakar (1997).

Item-item berbentuk positif dan negatif dikemukakan untuk mendapatkan pesepsi responden. Pengukuran dibuat dengan menggunakan Skala 5 mata seperti berikut:-

Jadual 3.2 : Penskoran skala 5 mata Item Positif Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat Setuju Item Negatif Sangat Setuju Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Mata 1 2 3 4 5

47

Pecahan tiga skala adalah seperti berikut:-

1.00 2.33 2.34 3.66 3.67 5.00

Rendah Sederhana Tinggi

Dalam bahagian D pula, penyelidik menggunakan instrumen Profil Personaliti Tajma (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang mempunytai nilai kesahan dab kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.8 hingga 0.9. Digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat tentang trait personaliti dan tingkah laku seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 trait personaliti diri yang diukur menerusi 83 item yang diterjemahkan dalam bentuk soalan. Skala PPT-R direka bentuk menerusi skala likert tiga mata iaitu A Sangat Benar, B Benar, C Tidak Benar.

3.6

Prosedur Kajian

Sebelum kajian dijalankan penyelidik telah membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat kajian-kajian yang telah dibuat oleh penyelidik lain tentang masalah disiplin di kalangan pelajar dan puncanya. Penyelidik telah memilih satu laporan kajian oleh Dr Azizi yang bertajuk Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan Pembentukan Personaliti Pelajar sebagai bahan rujukan utama dalam membantu menyiapkan tesis ini. Kemudian penyelidik telah menghubungi guru kaunselor di sekolahsekolah yang dikenal pasti untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan pelajar yang terlibat dalam salah laku.

48

Kemudian penyelidik memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan kajian ini kerana ianya melibatkan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian tersebut. Penyelidk juga memohon kebenaran surat pengesahan daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia.

Penyelidik sendiri mengunjungi sekolah-sekolah berkenaan untuk mendapatkan keizinan daripada pengetua dan memberi penerangan tentang tujuan soal selidik serta tatacara menjawab soal selidik. Dalam hal ini guru kaunselor diberi tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada responden yang dipilih, seterusnya mengedarkan dan mengumpulkan semula soal selidik tersebut dan menyerahkan kembali kepada penyelidik untuk tindakan selanjutnya.

3.7

Analisis Data Kesemua data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS for windows versi 7.5). Dua kaedah statistik digunakan dalam analisis ini iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Statistik deskriptif digunakan untuk membuat rumusan terhadap latar belakang responden dan perhubungan di antara responden dengan pembolehubah dalam bentuk jumlah skor, peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.

Manaka